Wednesday 5 September 2012

Solidariti untuk Pak Samad

Rakyat memberi perhatian serius terhadap tindakan kerajaan yang memberikan tekanan kepada Pak Samad, hanya kerana mendeklamasikan sajak Janji Demokrasi, pada ambang merdeka.
Janji Demokrasi adalah lambang luahan Rakyat yang amat terkilan dengan cara regim pemerintah menganggapkan sambutan merdeka adalah milik pemerintah dan rakyat tiada merayakan nya. Sedangkan rakyat yang sebenarnya merasai suasana dijajah, serta hak menikmati kebebasan, seharusnya diberi ruang untuk melahirkan pandangan. Apa erti merdeka, sekiranya tiada ruang untuk rakyat melahirkan pandangan dan menegur demi kebaikan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.

Janji Demokrasi adalah lambang kekesalan rakyat kepada sikap regim pemerintah yang sering menganggap hanya kerajaan tahu semua, dan berkuasa penuh menentukan apa yang perlu untuk rakyat.
Tindakan menekan Pak Samad menggunakan kuasa amat dikesali.

2 comments:

  1. Gabungan JANJI didokong oleh 47 ngo.
    Syabas Pak Samad, rakyat bersama mu

    ReplyDelete
  2. Potret karya Fakruldin, Sep 2, 2012 - stadium Darulaman.

    ReplyDelete