Saturday 29 September 2012

Harga Gula Naik kali ke 5

Harga gula di Malaysia dinaikkan lagi melalui Bajet 2013, iaitu kenaikan kali ke 5 sejak Januari 2010.
 
Jan 2010 harga gula dinaikkan  20 sen
 
Jul 2010  harga gula dinaikkan  25 sen
 
Dis 2010  harga gula dinaikkan  20 sen
 
Mei 2011  harga gula dinaikkan  20 sen
 
Sep 2012  harga gula dinaikkan  20 sen
 
Setiap kali kenaikkan, dua isu utama akan dimainkan oleh Pihak Kementerian terbabit :
* Kenaikkan untuk basmi kes diabetes dikalangan rakyat
* Kenaikkan gula akan dipantau agar tiada kenaikkan pada harga barang
 
Jika berlaku lagi 5 kenaikkan pada harga gula di Malaysia, inilah juga jawapan yang akan dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HEP.
 
Sedangkan, Rakyat yang celik mata dan minda, akan melihat bahawa kenaikkan harga gula ini ada kelebihan dan manfaat secara langsung kepada pihak yang mengendalikan gula untuk Malaysia, sedangkan rakyat menerima kesan langsung atas kenaikan harga barang yang berkaitan.
 
 
Pemantauan yg disebut hanyalah bersifat 'hangat-hangat tahi ayam'. Pemantauan yg bersifat sangat sementara, dan pemantauan yg tidak fokus. Sukar untuk mengawal kenaikkan harga barangan berkaitan gula, kerana tiada standard harga tetap barangan berkaitan. Kenaikkan 10sen pada harga minuman hampir tidak dapat dikesan. Begitu juga dengan kenaikkan 10sen bagi setiap unit kuih & biskut tidak mungkin dapat dikawal-selia.
 
Secara keseluruhan, rakyat bukan sahaja menanggung kenaikan sekitar 80sen bagi penggunaan 4kg se bulan, sebaliknya rakyat menanggung kenaikan harga kuih dan biskut sekitar RM1 sehari dan kenaikkan harga minuman sekitar RM1 sehari untuk sekelurga. Menjadikan penambahan kos saraan setiap keluarga meningkat hampir RM60 sebulan bagi setiap keluarga.
 
Sebab itu, bajet yang berjiwa rakyat, harus melihat dari semua sudut, terutama berdasarkan keperluan rakyat, untuk memastikan tujuan utama kerajaan, iaitu untuk berkhidmat DEMI RAKYAT boleh dicapai.

No comments:

Post a Comment