Sunday 16 September 2012

Filem Yang Punya Niat Jahat

Filem Innocence of Muslims (FIoM), yang dikeluarkan oleh syarikat filem Amerika, dengan biaya oleh korporat Yahudi, sememangnya dikeluarkan dengan niat jahat, disebabkan dengki dengan keharmonian sejagat penduduk muka bumi.
 
Filem ini cuba gambarkan seolah-olah Nabi Muhammad SAW seorang yang mementingkan kepuasan nafsu peribadi. Apa tidaknya, beliau dipersendakan seolah-olah mempergunakan wanita yang diminati @ jatuh hati, demi kepuasan nafsu sendiri. Mengajar ajaran yang mengkafirkan semua pihak yang tidak menyokong ajaran beliau dan mengisytiharkan musuh @ jihad kepada mereka. Lalu, wanita mereka dan harta mereka menjadi halal kepada kelompok 'islam FIOM'. Malah pada bahagian yang diterjemahkan sebagai melihat iblis@syaitan, beliau sanggup melalui celah kangkang wanita no.1 beliau untuk melihat 'wajah' syaitan.
 
Umat Islam tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan seperti ini, lebih-lebih lagi dikeluarkan pada musim bersamaan dengan peringatan peristiwa 911. Sebab itu, tidak hairanlah bila kejadian bantahan di Lybia sehingga mengakibatkan pembunuhan keatas Duta Amerika ke Lybia.
 
Bentuk persendaan dan penghinaan kepada peribadi penting dalam setiap ajaran agama, serta mempermainkan bentuk ajaran tidak diterima oleh mana-mana ajaran sekali pun. Sehubungan dengan itu, kita melihat bantahan di Malaysia bukan sahaja dinyatakan oleh PAS dan Keadilan, malah DAP turut mengecam pembikinan dan pengeluaran filem yang tidak bertanggung-jawab ini.
 
Isu FIoM ini, harus menjadikan regim pemerintah Malaysia agar berhati-hati atas tindakan di Malaysia, kerana seandainya menyentuh isu sentitif secara tidak bertanggung-jawab, ianya mampu meletup dan menyukarkan keadaan.
 
Pada Masyarakat yang berfikiran waras, dan terbuka, sebenarnya dapat membezakan dengan sangat nyata ISLAM dan Muhammad berbanding apa yang digambarkan oleh FIoM.
 
Keperibadian yang ditonjolkan oleh FIoM, hanya sesuai dengan pemimpin ajaran sesat, yang mampu mengelirukan pengikut pada jangka tempoh yang singkat sahaja. Paling lama ajaran sesat tersebut mampu dipertahankan, hanya semasa hayat ketua ajaran sesat terlibat. Sebaik sahaja beliau mati, segalanya akan terbongkar kepada umum.
 
Sebaliknya, ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, bergerak secara transparen selama 23 tahun, kemudian diteruskan oleh Khalifah berikutnya selama ratusan tahun. Malah sehingga kini, ISLAM dianuti oleh lebih 1 Billion penduduk dunia. Sebarang kajian yang dilakukan, samada berniat baik mahupun berniat jahat, untuk mencari sebarang kekurangan ISLAM, namun yang ditemui akhirnya adalah kesempurnaan kepada ajaran dan juga jalan hidup yang dianjurkan oleh ISLAM.
 
Dengan kesempurnaan yang dimiliki oleh ISLAM, kita yakin, gangguan seperti FIoM tidak mampu menggugat keyakinan Muslim, malah InsyaAllah lebih ramai individu yang berfikiran terbuka dan bersedia mengkaji akan kembali kepada ISLAM sebagai agama FITRAH.

No comments:

Post a Comment