Sunday 9 September 2012

TPM Nak Rombak Pengajian Sejarah

TPM selaku Menteri KPM mengumumkan akan merombak pendekatan sejarah Malaysia dengan tujuan meningkatkan patriotisme di kalangan pelajar.
 
Sebenarnya UMNO/BN lebih tertekan bila remaja dan belia ketika ini tidak mengikut membuta tuli segala arahan celaru pihak kerajaan. Mereka dah terbiasa sebelum ini, bahawa sebarang arahan kepada rakyat dipatuhi tanpa soal-selidik.
 
Inilah yang dikatakan UMNO/BN ketinggalan zaman. Generasi kini penuh dengan dengan maklumat semasa dan juga perkembangan sekeliling. Sebagai contoh, penampilan bendera sang saka malaya pada perhimpunan Janji Bersih, adalah kerana ada dari kalangan generasi ini yang mencari dan mendapat maklumat tentang perkembangan penyediaan bendera Malaya dan Malaysia. Sebelum kita mengguna-pakai jalur gemilang sekarang, mereka telah temui beberapa siri rekabentuk yang dilalui Malaya dan Malaysia.
 
Ledakan maklumat seperti ini, menjadikan generasi yang X, lebih-lebih lagi Y, tidak mungkin untuk dikawal dengan cara cucuk hitung oleh regim pemerintah. Mereka lebih 'respect' pendekatan dialog dan perbincangan, agar keputusan yang diambil mewakili semua pihak.
 
UMNO/BN masih terperangkap dengan pemikiran pemerintah tahu semua. Sedangkan mereka gagal memahami 'the history of the people', sebaliknya lebih berminat 'the history for the people'.
 
Seperti kenyataan Tun M, 'lebih baik bergantung kepada syaitan yang dikenali, daripaka percaya kepada malaikat yang belum dikenali'. Walhal semua rakyat yang buka mata telah kenal dan alami sendiri pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Penang, Perak, Selangor, dan Kelantan. Perbezaan pendekatan Pakatan Rakyat sangat nyata dan berkesan walau dalam keadaan cukup terhad.
 
Sebenarnya, Rakyat memilih untuk menolak syaitan yang telah dikenal-pasti dan disahkan tidak mahu berubah. Memilih wakil dari kalangan Rakyat yang bersedia memikul harapan, amanah, dan tanggungjawab Rakyat, dengan penuh transparen, telus, dan tulus.
 
Kita sendiri tidak tergamak menyamakan UMNO/BN dengan syaitan, seperti Tun M. Begitu juga untuk meletakkan Pakatan Rakyat sebagai Malaikat. Kerana yang kita inginkan perubahan kearah yang lebih baik.
 
Kita perlukan kerajaan yang mengutamakan Rakyat dalam segala hal yang bersangkutan. Perancangan negara berkaitan Pelajaran (termasuk PTPTN), ekonomi Malaysia (Petrol, gula, dan beras), kebajikan rakyat dan masa depan komoditi utama.
 
Justeru, kenyataan Tun M sendiri yang telah putus asa untuk membuat perubahan yang diterima rakyat. Malah mengaku bahawa pendekatan Pakatan Rakyat lebih dekat dengan jiwa dan kehendak Rakyat, memungkinkan untuk Pakatan Rakyat terus meneraju negara selepas PRU13 dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment