Sunday 10 March 2013

INSANIAH jadi sasaran Tanpa nilai KEINSANAN

Demi berselindung disebalik kegagalan BN semasa berkuasa di Kedah, serta menutup MALU yg BESAR di atas kejayaan PAKATAN RAKYAT memulihkan Institusi Pendidikan Tinggi Kerajaan Negeri, Pimpinan BN Pusat & Negeri akan mencari segala helah untuk mencerca dalam usaha mengecilkan kejayaan KUIN.


Berbekalkan media harian kawalan regim pemerintah federal, BN akan menggeledah segala aspek dan setiap inci pentadbiran KUIN, untuk mencari sebarang kemungkinan kekurangan yang boleh dieksploitasikan.

Usaha BN menjadi tidak begitu sukar bila ada pihak yang terBELI dan terPANCING dengan TEMA kononnya untuk masa depan INSANIAH, maka proses pemBERSIHan merupakan suatu tuntutan.
 
Sebenarnya, apa yg dicari oleh pimpinan BN pusat dan Negeri adalah talian hayat, untuk menyambung kerakusan dan keTAMAKan demi mengisi kantung yang semakin hari semakin kekeringan.
 
Jika bukan kerana keTAMAKan, masakan terdapat proksi dan agen mereka mencipta kekayaan yg luar biasa, dengan mengumpul purata RM500 juta setiap bulan bagi 12 bulan terakhir, seperti yg dikeluarkan senarainya oleh FORBES ? Malah terdapat HERO baru yg turut mencipta kekayaan purata RM30 juta untuk 12 bulan terakhir, melalui perdagangan arak di negara jiran serta monopoli kontrak hasil bumi negara.
 
Rakyat telah bersedia dengan media altenatif untuk mendapat perkembangan TERKINI yang SAHIH, berbanding cubaan regim pemerintah yg hanya berjaya menguasai minda kumpulan pembaca dan pengikut UTUSAN.
 
KUIN teruskan membina keINSANAN yang KAMIL.