![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj95H5XdU3HByJOPWiH8T_gzF5hT_nQIcYFfexCYglOhb29FcVMdfqr2iUA4d748mLbzNtw-nd5mS_XoeDFvZFtzMbTZR9hWMBfh_kNx1QTjCVKuDSFSsKtkfWmj5hQWyzcxDvweYM-Qb6k/s400/anwar+matalebam.jpg)
Namun perlanggaran hukum, dari segi prinsip dan perlaksanaan telah menjalar kepada hampir semua rakyat yang menolak UMNO/BN terang-terangan.
Jangan kita salahkan keadaan jika ada individu yang melakukan jenaka kepada gambar pimpinan negara, kerana perlaksanaan hukum yang berada ditangan pemerintah dilihat lemah dan berbeda standard bila perlanggaran dilakukan keatas pemimpin negara dari kalangan Pakatan Rakyat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiogv0yQhjkf3jHc08mRG0foEIX80gRTO7l-Dt56LDcEY1OmSpBwuAlrtxU98yF9cOpExEl51IrtIC19I5oqLFjhgjOVOJtKul1lep5HYPgWyF_ty0FesMcCuFbdQFP9Iujkev5qFGdHM1A/s400/jenayah+gambar01.jpg)
Gambar pengerusi Majlis Peguam, Puan Ambiga, dipersenda, malah diadakan senaman punggung di hadapan kediaman beliau.
Begitu juga dengan gambar Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, ada ketika dikoyak, malah dikencing. Dan beberapa lagi pemimpin negara dan negeri dari kalangan Pakatan Rakyat. Belum kita dengar sebarang tindakan diambil bagi tujuan menguatkuasa dan melarang dari terus berlaku.
Sebarang khabar juga belum kita dapat tentang Bas Jelajah Merdeka Rakyat, yang dibaling batu dan disimbah cat merah di Kota Bharu. Begitu juga dengan gangguan dan serangan pelampau semasa tazkirah Anwar di Masjid Seberang Pumpong. Bukan sahaja buat bising menggunakan pembesar suara, mengganggu bekalan elektrik, malah membaling kasut ke dalam masjid.
Apakah ini manifestasi dari sikap pemerintah yang selalu menyebut bahawa rakyat Malaysia minda kelas ke 3. Maka undang-undang juga ada perbezaan dan pendekatan ??
No comments:
Post a Comment