Friday 7 September 2012

Kesamarataan Di Hadapan Undang-undang

RAKYAT menanti untuk melihat kesudahan kepada beberapa kes yang disiasat di bawah Sedition Act. Kes mempamerkan bendera Sang Saka mendapat perhatian segera pihak Polis. Begitu juga dengan kes menunjukkan punggung ke gambar Najib, dan ada yang pijak gambar Najib-Rosmah.

Apakah akan berlaku double standard dalam urusan siasatan ? Perbicaraan ? Hukuman ?
Semasa siasatan pun jelas perbezaan. Remaja yang disiasat digari untuk dibawa dari Johor ke KL. Apakah dalam kes sebegini standard nya digari? Selepas ditegur oleh pelbagai pihak, baru Polis mengaku bahawa gari yang digunakan konon jenis lembut. Betul ke ada gari sebegitu ?

Patut dan betul ka nak guna 9(1), yang sepatutnya sesuai dengan artikel akhbar !! ??

Pihak Kolej terus menerima tekanan, dengan begitu segera dah pecat mahasiswa yang sedang disiasat. Mahasiswa & bakal mahasiswa mesti mengambil perhatian Kolej terlibat dan yang sewaktu dengannya, agar seboleh mungkin mengelak dari bergabung dengan Kolej yang tiada nilai keadilan, apabila terus menghukum pelajar yang dalam siasatan.

Bagaimana pula dengan kes :
@ kencing digambar YAB MB Kelantan ?
@ tindakan memijak gambar Ketua Menteri Pulau Pinang ?
@ bawa kepala lembu ke rumah ibadat ?

No comments:

Post a Comment