Wednesday 5 September 2012

ISA ZALIM : Status OKT di Kem Tahanan Kamunting

Infomasi dari Sidang Akhbar GMI 13/sep/2012
GMI memepertikai laporan akhbar The New Straits Times yg mempertahan penahanan suspek jenayah pemerdagangan manusia bawah ISA.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau percaya perkara itu dibangkitkan untuk menunjukkan kepentingan ISA.
"GMI percaya hal ini dibangkitkan dengan tujuan untuk menunjukkan betapa ISA penting bagi mengekang perilaku jenayah tegar sedangkan ISA sudah dimansuhkan.

"Ia seolah-olah mahu menjustifikasikan agar ISA dihidupkan kembali," katanya.

Katanya, walaupun sudah setahun PM mengumumkan pemansuhan ISA, masih terdapat 30 orang lagi ditahan di Kem Tahanan Kamunting mengikut undang2 itu.
"Kerajaan mansuhkan ISA kerana mengakui kewujudannya sebagai undang-undang pencegahan sudah tidak relevan.
"Oleh itu, apa rasionalnya kerajaan membiarkan tahanan dikurung di bawah undang-undang yang tidak relevan ini," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
********************************************************************
Regim Pemerintah masih meneruskan kezaliman yang nyata, dengan terus menahan OKT (orang kena tahan) melalui AKTA ZALIM ISA di Kem Tahanan Kamunting.
 
Kezaliman juga berganda keatas 12 OKT yang dibebaskan baru-baru ini, bila mereka difitnah kononnya telah INSAF dan mengaku untuk tidak mengulangi perbuatan lampau. Sedangkan tidak pernah dibuktikan apa sebenarnya kesalahan yang mereka lakukan. Malah tiada pernyatakaan atau pengakuan yang menunjukkan mereka mengaku kesalahan dan bersedia INSAF.

Fitnah kononnya INSAF juga merupakan penyiksaan berterusan, walaupun mereka dibebaskan dari KEMTA.
Masyarakat akan memandang dengan pandangan serong angkara fitnah yang dilemparkan oleh Pemerintah. Derita FITNAH ini bukan sahaja ditanggung oleh OKT, malah keluarga mereka, lebih-lebih lagi anak-anak yang belum mampu berhujah dengan teman-teman.

Berdasarkan mesej yang diterima dari GMI (Gerakan Mansuh ISA) ;
 
Seramai 12 orang yang dibebaskan itu terdiri daripada tujuh warga tempatan, tiga Indonesia dan dua Pakistan.

Manakala tahanan masih berbaki seramai 30 orang iaitu 12 warga tempatan, Indonesia (tiga), Sri Lanka (enam), Pakistan (satu), India (dua), Bangladesh (satu), Iraq (dua) dan Filipina (tiga).
 
Sukarnya Najib untuk buat keputusan membebaskan mereka, seperti sukarnya untuk membubarkan Parlimen.
 
Maka OKT dan Keluarga terus menanggung kezaliman yang tertimpa keatas mereka.

No comments:

Post a Comment