Thursday 6 September 2012

Pakatan Rakyat Dan Patriotisme

Tun M cuba takutkan Umno bahawa sekali diberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, mereka akan kekal selamanya, dan Umno tidak akan dapat kembali ke Putrajaya. Alasannya kerana corak pemerintahan yg akan diterap oleh Pakatan Rakyat akan lebih berciri Rakyat, meRakyatkan Ekonomi, serta populis.

Sepatutnya beliau, sedar (jika tanpa ego & ketakutan) bahawa inilah yg ditunggu-tunggu oleh rakyat.  Sebab itu Pakatan Rakyat dengan berani menyatakan bahawa mereka bersedia dihukum oleh Rakyat pada PRU berikutnya, sekiranya sepenggal yg diberikan tidak berlaku perubahan.

Rakyat bukan sekadar sedar dengan kemusnahan yang dilakukan oleh pimpinan bn kepada negara, malah rakyat telah sepakat bahawa, 'enough is enough', regim pemerintah tidak mungkin dengar teguran lagi. Hakim Negara mesti buat keputusan.

Mengenai kekurangan jalur gemilang yg dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan, sebenarnya menunjukkan kesombongan, kebongkakkan, dan kebisuan Umno untuk memahami perasaan rakyat yg marah dan tidak berpuas hati bila pemerintah mengambil sikap bahawa Sambutan Merdeka milik pemimpin negara, dan hanya mereka yg menentukan corak perayaan serta tema yg ingin dipaksakan. Jadi jangan persalahkan rakyat dgn kekurangan jalur gemilang, sebaliknya sikap regim pemerintah yg harus segera dimuhasabah.
Jika masih tidak mahu berubah, tunggu masa Rakyat yg akan ubah. Sebenarnya rakyat memang setia & cintakan tanahair. Sebab sayangkan Negaralah harus segera diselamatkan negara dari terus diporak-perandakan oleh pemimpin yg punggah kekayaan negara untuk kepentingan kelompok elit dan membiarkan rakyat umum sengsara dan menanggung akibat kerakusan mereka.

S e l a m a t k a n   M A L A Y S I A

Sebangsa, Senegara, Sejiwa

1 comment:

  1. Regim pemerintah tidak berminat dengan sejarah rakyatnya, sebaliknya hanya berminat dengan sejarah untuk rakyatnya.

    ReplyDelete