Wednesday 31 October 2012

AES oh AES

Lakaran Zunar yang berkaitan penguatkuasaan AES dan aliran wang haram, sangat menggambarkan keparahan keadaan di Tanahair.
Berita-berita dan isu yang dimainkan media kawalan kerajaan dirancang sedemikian rupa untuk menutup gerakan menekan Rakyat yang tiada penghujungnya.
 
 
AES, penyakit yang akan menghilangkan kesan BR1M.
 
 
Perjalanan Wang Haram Sebenarnya Lebih Parah Dari Yang Disedari
 
 
Rakyat sentiasa tertekan dengan sistem yang terus menerus menekan kepentingan umum.
 

Presiden PAS: MCA Bantu Dedah UMNO Yg Sebenar


Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yg secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap BN yg sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yg wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yg kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini
selama lebih dari lima puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.

Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

 

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.

HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan “Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang PAS”. Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu.

Allah berfirman :

Maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab – 36)

Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.


PAS DAN DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud. Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.

PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.

 

Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

29 Okt 2012

Tuesday 30 October 2012

MENARA WARISAN jadi 118 TINGKAT

Walaupun penafian awal oleh syarikat pemaju, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, tetapi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengesahkan bahawa ketinggian Menara Warisan Merdeka, memang akan ditambah menjadi 118 tingkat - daripada 100 tingkat yang dirancang.

Kementerian berkenaan mendedahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun semalam.


azlan
PNB sebelum ini telah menafikan dakwaan aktivis warisan, Teoh Chee Keong bahawa ketinggian menara itu akan ditambah kepada kira-kira 120 tingkat.

Jawapan bertulis itu juga mengesahkan bahawa projek ini akan melibatkan pengambilalihan tanah swasta sekitar tapak menara serta tanah kerajaan bagi projek tersebut, serta pembinaan jalan akses tambahan.

Sekali lagi, ini bercanggah dengan penafian PNB bahawa tiada tanah swasta yang akan terlibat.
(petikan dari Malaysiakini)

Wahai Pemuda Kekuatan Mesti Diimbangi Dengan Kemampuan

Tazkeerah Oleh Dr Yusof Al-Qardhawi kepada angkatan muda, untuk mengimbangi kekuatan dengan kemampuan, agar lebih efektif dan efisyen.

 1 : HORMATI KEPAKARAN SESEORANG

Setiap ilmu ada ahlinya & setiap kepandaian ada orangnya. Sesungguhnya Al Qur’an dan As Sunnah mengajar kita supaya merujuk kepada pakar & ahli setiap bidang dalam perkara2 yg tidak kita ketahui.
Firman Allah swt :

“Maka bertanyalah kamu kepada ...ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.” (Anbiya:7)

Dalam sirah telah berlaku peristiwa di mana seorang sahabat yg meninggal dunia akibat dari mandi junub dalam keadaan luka. Apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan Rasulullah saw, baginda bersabda :

"Mereka membunuhnya, Allah membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya sekiranya mereka tidak tahu? Sesungguhnya penawar bagi kelemahan itu ialah bertanya."

 2 : AMBIL ILMU DARI ORANG YG WARA’ DAN SEDERHANA

Apabila tiap2 ilmu itu ada ahlinya, maka pemuda perlu mengambil ilmu syar'ie dari ulama’ yg thiqah, iaitu yg berhimpun pada mereka keluasan ilmu, wara’ & sederhana.

Tidak akan diterima ilmu dari seorang alim selagi ia tidak mengamalkan ilmunya. Inilah yg diistilahkan dengan wara’. Asasnya ialah takut kepada Allah yg merupakan buah ilmu yg benar, sebagaimana firman Allah swt yg bermaksud:

"Sesungguhnya yg takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama’." (QS Faatir : 28)

 3 : PERMUDAHKAN DAN JANGAN MENYUSAHKAN

Apabila berhadapan dan berurusan dengan orang awam, pemuda2 hendaklah memudahkan dan menghindarkan diri daripada keterlaluan dan keras.

Islam menganjurkan seseorang mengambil pendapat yang lebih 'azimah dan selamat dalam masalah2 tertentu.

Namun, jika meninggalkan rukhsah dalam semua perkara, maka jadilah agama ini hanya himpunan pendapat2 yg ‘azimah yg menggambarkan kesempitan & kesukaran.
Padahal Allah swt menghendaki kelapangan dan kemudahan bagi hambanya.
 
"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesempitan bagimu."  (QS Al Baqarah : 185)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa seorang Arab Badwi telah kencing dalam masjid, lantas orang ramai bangun hendak memukulnya, tetapi Nabi saw bersabda:

"Biarkan dia dan tuangkan oleh kamu ke atas kencingnya satu timba air, kerana kamu diutus adalah untuk memudahkan bukan untuk menyukarkan." (HR Bukhari)

Tatkala Muaz memanjangkan bacaan sembahyang bersama umat Islam, Nabi saw bersabda kepadanya :

"Adakah engkau hendak membuat fitnah wahai Muaz? Diulang2nya 3 kali."

Mengambil 'azimah bagi keseluruhan manusia akan memberatkan mereka dan menimbulkan fitnah tapi bagi amal individu, adalah harus baginya untuk mengambil 'azimah bagi tujuan sempurna dan berhati-hati sebaliknya bagi masyarakat awam tidak harus baginya semata-mata untuk mengelakkan mereka dari lari dari agama Allah.

Saranan Nabi saw dalam hadis yang bermaksud :

"Apabila solat salah seorang kamu bersama orang ramai, maka hendaklah ia meringankannya, kerana di antara mereka itu ada orang lemah, orang sakit dan orang tua, dan apabila salah seorang kamu solat untuk dirinya, maka hendaklah ia memanjangkannya mengikut kemahuannya." (Hadis Muttafaqun 'alaihi)

 4 : MENYERU MANUSIA DENGAN BIJAKSANA DAN BAIK

 "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik & berbincanglah dengan mereka dengan cara yg lebih baik." (QS Ah Nahl : 125)

Pendakwah yg bijaksana akan menyampaikan dakwah kepada orang lain dengan cara yg lemah lembut dan kata2 yg paling manis dengan tidak mencuaikan sedikitpun isi kandungannya.

Seorang lelaki telah menggesa Khalifah Al Makmum (Abbasiah) supaya melakukan amar makruf dan nahi mungkar dengan menggunakan tutur kata yang kesat dan kasar.

Khalifah Al Makmum telah menegur lelaki tersebut :

“Wahai saudara, berlemah-lembutlah kerana Allah telah mengutus orang lebih baik dari engkau kepada orang yang lebih buruk dari saya dan Allah menyuruhnya dengan lemah lembut.

Allah telah mengutus Musa dan Harun di mana keduanya lebih baik dari engkau kepada Fir'aun yang lebih buruk daripada saya, dan menasihatkan keduanya dengan firmanNya yang bermaksud”:

"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melewati batas. Maka berbicaralah kamu berdua, kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (QS Thaha : 42-43)

Peranan pemuda dirasakan penting kerana mereka mempunyai beberapa potensi spt :

 <1>      Membangkitkan ‘himmah’ di dalam menimbulkan persoalan.
 <2>      Memindahkan generasi.
 <3>      Menukar generasi.
 <4>      Memperbaharui maknawiah umat.
 <5>      Unsur perubah.

Namun, kita perlu membekalkan pemuda agar potensinya berkembang melalui beberapa 3 perkara:

> Tarbiyah secara fitrah.
> Hikmah dan ilmu.
> Pembentukan keperibadian kepimpinan dan pengikut.


Dengan bekalan-bekalan di atas, maka akan wujudlah pemuda-pemuda yang bergerak. Risalah Islam atau apapun bentuk seruan ke arah perubahan hanya dapat dilaksanakan oleh para pemuda.

Sepanjang perjalanan sejarah manusia dari Nabi Adam as hingga kepada Nabi Muhammad saw & diteruskan hingga ke zaman kini membuktikan bahwa perubahan2 sentiasa dipelopori oleh para pemuda. Pemuda yg berpotensi di masa sekarang ini adalah mereka yang bergelar pelajar atau mahasiswa.

Dakwah Islam, sejak zaman Nabi saw lagi ianya dipelopori oleh para pemuda seperti Ali bin Abi Talib, Mushab bin Umair, Usamah bin Zaid dan sebagainya.

Pelajar atau mahasiswa merupakan nyawa gerakan pemuda dan masyarakat.

Kehadiran pemuda sangat dialu-alukan bagi membawa suatu perubahan dan pembaharuan. Usaha reformasi di segala bidang juga menjadi salah satu seruan pemuda dalam pembentukan masyarakat madani.

Perubahan yang dibawa oleh pemuda ini tidak mungkin dapat dibawa oleh orang tua @ anak2 sehingga potensi yg dimiliki oleh pemuda mampu membawa kepada kejayaan.

PERTAMA
MEMBANGKITKAN HIMMAH DALAM MENIMBULKAN PERSOALAN

Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan nabi-nabi lainnya yang masih pemuda seringkali memberikan persoalan dan kritikan kepada apa shj yg berlaku di sekitarnya.

Para pemuda kerap menimbulkan pertanyaan terhadap perkara-perkara yang :

1. Tidak betul.
2. Tidak benar.
3. Tidak adil.

Keadaan yang tidak sesuai ini biasanya dijadikan sebagai suatu tempat kritikan atau persoalan pemuda.

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu sungguh-sungguh memujanya?” (Anbiya’ : 52)

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dalam keadaan takut kepada Fir’aun dan ketua-ketua kaum mereka menyiksa mereka; kerana sesungguhnya Fir’aun bermaharajalela di muka bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. Dan Nabi Musa berkata (kepada kaumnya): “Wahai kaumku! Kalau kamu sungguh-sungguh beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika kamu benar-benar orang Islam.” (QS Yunus : 83 – 84)

Potensi membangkitkan suatu persoalan ini adalah ciri pertama kenapa pemuda ini dapat melakukan perubahan.

Pemuda tidak akan senang dengan sesuatu yang sudah dicapainya. Pemuda juga tidak dapat tenang melihat ketidakadilan.

Peranan pemuda ini sangat penting, lebih khususnya dalam membentuk budaya dan arus perdana di kampus dan juga dalam masyarakat.

KEDUA
GENERASI PENERUS

Generasi tua atau generasi pemegang kepimpinan samada dalam suatu pemerintahan, dakwah atau masyarakat tentunya akan semakin tua dan meninggal dunia.

Keadaan demikian memerlukan adanya generasi penerus yg menggantikan peranan pemimpin sebelumnya. Keadaan ini adalah suatu yg logik.

Namun, siapakah penggantinya?          Jawabannya adalah pemuda.

Kepimpinan, pemerintahan dan sebagainya perlu diteruskan kepada generasi berikutnya.

Generasi ibu bapa perlu digantikan oleh generasi anaknya, begitulah seterusnya diganti pula oleh generasi cucunya. Di tengah masyarakat dan dalam organisasipun berlaku sedemikian rupa, iaitu perubahan pimpinan kepada generasi seterusnya yang masih bergelar pemuda.

Dan orang-orang yg beriman yg dibawa oleh zuriat keturunannya dalam keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap manusia terikat dgn amal yg dikerjakannya.” (At Thur : 21)

Dan juga mereka (yang diridhai Allah itu ialah orang-orang) yg berdoa dengan berkata:”Wahai Tuhan kami, berilah kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; (generasi pengganti) perkara-perkara yg menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertaqwa.” (QS Al Furqan : 74)

KETIGA
GENERASI PENGGANTI

Memindahkan generasi bererti menggantikan pemimpin sebelumnya dengan meneruskan semua program-program yg telah dirancang sebelumnya.

Manakala menukar generasi pula disebabkan generasi sebelumnya tidak baik atau kurang berjaya sehingga diperlukan penukaran generasi kepada generasi yg baru.

Allah swt menyebutkan bahwa orang yg tidak beriman ini akan digantikan oleh orang yg beriman.

Begitu juga yg berlaku dalam negara atau suatu pemerintahan di mana pemerintah yg tidak berlaku adil, jujur dan amanah maka kepimpinan sebelumnya perlu diganti oleh kepimpinan baru.

Wahai orang2 yg beriman! Barangsiapa di antara kamu yg murtad dari agamamu, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yg Allah sayang kepada mereka dan mereka sayang kepada Allah; bersifat lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang2 kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap celaan orang2 yg suka mencela. Yg demikian itu ialah kurniaan dari Allah kepada siapa sahaja yg dikehendakiNya; sesungguhnya Allah maha luas kurniaNya lagi maha mengetahui.” (Al Maaidah : 54)

KEEMPAT
MEMPERBAHARUI MAKNAWIYAH UMAT

Siapakah yang dapat bergerak untuk memperbaharui maknawiyah umat?

Jawabannya adalah pemuda.

Pemuda dengan potensi yang dimiliki, semangat yang berkobar-kobar, jasad yang kuat, pemikiran yang cerdas dapat memperbaharui maknawiyah umat.

Usaha pembaharuan ini adalah dengan memberikan dakwah, tarbiyah dan jihad. Usaha-usaha pemuda yang sedemikian dapat memperbaharui maknawiyah umat.

Orang tua tidak akan mungkin dapat melaksanakan peranan ini begitu juga para anak-anak tidak dapat berperanan secara berkesan. Hanya pemuda yg dapat menjalankan peranan perubahan ini.

Dan Nabi mereka berkata kepada mereka:”Sesungguhnya Allah telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab:”Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kekuasaan itu daripadanya, dan ia tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:”Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Thalut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan ilmu pengetahuan dan kekuatan fizikal”. Dan (ingatlah), Allah juga yang memberikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (Al Baqarah : 247)

KELIMA
UNSUR PERUBAH

Pemuda dengan potensi yg dimilikinya juga mempunyai unsur perubah kepada :

a. Ketidakadilan.
b. Kejahiliyahan.
c. Kesesatan.
d. Kemusyrikan.

Pemuda dgn unsur perubahnya dapat menjalankan peranan tersebut secara baik & berkesan.

Di zaman Nabi saw, para pemudalah yang merubah :

1. Jahiliyah kepada Islamiyah.
2. Kemusyrikan kepada tauhid.
3. Kebatilan kepada Al-Haq.
4. Sekular kepada Islam.

Unsur perubah yang paling berpotensi adalah pemuda yang sedar, berpengetahuan dan mempunyai fikrah Islam yang mantap. Ciri-ciri seperti ini dapat diperolehi melalui usaha belajar dan menuntut ilmu.

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu pemuda2 yg beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan mereka dengan petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yg menciptakan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak akan menyembah Tuhan yg lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya maka kami mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (QS Al Kahfi : 13 – 14)

BEKALAN-BEKALAN

Agar potensi2 pemuda tersebut muncul secara berkesan & berpengaruh, maka pemuda perlu diberikan bekalan2 yg akan memberi semangat dan kekuatan bagi mengharungi setiap cabaran dan ujian yg akan ditempuhi.

Tanpa bekalan2, maka potensi pemuda yg berharga akan menghilang manakala bekalan yg baik adalah bekalan yang mengikuti kaedah dan minhaj dari Allah & RasulNya.

PERTAMA : TARBIYAH SECARA FITRAH

Tarbiyah secara fitrah adalah tarbiyah yg merujuk kepada fitrah manusia. Tarbiyah secara fitrah juga istilah lain dari ‘Tarbiyah Islamiyah’.

Fitrah manusia sangat sesuai dengan fitrah Islam. Pemberian fitrah Islam kepada pemuda akan diterima secara ikhlas dan dapat diamalkan oleh pemuda dengan baik.

Penerimaan tarbiyah secara fitrah ini terjejas apabila di dalam hatinya ada noda atau kotoran maksiat yg menutup fitrahnya.

Tarbiyah secara fitrah yg diberikan kepada pemuda adalah usaha untuk membangun potensi pemuda dan juga memelihara potensi tersebut.

Sebahagian dari aktiviti tarbiyah secara fitrah adalah :

a. Membaca Al-Qur’an.
b. Beribadah.
c. Beramal soleh.
d. Memelihara alam.

Contoh tarbiyah secara fitrah adalah memberikan sesuatu yang diperlukan oleh pemuda. Dengan cara ini pemuda dipenuhi keperluannya dan juga mereka dapat mengembangkan diri mereka.

Di antara ciri-ciri keperluan semasa para pemuda adalah :

1. Keperluan belajar.
2. Keperluan persaudaraan.
3. Keperluan ingin tahu.
4. Keperluan dinamik dan aktif.

Cara yg fitrah melalui Islam mampu secara berkesan membangun potensi pemuda.

Isa binti Maryam (berdoa kepada Allah) berkata:”Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada di hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) dariMu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki.” (QS Al Maaidah : 114)

KEDUA : HIKMAH DAN ILMU

Selain tarbiyah secara fitrah yg diberikan kepada pemuda, ilmu dan kebijaksanaan juga diberi sehingga kesedaran dan motivasi untuk bergerak di kalangan pemuda muncul.

Orang dewasa dan tua yg mempunyai banyak pengalaman dan ilmu serta telah merasakan asam manisnya kehidupan perlu memberikan kepada pemuda suatu kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan.

Hikmah biasanya didapati oleh orang tua dan dewasa. Orang tua dengan pengalaman dan hidupnya yang sudah lama dapat memberikan hikmah kepada pemuda yg belum banyak pengalaman.

Ilmu pun biasanya didapati oleh orang dewasa dan tua, maka juga diperlukan memberikan ilmu dan pelajaran kepada pemuda kerana bekalan yg sedemikian dapat meningkatkan potensi pemuda.

“Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yg cukup kekuatannya dan sempurna. Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (QS Al Qasas : 14)

KETIGA : KEPERIBADIAN KEPIMPINAN DAN PENGIKUT

Kepada pemuda juga diperlukan bekalan keperibadian yg mempunyai sifat pemimpin dan pengikut.

Pemuda diharapkan mempunyai sifat sebagai pemuda yg sedia memimpin dan sedia dipimpin.

Pemimpin yg ikhlas dan pengikut yg taat adalah sifat yang juga perlu ditanamkan kepada jiwa pemuda sehingga dengan cara ini pergantian, penukaran dan pemindahan generasi dari orang tua kepada pemuda dapat dilaksanakan dengan baik.

Keperibadian yang mempunyai sifat pemimpin dan pengikut akan melancarkan perjalanan dakwah amal jama’ie.

Yusuf berkata: “Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (QS Yusuf : 55)

Salah seorang di antara wanita yg berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yg ayah ambil bekerja ialah orang yg kuat, lagi amanah”. (QS Al Qasas : 26)

PEMUDA YANG BERGERAK

Potensi yang dimiliki oleh pemuda kemudiannya dikembangkan dengan diberikan beberapa bekalan seperti tarbiyah kemudian melalui bekalan ini akan menghasilkan pemuda yang bergerak, dinamik dan aktif.

Pemuda yg aktif akan menghasilkan banyak perkara, sedangkan pemuda yg tidak aktif maka ianya akan menghancurkan dirinya sendiri.

Oleh sebab itu pemuda yg bergerak adalah pemuda yg mendapatkan tarbiyah bagi pengembangan dirinya.

Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran : 169)

Kita mampu untuk menjadi pemuda2 yg melakar sejarah yg signifikan untuk umat. Titik tolak dan perubahannya boleh kita jana dan gerakkannya.

Pemuda2 perlu dilatih, dirancangkan dan diprogramkan untuk menjadi luar biasa.
Cara pandangan mereka terhadap dunia adalah suatu pandangan yg luar biasa di mana mereka berfikir dengan minda yg luar biasa dan segala-galanya adalah luar biasa.

Luar biasa dengan acuan Allah swt di mana kini, ianya telah menjadi asing dan terpisah dalam kehidupan manusia biasa.

Mereka2 ini perlu diletakkan dalam acuan intensif dan khusus di mana mereka perlukan universiti khas dan kolej yg khusus yg akan menghasilkan para graduan yg akan mempunyai kemampuan untuk “mengubah” dunia.

Ya Allah
Lahirkanlah di kalangan kami para pemuda yg akan menjadi generasi pengganti dan pewaris kepada perjuangan dakwah dan tarbiyah sehingga ianya mampu mengubah lanskap minda dan pemikiran umat untuk membangun kembali kegemilangan Islam di akhir zaman.

(dengan kerjasama Saudara Ismail)

 

Saturday 27 October 2012

6 Pra Syarat Pencinta Ilmu

Pesanan kepada yang bercita-cita untuk mendalami ilmu, dan memahami & menghayati ilmu bekalan hidup, hendaklah bersedia dengan 6 pra syarat berikut :

(1) Kecerdikan

(2) Kesungguhan

(3) Keinginan Yang Kuat

(4) Kemampuan Kewangan

(5) Tunjuk Ajar Guru



(6) Masa Yang Panjang

Wednesday 24 October 2012

Salam Aidiladha Buat Semua Ummah Alami

Selamat berpuasa sempena hari Wukuf, 9 zulhijjah 1433h

Semoga perlaksanaan Qurban pada 10, 11, 12, dan 13 zulhijjah diterima Allah.

Doakan semoga Semua Ummah mendapat hidayah untuk kembali kepada Fitrah Insan

Juga hidayah untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran,  dan dikurniakan kekuatan untuk mengikutinya.
Seterusnya hidayah untuk melihat kebathilan sebagai kebathilan, serta kekuatan untuk menghindari nya.

Ya Allah berikan kami hidayah dan kekuatan Istiqamah di jalan kebenaran dan keadilan.

Semoga Qurban Diterima Allah

Ada Individu Dapat Sejuta Saham FGV ?


Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

 
Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.
 
Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.
 

Tuesday 23 October 2012

Perpecahan BN Yang Sukar Dibendung Lagi

BN menuju jalan yang memungkinkan perpecahan besar sebelum PRU13 ;

<I> Malaysia : Negara Islam @ Sekular

Kenyataan Menteri JPM hal undang-undang, yg cuba menafikan Malaysia sebagai negara sekular, tidak menyebut samada ianya Islamik atau sebagainya.

Namun, exPM telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sekular dan tidak akan membenarkan perubahan kepada Negara Islam. Tidak kurang 2 kali dalam sejarah Malaysia, kenyataan exPM menjadi Tajuk Utama Utusan berkenaan status negara.

Malah ada juga exPM yang mengisytiharkan Malasysia sebagai negara Islam, tanpa melakukan apa-apa perubahan untuk membenarkannya.
 
Kini, PM tersepit untuk menyatakan pendirian. Lebih-lebih lagi bila MCA menyisytiharkan perang keatas ura-ura penubuhan negara Islam di Malaysia. Sehingga MCA memburuk status negara Islam sebagai negara korup di dunia, bakal menjadikan bankrup, serta menyebabkan kehilangan pekerjaan kepada lebih 100,000 pekerja.

PM -Nak sokong Islam ? @ Nak Tolak Islam ?

-----kenyataan Nazri Aziz-----
M'sia tidak diasaskan sebagai sebuah negara sekular & tidak pernah diisytihar serta ditentukan untuk menjadi begitu, kata Menteri di JPM Datuk Seri Nazri Aziz.
NONESebaliknya, kata Nazri, Malaysia diasaskan bawah prinsip pentadbiran Islamik bawah Raja-raja Melayu.
Perkataan sekular tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan, Nazri memberitahu Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab hari ini.
Katanya lagi, perlembagaan menyebut dengan jelas bahawa Islam sebagai agama persekutuan.
Beliau kemudiannya memetik perlembagaan dan peruntukan undang-undang yang menyebut status dan fungsi Islam dalam negara ini dilindungi.

--------------------------------------------

<II> Kekeliruan Dalam Tafsiran Dan Memahami Islam

Kebelakangan ini, UMNO juga berusaha mengujudkan kelompok 'ulamak' muda untuk diletakkan disaf depan dalam mempertahankan kredibiliti UMNO/BN yg dah terlalu rendah di mata rakyat.

Namun, kemunculan Timb Menteri kepada PM, dlm Hal Ehwal Wanita, dengan definasi baru, bahawa perlaksanaan Hudud, seperti yang dicadangkan oleh TGNA, akan membenarkan orang islam lelaki merogol wanita bukan Islam, hanya kerana mereka tidak menutup aurat. Kenyataan Timb Menteri kpd PM ini disokong oleh Presiden MCA, yg juga JUARA VIDEO, dengan kenyataan keras isytihar jihad menentang Hudud.

Sehingga kini, bukan sahaja PM tidak berbunyi, malah 'ulamak' muda juga hilang dari media, untuk memberi ulasan kepada 2 kenyataan keras dari pimpinan MCA.
exPM cuba mencelah dgn mengklasifikasikan kenyataan MCA sebagai kenyataan khusus kepada masyarakat cina. Sedangkan ianya menyebut dengan jelas perkataan lelaki muslim, aurat, dan rogol.

Sebarang penjelasan Presiden UMNO dalam menangani isu definasi ini akan meretakkan hubungan sekongkol dikalangan BN.

<III> Penyalahgunaan Kewangan Negara

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan yang berterusan diamalkan oleh pentadbiran BN. 'Enjoy' beli-belah, Barangan pada harga tidak munasabah, serta pemberian kontrak kepada kroni tertentu, akan membuatkan kepimpinan BN menyalahkan satu sama lain kerana perkara prinsip asas sebegini, hanya akan dipertahankan oleh orang yang terlibat sahaja. Perlanggaran prinsip kewangan tidak akan dipersetujui oleh semua, kecuali yang yang terlibat.
Pemberian Kontrak MRT dan LRT juga timbul pertikaian semasa pimpinan BN. Malah kenyataan Timb Menteri Kewangan yang menyifatkan dokumen sebagai mungkin palsu menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

Usaha Presiden UMNO untuk memperjelaskan dan menutup isu ini akan membuatkan kelompok yang tidak merasai habuan merasa tergadai maruah mereka untuk mempertahankan kerusi masing-masing.



Lantaran itu, PRU13 tidak mungkin mampu dilakukan dalam masa terdekat.
 
Presiden UMNO harus menyelesaikan isu dalaman BN disamping itu cabaran perjawatan dalam pemilihan UMNO yang masih tertangguh.
Kebimbangan demi kebimbangan dilalui PM tanpa menyedari
tempoh penggal ke12 bakal berakhir dalam masa 100 hari pertama 2013.

Monday 22 October 2012

Le Tour D Scorpene Scandal

NAJIB PANIK DAN CUBA PERDAYA TLDM LINDUNGI 'JENAYAH SEBALIK SKANDAL SCORPENE'
Merujuk laporan media Utusan Msia,19 Okt 2012 yg melaporkan PM Msia, DS Najib menuduh kononya 'pembangkang' mempolitikkan isu Scorpene dan menghina TLDM.

Kenyataan ini beliau ungkapkan ketika berucap di dalam Majlis Mesra warga TLDM bersama PM 18 Okt lepas di Lumut, Perak.

PM Msia ternyata panik terhadap pendedahan -demi pendedahan yg dilakukan & mahu memperdaya warga TLDM bagi melindungi 'jenayah' disebalik pembelian Scorpene.

Perlu difahami pendedahan isu skandal scorpene bukan hanya dilakukan oleh pembangkang atau pihak pakatan rakyat sahaja tetapi ia turut diusahakan oleh perbagai peringkat masyarakat sivil dalam dan luar negara kini.

Mempertikaikan pembelian senjata bukan menghina anggota tentera tetapi sebaliknya tindakan bert/jawab untuk memastikan anggota tentera Msia dilengkapi sistem persenjataan yg terbaik. Yg menghina anggota tentera sebernarnya ialah pihak yg sanggup membeli perlatan tentera tidak berkualiti @ membiarkan anggota tentera menggunakan perlatan lapok sebaliknya mereka diatas mewah kerana komisyen rasuah pensenjataan yang amat besar nilainya.

Tahun 2008 lagi dalam blog cheGuBard.blogspot.com (klik sini untuk baca lanjut) telah ditulis catatan mengenai berapa banyak anggota Tentera dan keluarga yg dizalimi kerana terlalu ramai anggota tentera yg meninggal kerana kemalangan Helikopter Nuri yg uzur bukan kerana perang. Khabar perancangan untuk membeli helikopter EC725 Cougar sedikit menggembirakan warga tentera namun semua terpaksa ditangguhkan kerana rasuah dan salahguna kuasa.

Masyarakat sivil bangkit membongkar skandal persenjataan negara bukan kerana mahu menghina tentera tetapi menyedari betapa pentingnya tentera dilengkapi persenjataan terbaik untuk menjaga kedaulatan negara.

Dalam perihal kapal selam scorpene contohnya yg dipertikaikan ialah rasuah & komisyen yg melampau kerana jika tanpa rasuah itu sudah tentu bukan sahaja wang negara dapat diselamatkan tetapi tentera juga mampu dilengkapkan dengan sistem persenjataan yg terbaik.


Ringkasan kes scorpene -
  • pembelian dibuat pada tahun 2002 dgn perjanjian antara K'jaan Msia & French DCNS & Spanish Navantia, manakala selepas 7 tahun barulah kapal selam tersebut tiba di Malaysia 2009
  • yang dipertikaikan ialah kos pembelian kapal selam bernilai RM 2.14B pada tahun 2002 dan RM 5.43B pada tahun 2008.
  • TLDM boleh shj punya kepakaran dlm perihal kapal selam tetapi Menteri Pertahanan (Najib Razak) telah menghantar PERIMEKAR (sykt Razak Baginda & Isterinya) untuk menjadi orang tengah & akhirnya sykt kawan baik Menteri Pertahanan ini, PERIMEKAR telah mendapat komisyen RM540j kerana Kementerian yg kawan baiknya Menteri setuju beli Kapal Selam. Apa pengetahuan Razak mengenai Kapal Selam ? dengan menafikan peranan TLDM dalam meneliti pembelian Kapal Selam ini tidakkah ia menghina TLDM. Bukan Razak yang nak guna kapal selam tetapi TLDM
  • Kos pembelian agak tidak munasabah
    • Kapal Selam kosong RM5.43B
    • Komisyen RM540j
    • Pakej latihan guna Kapal Selam RM150j
    • Senjata (kapal dibeli tanpa senjata) 40 Exocet & 30 Black torpedo RM890j
    • Maintenance sehingga RM600j setahun
    • Jumlah wang yang dibelanja setakat ini RM7.58B untuk punya kapal selam terpakai dan jumlah ini akan meningkat RM600j setiap tahun.
  • Bujet 2012 meluluskan kontrak RM600j setahun untuk 'support service' kapal selam ini
  • Zahid Hamidi, menteri Pertahanan sekarang dalam parlimen menyatakan pembelian kapal selam tidak masuk senjata dan negara harus bayar tambahan RM890j untuk 40 unit Exocet sm39 missile dan 30 unit Black Shark Torpedo yang hanya akan sampai 2013 sahaja.
  • Febuari 2010, sumber dalam Kementerian Pertahanan sendiri memberitahu Kapal Selam itu tidak boleh menyelam hanya selepas usaha pembaikan yg memerlukan belanja besar sahaja kini Kapal Selam itu boleh menyelam.
  • Apr'12, SUARAM telah fail aduan kpd Sistem Kehakiman Peranchis, aduan tertumpu kepada pembayaran komisyen yg bersifat rasuah kepada PERIMEKAR
  • 2 tahun pihak pendakwa (prosecutors) membuat siasatan awal & pejabat DCNS, Thales dan beberapa pihak terbabit membeli kapal selam diserbu oleh pihak berkuasa Peranchis dan beberapa dokumen dirampas antaranya kontrak DCNS- MiNDEF, MOU, Invois Bank dan beberapa dokumen berkaitan.
  • Inquiri Jenayah bermula pada 16 Mac 2012 di Tribunal De Grande Instance.
  • 2 hakim dinamakan utk mendengar- Hakim Roger Le Loire & Serge Tournaire.
  • SUARAM selaku pengadu telah memberikan kenyataan depan hakim-19 Apr '12
  • Hakim setuju memanggil 7 orang yang dinamakan sebagai saksi oleh SUARAM iaitu Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan sekarang), Najib Razak (bekas Menteri Pertahanan ketika pembelian kapal selam), Razak Baginda, Bapa Altantuya Shatev Sharibu, Lodin Wok Kamarudin, Balasubramaniam dan Jabir Sigh Chahl.
  • 153 dokumen telah disenarai sebagai bahan siasatan antara dokumen yang menarik ialah
    • dokumen 87 -Najib sebagai Menteri Pertahanan telah membuat permintaan sebanyak 1Billion untuk 'komisyen' kepada PERIMEKAR dalam urusniaga kontrak kapal selam.
    • dokumen 97 - dokumen membuktikan wujud satu lagi syarikat selain PERIMEKAR iaitu syarikat TERASASI yang berpengkalan di Hong Kong yang dipercayai menerima komisyen Euro 42 Juta. Setelah diteliti TERASASI ialah syarikat milik Razak Baginda dan bapanya.
    • turut dirampas di pejabat THALES ialah dokumen rahsia ketenteraan milik TLDM yang dikirim TERASASI. Bagaimana dokumen sulit ini berada ditangan pihak asing ? Ini pengkhianatan jelas dan telah berpuluh laporan polis dibuat namun semua senyap.
    • Menayas, Pegawai DCNS telah mengakui telah membayar tidak kurang dari RM120 juta kepada pegawai - pegawai di Malaysia dalam perbagai bentuk komisyen/hadiah dan ini diluar komisyen besar yang disebut.
    • wujud juga dokumen yang menyebut secara jelas kewujudan Altantuya Sharibu yang terlibat dalam pertemuan tertutup membincangkan pembelian Kapal Selam.
    • Menyedari proses perundangan sedang berlaku maka Najib yang pada peringkat awal sombong mula menyatakan 'no comment', Zahid yang sombong berani ke Peranchis untuk berdepan mahkamah mula berubah nada dengan 'tidak akan bazirkan wang rakyat untuk ke Paris'
Maka jelas jika media berani melaporkan kesemua perkara ini maka warga TLDM, Warga tentera Malaysia sedar bahawa mereka sekarang ini sedang dikhianati. Seluruh rakyat perlu sedar.

ikuti sambungan tulisan umum ini yang akan menulis secara 'detail' mengenai misteri pembunuhan melibatkan kontrak pembelian senjata dan juga menerangkan Jelajah
Le Tour De Scorpene Scandal

(ditulis oleh che'GuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan yang juga merupakan penulis buku Misteri Disebalik Pembunuhan Altantuya)

MCA Semai Bibit Perpecahan Kaum Dan Agama

MCA yang bersidang untuk kali terakhir sebelum PRU13 (mungkin terakhir), telah memilih jalan yang tidak rasional dengan menanamkan bibit perpecahan dikalangan warga Malaysia yang telah hidup dengan harmoni ketika ini. Kefahaman warga Malaysia pelbagai kaum tentang Islam juga meningkat sejak 15 tahun terakhir, apabila gabungan Keadilan-PAS-DAP yang menerajui usaha projek mega Rakyat dengan menanamkan sikap keterbukaan dan kesediaan memahami kepelbagaian.


Namun, dalam keadaan yang sangat terdesak, ekoran kekalahan teruk pada 308, serta jangkaan umum yang melihat bahawa MCA akan hilang dari scenario politik tanahair selepas PRU13, mereka memilih jalan ranjau dengan menanamkan sifat kebencian dikalangan penyokong serta menghasut kearah kekacauan kaum dan agama di Malaysia.

Apakah hasutan yang lebih menggila dari melabelkan Pakatan Rakyat sebagai Fanatik dan Extremis Agama Islam. Dengan kefahaman ala-MCA yang diajar oleh UMNO.
Mereka menyerang hudud dan Islam secara membabi buta.




-----------------kenyataan FITNAH Heng dan CSL -----------------------------------------
Chua opened his broadside on hudud with a word-play on Pakatan Rakyat’s slogan Ubah (change), which he said stood for
Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS

In English, he said, the slogan

Change stood for ‘Choose Hudud At Next General Election’

MCA president Dr Chua Soi Lek has defended party women’s wing vice-chairperson Heng Seai Kie's claim that PAS condones the rape of non-Muslim women who do not conform to the Islamic dress code.

“He said that they deserved to be raped, and the reason that he gave is that eye is connected to the genitalia and when you ‘see’, you get provoked.

“That is not what I said, please. That was what Nik Aziz said and we can get you the
tape immediately if you are interested in seeing,”

"Pakatan has misled us to believe PAS' hudud law won't affect the rights of non-Muslims because (based on Nik Aziz's argument) there is no law to stop Muslims from raping non-Muslims.

"If you watch the YouTube clip, you would know that Nik Aziz had once said that a woman should tutup aurat (protect their modesty), otherwise the woman should be raped.

"From Nik Aziz's speech, we can conclude that Nik Aziz openly asked Muslim to rape non-Muslim, am I right?"

--------------------- kenyataan Heng dan CSL -------------------------------


Apakah NILAI kenyataan Heng dan CSL ?
APA perasaan orang yang percaya kata-kata FITNAH Heng dan CSL ?

Apa perasaan orang-orang Islam yang tahu erti sebenar nasihat Tuan Guru ?
Apa perasaan orang-orang Islam yang tahu FITNAH yang ditaburkan oleh MCA ?

MCA seharusnya rasional dalam berdepan dengan PRU13, realiti menghadapi kekalahan sekali pun, tidak semestinya menghalalkan penyebaran propaganda sebegini jahat yang memungkin satu kebangkitan yang sukar dibendung.

Umum sudah mengetahui, bahawa penjelasan Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini menyebut bahawa, Hudud yang diperkenalkan akan meliputi orang Islam lelaki dan wanita sahaja. Manakala orang bukan Islam boleh memilih kerana perundangan sivil masih terpakai. Justeru, mana-mana lelaki muslim yang melakukan kesalahan jenayah, samada keatas muslim mahupun bukan muslim, lelaki muslim tersebut bersalah dibawah perundangan jenayah hudud. Begitu juga keadaan sebaliknya, bagi perempuan muslim.

Tidak timbul soal lelaki muslim digalakkan atau dibenarkan merogol wanita bukan muslim, samada berpakaian atau tidak. Yang penting, ianya tetap menjadi kesalahan jenayah kepada mana-mana lelaki Muslim. Kempen menggalakkan pemakaian menutup aurat yang kelihatan sopan, sebenarnya untuk menghindari peluang pelakuan jenayah. Ianya tidak menjadi sebab untuk menghalalkan perbuatan jenayah.

Rakyat seluruhnya berhak menghukum FITNAH terbaru Heng dan CSL yang mewakili MCA, dengan menolak 100% calon MCA dalam PRU13, dengan memilih calon Pakatan yang lebih rasional dan bertanggung-jawab dalam memikul usaha membentuk Malaysia yang lebih baik.

Sebangsa  Senegara  Sejiwa
 

Sunday 21 October 2012

AES keselamatan atau Banyakan Saman ?

AES, sistem yang diguna-pakai untuk mengawal selia perjalanan lalu-lintas, terutama melibatkan kenderaan yang melanggar peraturan jalanraya dan menjadi penyebab kepada kecelakaan di jalanraya.

Menteri Pengangkutan beriya-iya sangat untuk membelanjakan ratusan juta ringgit untuk memasang kamera AES di 831 lokasi dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa dan kerugian harta-benda. Beliau begitu mahupun AES sepertimana Menteri Kesihatan sangat mahukan LYNAS di Kuantan.

Tiada siapa yang akan menghalang pendekatan yang boleh menurunkan kadar kemalangan di Malaysia. Namun, yang menjadi kemusykilan kepada Rakyat adalah kenapa kamera AES dipasang pada tempat yang mudah mencari kesalahan jalanraya, berbanding memasang ditempat yang menjadi 'black spot' dilaluan kenderaan.

Seharusnya pemerintah memikirkan kaedah yang lebih baik dalam berdepan dengan kadar kemalangan di Malaysia sebagai agenda utama, berbanding nilai yang diutamakan oleh agensi pemerintah adalah jumlah kutipan kompoun dari kesalahan yang dikenal-pasti.

Lebih memburukkan lagi adalah kaedah penswastaan pemasangan dan kutipan saman, yang membolehkan pengaliran wang dari poket Rakyat menuju ke kantung kroni yang diberikan hak pengutipan saman AES ini.

Syabas Kerajaan-kerajaan negeri yang menyatakan dengan tegas pemasangan kamera AES harus diperbetulkan niatnya dahulu, agara sistem yang diperkenalkan adalah lebih mesra Rakyat.

Menteri Pengangkutan mesti bertanggung-jawab atas kegagalan sistem yang dipaksakan keatas Rakyat ini. Sekiranya pemasangan AES ini gagal mencapai penurunan kadar kemalangan sekitar 40%, maka Menteri dan beberapa penjawat atasan mesti mengambil tanggung-jawab dengan meletakkan jawatan.

EXPO BAJET 2013

EXPO Bajet'2013 yang menampilkan kepelbagaian Tokoh Masyarakat, mendedahkan kelemahan dalam urusan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB PM.

Bajet ini gagal untuk mengambil kira kesempitan dan kesusahan yang dideritai oleh Rakyat, sedangkan sikap pemerintah masih berbelanja tanpa rasa bersalah dalam hal-hal yang tidak memberikan manfaat langsung kepada Rakyat.

YB Nik Nazmi mendedahkan bagaimana Bajet'2013 adalah kesinambungan kepada pemborosan yang menjadi amalan regim pemerintah sejak beberapa dekat terakhir. Manakala Sdri Siti Aisyah Srikandi membongkarkan rahsia penyelewengan dan kronisme yang terus berakar dalam gaya perbelanjaan wang negara oleh UMNO/BN.


Sebab itu, Bajet'2013 menjadi sebahagian dari episod penyalah-gunaan kuasa oleh regim pemerintah, dan menjadi asbab tambahan kepada usaha Rakyat untuk menolak pemerintahan UMNO/BN dan beralih angin kepada Harapan Baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dengan moto DEMI RAKYAT.



Pakatan Rakyat lebih memahami denyutan nadi kesusahan yang ditanggung oleh Rakyat pelbagai lapisan, samada golongan yang ketinggalan dari arus pembangunan, mahu pun golongan yang tersepit dicelah-celah arus pemodenan.

Wednesday 10 October 2012

Keghairahan Berbelanja, Berhutang, dan Bermewah

Tahun     Jumlah Hutang Malaysia     Menteri Kewangan

2012  RM 502,400,000,000 = 502.40 b
                                             Menteri Kewangan - Najib Razak
                                             Meningkat  RM 195.96 b
2008  RM 306,437,000,000 = 306.43 b
                                             Menteri Kewangan - Abdullah / Najib
                                             Meningkat  RM 39.71 b
2007  RM 266,722,000,000 = 266.72 b
                                             Menteri Kewangan - Abdullah Badawi
                                             Meningkat  RM 77.96 b
2003  RM 188,767,000,000 = 188.76 b
                                             Menteri Kewangan - Mahathir
                                             Meningkat  RM 85.65 b
1998  RM 103,121,000,000 = 103.12 b
                                             Menteri Kewangan - Mahathir pecat/ganti Anwar
                                             Meningkat  RM 13.20 b
1997  RM   89,920,000,000 =  89.92 b
                                              Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim
                                              Kurang   RM 9.15 b
1991  RM   99,073,000,000 =  99.07 b



Keghairahan berbelanja, samada untuk perkara baru (projek baru) mahu pun menampung kerugian yang menimpa kroni dan keluarga, menyebabkan negara terus menanggung pertambahan hutang yang tiada penghujungnya.
 
Selain ketika amanah kewangan negara di tangan Anwar 1991-1998, kadar hutang negara terus mencatat pertambahan yang di luar kemampuan membayar. Angka-angka yang tercatat diatas menandakan kepimpinan negara langsung tidak punya kesedaran tentang betapa besarnya jumlah terlibat.


Ianya seolah-olah seperti individu tidak bertanggung-jawab yang mendaftar talian handphone menggunakan IC curi, maka dia akan menggunakan talian sehingga limit tanpa rasa bersalah atau tanpa kesedaran betapa besarnya hutang, kerana beliau tidak akan memikirkab masalah yang bakal timbul selepas beliau tidak lagi berurusan dengan talian terlibat.

Kadar hutang negara juga bergerak hampir serupa kearah itu. Pemimpin utama negara, atas kuasa sebagai Menteri Kewangan, terus leka berbelanja projek baru dan juga membiayai keperluan tertentu, tanpa menyedari dan merasai bahawa jumlah hutang ini merupakan tanggungan negara dan menjadi tanggung-jawab bersama untuk menyelesaikannya.
 
Dengan kadar pertambahan ini, ianya meletakkan Malaysia dijurang bankrapsi, pada bila-bila masa sahaja. Lebih serius lagi, angka yang telah menghampiri limit 55% ini, boleh menjadi meletup sebaik pertumbuhan terhenti.

Kebanyakan ahli ekonomi menyedari bahaya yang sedang dihadapi oleh negara. Pemimpin negara, samada PM @ Menteri Kewangan atau juru bicara kerajaan persekutuan masih boleh berdolak-dalik dalam isu ini sementara ia belum meletup. Bila telah cecah limit paras kadar boleh hutang negara, segala penyesalan dan tangisan tidak akan mengubah keadaan.


Oleh itu, Rakyat harus sepakat mendesak Najib segera memulakan pengurangan hutang mulai sekarang. Kita tidak mahu sekadar janji untuk ubah dalam tempoh tertentu. Penggunaan dan perbelanjaan mesti dihematkan sekarang. Projek baru mesti lalui kaedah tender terbuka untuk penjimatan 20%.
Sebelum akhir tahun 2012, kita mahu kadar hutang kembali ke paras di bawah RM500b.

MAHATHIR - NAJIB - SOROS memang NGAM

Senjata MAKAN TUAN,
 
>Najib-Mahathir yg sebelum ini tuduh NGO terima dana asing sebagai khianat kepada negara, rupa-rupanya BN juga terima dana asing.
>Bila Najib-Mahathir tuduh dengan pelbagai fitnah konon hubungan Anwar-Pakatan Rakyat dengan SOROS, dan menganggap hubungan dengan SOROS sebagai khianat kepada negara. SEKARANG BUKTI JELAS, bahawa NAJIB-MAHATHIR lah yang punya hubungan istimewa dengan SOROS.
 
Prime Minister Najib Razak had a private meeting with billionaire financier George Soros - the man seen by Umno faithful as enemy no 1 - in New York two years ago.

The hush-hush meeting, which was first revealed last week by Subang parliamentarian R Sivarasa during his
debate with Perkasa information chief Ruslan Kassim, was held at the luxury Plaza Hotel in Manhattan.
najib razak in new york united nation un general assembly speechMalaysiakini has confirmed the Najib-Soros meeting with a source who has direct knowledge of the event.

The prime minister's meeting with Soros, who is accused of funding Malaysian NGOs to push for regime change, took place on Sept 27, 2010.

It is believed that at least one other top Umno leader was present at the get-together.

Najib, who became prime minister in 2009, made his maiden speech at the UN General Assembly in NY on the same day he met with the billionaire financier.

Among those who accompanied Najib on that trip were his wife RM, Foreign Minister Anifah Aman and Malaysian ambassador to the US Jamaluddin J.


S E L A M A T K A N   M A L A Y S I A

Tuesday 9 October 2012

Graduan Dan Pasaran Kerja

Komitmen Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, sebagai pinjaman yang lahir dari sikap yang tak bertanggung-jawab oleh pihak Kerajaan, adalah sesuai dan bertepatan dengan suasana semasa dimana ramai graduan yang masih berstatus 'penganggur'.

Perangkaan tahun lalu sahaja menunjukkan bahawa 44,391 graduan yang masih tercari-cari pekerjaan. Ini menjadikan jumlah graduan yang yang masih mencari kerja sejak tahun-tahun sebelumnya bertambah sebanyak 44 ribu.

Beberapa hasil bancian keatas syarikat-syarikat serta agensi pencari kerja menunjukkan bahawa graduan masih belum bersedia untuk memasuki pasaran kerja. Graduan dinilai sebagai masih tercari bentuk kerja yang sepatutnya sesuai. Mereka masih kabur untuk menempatkan diri pada bidang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan dengan bekalan ilmu yang diperolehi dalam tempoh beberapa tahun dibangku pengajian.

Hasil kajian juga mendapati graduan yang dilahirkan samada oleh 20 universiti awam, mahupun 60 universiti swasta, tidak punya kualifikasi yang sepadan dengan kehendak pasaran kerja semasa. Ertinya, graduan tertarik untuk mengambil kursus semasa di Universiti, berdasarkan keindahan presentasi oleh bahagian pengambilan Universiti berbanding menilai keperluan masa depan. Begitu juga dengan pihak Universiti sendiri, yang menawarkan kursus berdasarkan kelebihan yang dimiliki berbanding keperluan pasaran kerja yang diperlukan negara.

Tindakan untuk strukturkan semula sistem pengeluaran graduan universiti sangat diperlukan bagi mengatasi kekurangan kepada graduan yang hanya memiliki sijil pelbagai peringkat, tanpa skill khusus yang diperlukan pasaran. Pasaran kerja bukan sekadar memerlukan graduan berijazah dengan ilmu teori semata-mata, malah diperlukan skill komunikasi, penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris, serta perwatakan yang sesuai dengan alam pekerjaan.

Peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, berjumlah RM440 juta sebagai pinjaman untuk meningkatkan skill dan kemampuan, lebih kepada membebankan graduan dengan tambahan hutang yang tak berkesudahan. Kenapa tidak disediakan orientasi alam pekerjaan dibahagian akhir pengajian ? peruntukan boleh disalurkan ke pusat pengajian untuk memudahkan urusan proses orientasi.

Kesungguhan kerajaan untuk memartabatkan bidang pembelajaran di Malaysia juga turut diragui kerana peruntukan keseluruhan dikurang dari RM50b kepada RM38.7b. Apakah semakin kurang kehendak dibidang pembelajaran, atau Menteri yang berkaitan tidak kreatif untuk melakarkan keperluan dan kehendak sistem demi membina masa depan yang lebih baik.

Akhirnya, yang dipersalahkan adalah graduan, kerana tidak menepati kriteria pasaran kerja. Graduan dipersalahkan atas alasan kerana memohon gaji permulaan yang tidak munasabah, personaliti dan karakter yang tidak bersesuaian dengan alam kerja, serta kurang skill komunikasi, terutama kemampuan menggunakan bahasa inggeris.

Kelemahan kualiti produk sistem pembelajaran di Malaysia mesti dikembalikan kepada pemerintah, kerana ianya melibatkan jumlah yang besar. Kekurangan individu tertentu hanya menghasilkan kesan yang terpencil, tetapi bagi sejumlah yang besar seperti di depan mata kita sekarang, ianya merupakan kelemahan kepada sistem yang diguna-pakai oleh negara.

UBAH SEKARANG !

Monday 8 October 2012

Skandal Scorpene Masih Diteruskan, Bersedialah..

The lawyer petitioning the court in Paris to probe corruption in the sale of two Scorpene-class submarines to Malaysia has ticked off a French prosecutor for his remarks on the case reported yesterday by national news agency Bernama.

Prominent human rights lawyer William Bourdon, who is based in Paris, said there was no question of "an on-going trial" as the two French judges appointed to the case were still carrying out their investigations into the controversial defence deal between France and Malaysia.

"The Tribunal deGrande Instance has convened a criminal inquiry of which (Malaysian human rights group) Suaram has been accepted as a civil party since March 2012,"


NONEIt was only upon the completion of the inquiry that the investigating judge will make a decision of whether the case goes to full trial.

Bourdon (left) described French government prosecutor Yves Charpenel's statement that there was
"no trial" on the case as "absolutely contradictory" because the judges, upon completion of their investigation, are the ones to decide whether to call for a trial, and not the prosecutor.

"To our knowledge, the prosecutors in charge of the case have not made any such statement as suggested by Charpenel,"

"The two judges, Roger Le Loire and Serge Tournaire, are continuing their investigations on the Scorpene inquiry."

-petikan dari Laporan Susan Loone

azlan

Siapa Peduli Kelompok Terpinggir ?

Statistik semasa kedudukan sosio ekonomik Malaysia sangat menyedihkan. Lebih-lebih lagi, Bajet 2013 yang dibentangkan Menteri Kewangan Malaysia, yg juga PM, tidak menyentuh secara langsung serta tidak menyediakan pakej ekonomi jangka panjang untuk selesaikan kesempitan kelompok terpinggir.

Semasa ini, terdapat :

84,000 keluarga dengan pendapatan dibawah RM500


427,000 keluarga dengan pendapatan diantara RM501 hingga RM999





994,000 keluarga dengan pendapatan diantara RM1000 hingga RM1500






Kelompok ini terdesak dengan keperluan harian yang melibatkan kos tinggi, seperti :

* Bayaran bulanan rumah, samada membeli atau menyewa,
   masih pada sejumlah yg tinggi akibat sistem penyediaan rumah oleh Kerajaan.

* Bayaran bulanan hutang kenderaan yang tinggi,
   sedangkan keperluan kepada kereta sebagai kenderaan harian tiada pilihan.

* Bayaran tol ke tempat kerja atau sekolah, walaupun pada asasnya kecil,
   tetapi ianya menjadikan sejumlah yang ketara bagi setiap bulan.

* Bayaran minyak petrol yang sangat membebankan,
   dalam keadaan memahami Malaysia merupakan pengeluar minyak dunia,
   serta keuntungan syarikat minyak Malaysia puluhan ribu juta ringgit.

* Kos harga barang yang tidak pernah stabil, melainkan sentiasa naik.

Sebab itu,
Apabila kerajaan BN dilihat tidak menyentuh dan mempedulikan kesempitan golongan ini, maka mereka segera beralih menggantung HARAPAN kepada alternatif yang lebih baik, iaitu Pakatan Rakyat, yang lahir dari permuafakatan dikalangan kelompok yang sangat prihatin dengan masalah yang menimpa Rakyat.

Saturday 6 October 2012

SPRM Sedang Dihakimi Oleh Rakyat

Tanpa disedari, sebenarnya lambakan skandal yang bertali arus di Malaysia akhir-akhir ini, lebih kepada pemerhatian Rakyat terhadap tindakan dan peranan SPRM, berbanding siasatan SPRM keatas skandal terbabit.
 
SPRM harus sedar, dan bersedia untuk menunjukkan prestasi yang jauh lebih berwibawa sejak ditubuhkan 2009, dalam menangani skandal yang bertali arus di Malaysia. Mungkin dari aspek statistik penyiasatan, kertas dakwaan, pendakwaan di Mahkamah dan sebagainya ingin dibuktikan oleh SPRM sebagai tanda efektif. Namun, Rakyat kebanyakan akan lebih menilai kemampuan SPRM dalam menangani isu & skandal besar yang menjadi perhatian umum.

Kes Kekayaan Luar Biasa CM Taib dan Keluarga. Sebahagian dari bukti kekayaan luar biasa menjadi tanda-tanya apabila bekas isteri kepada anak CM Taib menuntut mutaah sebanyak RM400 juta dari aset bersama @ harta sepencarian. Kekayaan sebenar tentunya sesuatu yang lebih luar biasa, diluar imaginasi umum.

Kes Kenduri Perkahwinan yang luar biasa besarnya, rekod Malaysian Book Of Records, yang dihadiri oleh sekitar 130,000 di bumi Melaka, diikuti dengan jamuan kepada VVIP di Hotel 5 Bintang di ibukota. Dalam keadaan beliau pernah dibatalkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 2009 kerana terlibat dengan politik wang.

Kes Scorpene yang sedang hangat dibicarakan di Perancis, melibatkan skandal komisyen semasa pembelian, serta terdedah persoalan penjualan data keselamatan pertahanan negara kepada pihak luar. Disamping ianya melibatkan nama PM, Naib Presiden UMNO, dan beberapa kenamaan tempatan. Malah terkait dengan pembunuhan Altantuya.
 
Keberkesanan SPRM menangani skandal besar ini, akan meningkatkan keyakinan Rakyat kepada komitmen dan kesediaan SPRM untuk menjadi agensi penguatkuasa yang berkesan menghapuskan rasuah dari bumi Malaysia. Sebaliknya, jika kes sebesar ini dilihat berlalu begitu sahaja, maka jangan salahkan Rakyat sekiranya hilang kepercayaan kepada keberkesanan SPRM untuk membanteras Rasuah di Tanahair.