Kempen turun harga kereta, semakin mendapat sambutan sejak Aidilfitri. Rakyat gembira dengan usaha Pakatan Rakyat, cuma belum faham bagaimana cara dilaksanakan untuk turunkan harga.
Bagi golongan yang menolak kempen ini, mengambil pendekatan simplistik, iaitu jika kereta murah, jalan akan jem serta proton akan muflis.
Sebenarnya ramai belum tahu bahawa sebenarnya PROTON telah melalui tahap ujian pasaran dan keupayaan, dengan mampu bersaing walaupun selepas tamat perlindungan rebat cukai eksais sejak 2005.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_RPZ_yyRttD81ris0QmgTBdMXWCErZSmd1uHGpjn8twcLB3iRPYnR-HrFfqDBzbqjUhyphenhyphenb-6Z-AVvN3jKbkfIGzw04S9CGFi1TEJrPBK37wRMG9EAkrkGXMT3iR0XbqEjtXFMV7DfSPvof/s400/turun+hargakereta.jpg)
Hasutan UMNO/BN tentang akibat kepada PROTON dan kakitangan lebih menanam sifat menakutkan dan kebencian, yang terkadang terbawa kepada perkauman. Kenyataan negatif mengenai PROTON dan Industri automotif negara adalah penghinaan kepada kekuatan tenaga profesional yang kebanyakannya Melayu/Bumiputera. Sedangkan PROTON mampu mengeluarkan beberapa model baru dan menarik selepas 2005, bererti industri automotif negara kekal beroperasi walau tanpa rebat cukai eksais.
Industri automotif negara diyakini mampu bersaing pada harga yang lebih kompetitif, disamping mengekalkan pekerja sediada dengan hasrat lebih murni, iaitu peluang Rakyat menikmati kereta pada harga sebenar yang lebih rendah.
No comments:
Post a Comment