Monday 31 December 2012

Pelbagai Ragam Manusia Menyambut Tahun Baru

Sempena kehadiran tahun baru 2013, pelbagai ragam cara manusia menyambutnya, mengikut adat dan kebiasaan tempat masing-masing.

Siapa yg paling awal menyambut tahun baru ?
Lokasi pertama yang akan menyambut kedatangan 2013 ialah PULAU KIRIBATI, di Lautan Pacifik. Lokasi percutian yang teramat cantik dengan iklim tropika. Mereka menyambut detik 12.01 tengahmalam, 14 jam lebih awal dari London. Sebab itu, Pulau ini menerima pelancong paling ramai ketika akhir tahun untuk menanti detik 12 malam, dan menjadi manusia pertama diatas muka bumi menyambut tahun baru.
 
IRELAND, anak gadis akan meletakkan sejenis daun dibawah bantal pada malam tahun baru untuk memimpikan bakal pasangan hidup masing-masing.
 
MEXICO, terdapat kepercayaan bahawa mereka mengharapkan kepulangan roh orang tercinta untuk mendapat panduan kehidupan seterusnya.
 
CHILE, sambutan tahun baru diadakan di kubur, dengan bunyian yang sesuai serta lampu yang cukup sederhana.
 
BRAZIL, ramai yang berkeyakinan untuk memakaikan seluar dalam yang warna terang dan ceria sehingga melewati tengah malam, untuk mendapat nasib yang baik dan pasangan cinta yang sejati.
 
PUERTO ROCO, mencurahkan air keluar dari tingkap melambangkan mengeluarkan nasib kurang baik dan diganti dengan nasib baik sepanjang malam tahun baru.
 
DENMARK, terdapat kepercayaan bahawa amalan mematahkan tanda nama pada rumah jiran akan mendatangkan kebaikan kepada rumah tersebut. Tanda nama yang paling rosak dan patah dianggap kediaman yang bakal menerima keuntungan di tahun mendatang.
 
Lihatlah bagaimana manusia dan kepercayaan yang pelbagai menyambut tahun baru menjelang 1 Januari setiap tahun.
Bagaimana kita menyambutnya ?

Sunday 30 December 2012

Penjelasan Dr Zaharudin isu Kalimah ALLAH

1. Baru-baru ini Setiausaha Agung DAP dalam perutusan Hari Krismas ada membuat kenyataan menggesa kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Apa pandangan Dr berhubung tuntutan itu?
Dalam banyak keadaan, orang politik sering mensasarkan sokongan pengundi dalam apa sahaja yang diseru, gesa dan desak. Dalam hal ini saya merasakan Lim Guan Eng juga mungkin sedang mensasarkan sokongan penganut Kristian terhadap parti itu. Sama ada betul atau tidak, saya merasakan tindakan tersebut mungkin kurang tepat, malah pada jangkaan saya, ia lebih mampu menyusahkan gabungan Pakatan Rakyat dan PAS khususnya serta mengurangkan sangka baik orang Melayu Islam terhadap DAP. Tidak saya nafikan, Barisan Nasional juga adakalanya berkata-kata atau melakukan beberapa tindakan yang boleh melampaui sensitiviti umat Islam. Justeru saya nasihatkan lebih baik agar Barisan Nasional tidak menyahut saranan ini semata-mata inin memenangi undi penganut Kristian, kerana orang Kristian sendiri ada yang menolak pendekatan terjemahan God kepada Allah. Jika BN tunduk kepada desakan beberapa kumpulan Kristian ini, saya menjangkakan ia bakal memberi kesan yang buruk pula kepada BN khususnya sokongan Melayu Islam. Selain itu bagi saya, pemuka Kristian tidak perlulah memperjuangkan isu nama Allah sama ada dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu atau mana-mana bahan bercetak yang dikeluarkan oleh pihak Kristian. Mungkin yang lebih penting adalah menjaga kebajikan penganutnya dari sudut kebajikan fizikal khususnya. Manakala kebajikan berbentuk ‘spiritual’ boleh di laksanakan dengan menambah bajet atau apa-apa sahaja yang tidak perlu melampaui sensitiviti agama lain. Terjemahan ‘God’ yang sekian lama diterjemahn kepada tuhan, tiba-tiba ingin diubah kepada nama Allah tentunya melampaui garisan agama Islam. Pastinya ia bakal menimbulkan reaksi negatif umat Islam.

2. Dalam kenyataan mengenai isu kalimah Allah pada 2009, Dr ada menyatakan mengenai persetujuan kalimah Allah digunakan oleh Kristian tetapi melihat kepada fenomena di Malaysia, Dr beranggapan ia tidak sesuai. Boleh jelaskan lebih lanjut kerana memang ada pihak yang turut bersetuju membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah dengan alasan Allah untuk semua makhluk. (mungkin Dr boleh bagi nas yang tidak dapat diargue oleh pihak lain)+

Benar, pandangan peribadi saya setelah melihat hampir semua hujjah-hujjah yang dibentangkan oleh para ulama silam dan semasa, saya lihat ia adalah ‘valid’. Namun ia tetap jatuh dalam kategori hukum yang boleh berubah mengikut keadaan dan setempat. Hal hukum haram yang berubah menjadi harus, harus berubah menjadi haram disebabkan situasi tertentu ini adalah sesuatu yang boleh berlaku malah kerap berlaku sejak dari zaman Baginda Nabi Muhammad lagi. Namun ia mestilah setelah meneliti syarat-syaratnya yang termaktub di dalam perbahasan ulama Usul Fiqh. Satu kaedah fiqh menyebut :

“Tidak dapat disangkal bahawa beberapa jenis hukum berubah dengan perubahan masa (dan tempat). (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah)

Ulama silam seperti imam Ibn Qayyim dan ulama kontemporari Syeikh Dr. Mustafa Az-Zarqa berkata, para ulama mazhab telah sepakat akan kaedah ini dalam hal-hal hukum cabang dan ijtihad, adapun hukum asas dan prinsip umum Islam tidak boleh berubah. Dalam hal ini, bab penggunaan nama Allah ini adalah dalam kategori isu cabang. ( Ighathah al-Lahfan, 1/330 ; Majalah Al-Muslimun, hlm 553 )

Ibn Qayyim dalam kitabnya ‘ilam al-Muwaqqien menyatakan lima sebab hukum furu' boleh berubah iaitu :-
• Tempat
• Masa
• ‘Uruf
• Situasi atau keadaan
• Niat


Dari sudut sebab mengapa hukum terbabit tidak sesuai di semenanjung Malaysia antaranya adalah :-

1. Keputusan pemerintah dalam hal yang diperbezakan adalah terpakai. Telah diketahui dalam kaedah Fiqh, “Pemerintah yang bertindak dan membuat keputusan untuk rakyat MESTILAH berlandaskan kepentingan awam”. Maka saya kira, apabila pemerintah Malaysia berdasarkan data dan fakta yang mereka miliki menyakini kebenaran di Malaysia bakal menyuburkan kemurtadan dan kekeliruan khususnya di musim kelemahan umat Islam, itu patut diterima oleh ilmuwan lain walau mungkin mereka mempunyai idea dan pandangan berbeza.

2. Malaysia sering dilanda kontroversi apabila undang-undang sedia ada digunakan dalam beberapa kes bagi seseorang Islam murtad dengan bantuan orang bukan Islam. Demikian isu kematian individu yang telah memeluk Islam tetapi tanpa pengetahuan keluarganya dan beberapa yang lain. Kerap kali isu sebegini apabila ditimbulkan di dalam masyarakat, suasana menjadi tegang di antara agama. Ini tidak baik bagi keharmonian masyarakat dan mudah mencetus ketegangan yang sukar diredakan kelak. Justeru, hal yang tidak signifikan dalam agama Kristian sendiri seperti terjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ bagi Bible bahasa melayu ini tidak berbaloi atau ‘worth it’ untuk diketengahkan dan disebut oleh pemimpin Politik seperti Lim Guan Eng. Malah media juga patut berhati-hati dan menghindarkan diri dari asyik menjolok dan memanaskan isu sebegini. Atas sebab itu, saya cenderung kepada mengekalkan terjemahan kepada TUHAN adalah lebih baik berbanding mengubah kebiasaan yang sudah diamalkan sejak turun temurun di semenanjung Malaysia. Hal di Sabah Sarawak, itu hal mereka di sana sejak berpuluh tahun lepas, mengapa perlu dibawa ke semenanjung?. Suasana penduduk dan sensitiviti masyarakat yang berbeza di sana dan di semenanjung patut dijaga.

3. Isu ini turut menimbulkan ketakutan dalam kalangan umat Islam khususnya yang memikirkan mengenai kesan negatif terutama dalam keadaan generasi muda hari ini yang agak lemah dan cetek mengenai ilmu agama. Mungkin Dr boleh tekankan aspek ini kerana kerisauan itu rasanya ada kewajarannya. Ini membabitkan hal akidah umat Islam yang terancam jika isu kalimah Allah tidak ditangani dengan berkesan.

Pertamanya, perlu difahami, dari sudut hukum asal, Kristian memang harus menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka, Cuma kita sebutkan dari sudut hak pemerintah untuk menyekat demi menjaga keharmonian Islam di tanahair ini. Pun begitu, umat Islam sendiri tidak boleh hanya marah-marah apabila isu ini timbul, mereka juga patutnya sedar jika mereka kuat, tiada bimbang lagi takut jikapun pihak Kristian menggunakan nama Allah bagi terjemahan God. Tapi yang tidak bagusnya hari ini adalah orang Islam kelihatan berlebihan marahnya dalam hal ini tetapi sensivitinya kelihatan pudar dalam isu yang lebih besar atau setara besarnya. Seperti isu penghinaan kepada Islam, hukum Islam (bukan hudud sahaja tetapi hukum dalam semua bab seperti perkahwinan dan lain-lain), penghinaan Nabi secara terangan yang dibuat oleh orang Islam sendiri melalaui kata-kata dan filem sebagai contoh. Saya faham dan sedar, umat Islam semakin bimbang kerana anak-anak kita mungkin lemah pendidikan dan penghayatan Islamnya, malah ibubapa juga lemah agamanya. Justeru, dengan kerancakkan menggunakan nama Allah bagi God di dalam Bible, ia mungkin bakal memeriahkan kekeliruan di kalangan yang sudah jahil di kalangan Islam hingga akhirnya mudah mereka dimurtadkan.

Dalam hal ini, saya menyeru diri saya dan semua pembaca agar memastikan diri sendiri mantap dari sudut ilmu agama, mengambil tokoh sahabat-sahabat Nabi dan ilmuwan Islam yang silam dan kontemporari sebagai bahan rujukan, bacaan dan cerita tauladan. Bukannya sambil berteriak memarahi Lim Guan Eng, tetapi melupakan fakta bahawa diri sendiri, rakan sebangsa dan seagama lebih patut diherdik kerana lebih teruk lagi menjauhkan umat dari penghayatan Islam dan aqidah Islam. Iaitu dengan mengasaskan insititusi riba, judi, menjadikan rasuah sebagai adat bisnes, menjadikan perbomohan syirik sebagai perubatan alternatif dan tradisional, menjadikan adat yang berunsur syirik sebagai bahan adat perkahwinan melayu dan lain-lain. Mengapa ini tidak diherdik dan dimarahi dengan setimpal? Justeru, jangan hanya kerana ia gesaan seorang orang politik maka kita tiba-tiba menjadi ‘super sensitif’ dan marah, namun melupakan diri dan pekung yang dicetus oleh bangsa sendiri.

4. Namun, ibarat menarik rambut dalam tepung, kita juga tidak mahu isu ini menjejaskan hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini terutama umat Islam dan penganut Kristian. Jadi bagaimana kita hendak pastikan sensitiviti umat Islam di hormati penganut agama lain?

Itulah saya katakan, media janganlah terlalu membesar-besarkan sangat, kerana kelak penganut Kristian merasa umat Islam terlalu ego dan sombong. Jangan pula memaki hamun dan mencaci kerana Islam tidak tertegak dengan caian dan humanan. Malah Nabi Muhammad mengajar kita akhlak mulia dan daya tahan marah yang luar biasa, hingga kalau dicerca dan dihamun, kita tidak membalas dengan cercaan. Ini tercatat di dalam surah Al-Imran ayat yang ke 186, Surah Al-Hijr ayat 97-98 dan banyak lagi. Hanya bila hak kita dicerobohi secara fizikal khususnya, barulah umat Islam dituntut untuk mempertahankannya dengan kaedah yang sesuai walau mungkin agresif dan keras, seperti rumah, harta atau tanahair kita dicerobohi.

Umat Islam perlu faham isu ‘core’ atau ‘susbstance’ dalam agama lain agar mereka tidak menimbulkan ketegangan yang merugikan. Namun isu nama Allah ini bukan isu core dalam Kristian dan ia dianggap isu besar bagi umat Islam di semenanjung. Hanya dengan saling berdiskusi dan berdialog, saya kira ketegangan ini dapat dikurangkan.

5. Ada pihak menyatakan isu ini boleh menimbulkan suasana Kristianofobia. Adakah senario dalam negara hari ini boleh mencetuskan fenomena itu? (Kristianafobia diutarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya yang mendakwa Kritianofobia adalah perasaan takut terhadap agama Kristian yang sekali gus mampu menggugat agama Islam sebagai agama rasmi). Apa pandangan Dr?

Saya tidak pasti, namun yang jelasnya Kristian adalah sebuah agama missionary iaitu yang sentiasa aktif mencari penganut baru. Ia sama seperti sifat agama Islam yang juga bersifat missionary. Berkenaan kristianofobia, memang ada asasnya berdasarkan kes-kes kemurtadan dan teknik dakyah yang sedang dan telah dilakukan oleh Kristian. Cuma untuk bimbang sehingga merasakan Islam agama rasmi diubah, saya tidak pasti basis kebimbangan sebegitu. Saya tidak punyai statistik yang boleh membantu saya menentukan pendirian yang adil dalam hal ini.

6. Apa nasihat Dr kepada umat dan agensi Islam di negara ini bagi menghadapi isu berkaitan kalimah Allah ini dan juga isu lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam?

Nasihat saya, perkukuhkan ilmu dan penghayatan Islam diri dan keluarga masing-masing. Mantapkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti oleh institusi ulama dan jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal pembangunan agama Islam. Media hendaklah membantu menjadikan mana-mana tokoh ilmuwan Islam sebagai role model dan bukan artis. Hiburan dan budaya hedonisme tanpa objektif kecuali duit dan seronok patut dikaji semula dari diberi ruang terlalu banyak di media kerana bagi saya ia lebih banyak merosakkan umat Islam berbanding kalaupun Kristian menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible mereka. Kerana Bible-bible ini tidak masuk ke rumah majoriti umat Islam tetapi TV, radio dan media cetak masuk dan mempengaruhi setiap hari. Jika itu dapat dilakukan, apapun dakyah, gerakan Kristianisasi termasuklah isu berkaitan nama Allah akan sentiasa terkawal dan tidak dapat menembusi daya tahan umat Islam. Jangka terdekat pula, saya harapkan para ulama dapat sepakat menghalang penggunaan nama Allah bagi terjemahan God di dalam bible versi Melayu, manakala orang Kristian pula sedari mereka tiada perlukan teknik ini untuk menyebar dakyah mereka.

Tuesday 18 December 2012

AES Dah U-Turn

Projek yang mendapat kritikan hampir semua pihak, AES, membuat pusingan U-Turn sejak minggu ini.


Kamera yang telah dipasang sebanyak 14 unit diseluruh negara, iaitu 7 di Perak, 2 di Selangor, dan 5 di Wilayah Persekutuan KL. Oleh syarikat BETA TEGAP dan ATES, dengan janji akan mendapat pulangan sebanyak RM16 bagi setiap saman, disamping peratus kutipan.

Adalah difahamkan bahawa sejak dipasangkan pada 23 September 2012, AES telah berjaya mengeluarkan saman kepada 274,000 pengguna jalanraya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,000 saman telah dibuat bayaran.
 
Bagi kes telah pergi ke mahkamah, sebanyak 24 kes telah dijatuhi denda RM300, manakala 20 pengguna yang lain dilepaskan dengan perintah AMARAN.
 
Projek yang sangat kontroversial ini telah membuat pusingan U-Turn sejak beberapa hari lepas apabila Mahkamah dimaklumkan bahawa DPP yang terlibat telah menarik balik saman terlibat selepas dibacakan di Mahkamah. Semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah.
 
Penasihat undang-undang kempen anti saman ekor (KASE), Sdr Zulhazmi Shariff, mengesahkan bahawa terdapat kes yang melibatkan saman AES telah ditarik balik. Ianya berkait rapat dengan keadaan kurang kordinasi diantara JPJ dan Polis Trafik yang terus akan menguat-kuasakan zon had laju di kawaan yang bertindih.
 
U-Turn yang dibuat oleh AES ini, adalah susulan kepada isu pertikaian di Mahkamah tentang kesahihan kebergantungan kepada AES. Khususnya apabila Mahkamah membebaskan 20 saman beserta AMARAN kepada 20 saman pada 6 Disember 2012.
 
Lebih-lebih lagi apabila MP BN yang mula tertekan dengan persiapan pilhanraya, apabila mendapati bahawa mereka berada di pihak yang tidak popular dan tidak disenangi Rakyat kerana MP BN menyokong perlaksanaan 831 lokasi AES fasa I, seterusnya 1093 pada fasa II.

Sunday 9 December 2012

Bubar Parlimen : Rakyat vs BN

2012 hanya berbaki kurang dari 3 minggu, PM Najib masih tercari-cari tarikh keramat untuk membubarkan Parlimen Malaysia berdasarkan kuasa pada tangannya.
 
Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke 12 juga telah berakhir dengan lengkapnya persidangan ke 15 bagi Penggal ini. Ianya bererti tidak ada lagi persidangan Dewan Rakyat sehingga tertubuh kerajaan baru selepas PRU13.

Persidangan Dewan Negara sedang berlangsung, sehingga 20 Disember 2012.

Bila akan terbubar PARLIMEN ?
Bila PRU13 ?
Bila Rakyat akan buat PILIHAN ?

UMNO juga telah selesai PAU'12, dengan penuh semangat. Menyerang dan menyebut nama ANWAR lebih kerap dari mana-mana pemimpin DULU, KINI, dan SELAMANYA. Soalnya bila ?

Tidak sukar untuk mana-mana individu berkongsi kePENINGan PM Najib berdasarkan kesatuan dan komitmen Rakyat ketika ini. Umum mengetahui bahawa Rakyat sedang bersatu menentang agenda jahat kerajaan BN :

Gerakan Anti LYNAS, yang berjaya menyedarkan sebahagian besar Rakyat Malaysia, bukan sahaja penduduk Kuantan, malah dari seluruh negara membantah keujudan Kilang Memproses LYNAS yang bakal merosakan masa depan kehidupan negara, dengan sisa buangan radioaktif.

Gerakan Mansuhkan ISA, GMI, masih terus mendedahkan kepincangan perlaksanaan hukum. Walaupun secara wayangnya ISA telah dimansuhkan, namun penahanan mangsa ISA masih diteruskan. Keluarga mereka masih dinafikan hak serta dihalang dari mendapat keadilan berdasarkan sistem hukum.

Gerakan Anti FGV, yang melibatkan bukan sahaja dari kalangan generasi FELDA, bahkan Rakyat secara umum turut simpati dengan penganiayaan kerajaan BN keatas hak dan masa depan peneroka. Simpati Rakyat berganda apabila BN secara paksa melantik ISA sebagai pengerusi, serta melabelkan generasi yang mempertahankan hak mereka sebagai 'haramjadah'.

Gerakan ANTI AES, juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Umum mengetahui bahawa AES dilaksanakan bukan demi menurunkan kadar kemalangan, sebaliknya lebih kepada kepentingan kroni untuk mendapat projek, serta mengaut kembali hasil usaha Rakyat kekantung kerajaan.

Gerakan Menuntut Royalti, juga mendapat dokongan Rakyat seluruh negara. Walaupun secara khusus ianya hanya melibatkan Kelantan, Trengganu, Sabah, dan Sarawak. Namun melihat kepada penafian hak Kelantan sejak 1990, dengan anggaran sekitar RM10B, Rakyat umum turut simpati dengan penindasan ini.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, yang dianjurkan disetiap negeri mendapat sokongan dan dokongan kuat penggerak perubahan, yang mahu membentuk sebuah kerajaan yang lebih perihatin kepada Rakyat.




Gerakan ANTI AES, juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Umum mengetahui bahawa AES dilaksanakan bukan sangat demi menurunkan kadar kemalangan, sebaliknya lebih kepada kepentingan kroni untuk mendapat projek, serta mengaut kembali hasil usaha Rakyat kekantung kerajaan.



Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang didokong oleh pelbagai pertubuhan rasmi dalam negara, Pakatan Rakyat dan NGO, berjaya meletakkan satu garis pemisah diantara tuntutan Rakyat berbanding paksaan BN keatas Rakyat. HKR yang bermula dibeberapa negeri pilihan, akan bertemu di KUALA LUMPUR, pada Januari 12, 2013. Himpunan 112, dijangkakan akan dihadiri oleh sejuta Rakyat.

Situasi ini akan menjadikan PM Najib lebih bingung
untuk menghitungkan hari-hari akhir beliau sebagai
PM Malaysia, Menteri Kewangan, MP Pekan, dan Menteri Hal Ehwal Wanita.
Disamping sebagai
Presiden UMNO, Pengerusi BN, serta Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Tuesday 4 December 2012

AES Bukan PERANGKAP ?

Pihak yang terlibat masih cuba mencari helah untuk meyakinkan rakyat, bahawa AES ala-BN-Malaysia, adalah projek terbaik kerajaan BN kepada Rakyat.
 
Menteri pernah menyatakan bahawa AES-ala BN-Malaysia dilaksanakan kerana ingin ikut jejak negara Perancis yg mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian sebanyak 40% selepas diperkenalkan AES.
 
JPJ pula cuba menjelaskan bahawa AES bukan perangkap...

Semua penjelasan cuba menjawab kepada persepsi Rakyat yg beranggapan bahawa "AES-ala BN-Malaysia nak curi duit Rakyat, dan nak perah hasil titik peluh Rakyat."
 

Sepatut kita mesti akui bahawa AES memang PERANGKAP. AES adalah kaedah untuk memerangkap pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan semasa dijalanraya. Manakala tujuan agensi pelaksana adalah untuk mengurangkan kesalahan dijalanraya yg merupakan sebahagian dari faktor kemalangan yg membimbangkan.
 
 
Mereka masih gagal memahami sebab sebenar
kemarahan Rakyat tentang AES !

Rakyat sangat tidak berpuas hati tentang konsep perlaksanaan sistem kamera otomatik AES yang diswastakan kepada kroni UMNO/BN.

Rakyat sangat tidak berpuas hati apabila kaedah AES-ala BN-Malaysia meletakkan sasaran saman sebagai KPI kejayaan.

Rakyat sangat tidak berpuas hati untuk sykt swasta yg diberikan kontrak mendapat komisyen dari setiap saman, sekaligus akan menjadi insentif dan tujuan khusus sykt mengeluarkan saman sebanyak mungkin untuk mendapat kembali modal pelaburan dan keuntungan.

Rakyat sangat tidak berpuas hati kerana tujuan dan matlamat pemasangan AES-ala BN-Malaysia adalah untuk memberi kontrak kepada kroni, memerah wang keringat Rakyat melebihi objektif untuk mengurangkan kadar kemalangan dijalanraya.

RAKYAT lebih sedih apabila Ahli Parlimen BN juga gagal melibat sudut sebenar kemarahan Rakyat tentang AES, apabila semua MP BN menyokong pelaksanaan 831 AES fasa 1 serta 1,093 AES fasa 2.

Sedangkan aspek yg menyumbang kepada kemalangan masih pelbagai, bukan sahaja faktor pemandu, ianya juga termasuk kenderaan, keadaan jalan, papan tanda jalan, cuaca, dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh, PLUS KM290 hingga KM310 yang menyumbangkan kepada 22 kemalangan sejak Jan-Nov 2012, dengan kematian 22 mangsa, perlu diberi perhatian berdasarkan keadaan jalan. Ianya bukan semata-mata kelajuan, kerana faktor kelajuan terdapat disepanjang lebuhraya, tetapi kenapa kemalangan berlaku di KM290-310 ?
Perlu disemak faktor jalan yang melibatkan kandungan 'aphaltic wearing course', jenis bitumen yang digunakan berbanding cuaca panas/hujan, peratus 'superelevation', jarak 'guardrail' dengan garisan jalan, ruang 'parking' kecemasan berbanding kenderaan yang kerap berhenti, dan pelabagi aspek teknikal yang perlu diberi tumpuan.

Kegagalan perlaksanaan AES akan diketahui pada genap setahun pemasangannya, pada pertengahan 2013. Semua pihak yang bertanggung-jawab mesti diminta berikan penjelasan seandainya perlaksaan sistem yang ditolak RAKYAT, sekiranya kadar kemalangan GAGAL dikurangkan dengan pemasangan AES.

Kematangan Politik : US Presidential Election


Presiden Obama menjemput Romney ke makan tengahari, dalam suasana sejahtera.
 
Dan kini, Romney yg telah mengakui hakikat kekalahan, memulakan karier seterusnya dalam kehidupan sebagai bekas Calon Presiden serta bekas Governor.

NEW YORK (AP) — Former presidential candidate and Massachusetts governor Mitt Romney is rejoining Marriott International's board of directors.
 
He's held the post with the hotel chain twice before. The first time was from 1993 to 2002, when he left to campaign for governor of Massachusetts, and from 2009 to 2011, when he left to start his campaign for the presidency.
 
It's the first job announcement Romney has made since he lost the November election to President Barack Obama. Romney has kept a low profile since the election. He's spent the past month largely in seclusion at his family's California home.
 
Romney has been connected to the Marriott dynasty all of his life. He was named after J.W. Marriott. Romney's full name is Willard Mitt Romney and Marriott's was John Willard Marriott. Marriott, who founded the company in 1927, was close friends with Romney's father.
 
Marriott International Inc. is based in Bethesda, Md.

Palestine on the roadmap to Statehood


VPM celebrates with Palestine and all peace and justice loving people and nations of the world on this historic recognition by the UN General Assembly. An overwhelming 138 votes out of 193 member states clearly highlights Israel’s growing international isolation. Coupled with the earlier successful UNESCO bid in October 2011 and coming at the heels of the 8 day massacre of Gaza, this underpins the growing solidarity of nations for the Palestinian struggle and its abhorrence of the unending heinous and criminal acts of Israel.

Malaysia has always been a staunch advocate for Palestinian rights for statehood and this vindicates the untiring and unrelenting efforts of our leaders and citizens to champion the Palestinian cause.

The swift and phenomenal generosity of Malaysians, morally and financially during the recent Israeli attacks on Gaza demonstrates our unwavering support for this noble and humanitarian cause. To paraphrase Nelson Mandela “the freedom we presently enjoy in Malaysia is incomplete without the freedom of the Palestinians.” VPM hopes this would further enhance Malaysia's role in the international arena to negotiate for the ultimate peace in the Middle East.

The recent 2 years of stalemate in peace negotiations was primarily a consequence of Israel's intransigence on the issues of illegal settlements in the West Bank, siege and blockade of Gaza and her aggressive settler colonialist policies. Despite Israeli’s resistance, this international reaffirmation of Palestine as a nation state, will unleash new momentum to the peace process under the watchful eyes of all nations of the world brokered by just and fair nations unlike presently by pro-Israeli mediators namely the US and Britain.

This wider international recognition would enable Palestine to enjoy the various Statutes of the UN and initiate a "Legal Intifadah". Her membership of the Rome Statute for the International Criminal Court (ICC) and Statute for the International Court of Justice (ICJ), would allow her to file a complaint against the illegal settlements and Israeli war crimes in Gaza. The legal and political muscle of these instruments of international law cannot be underestimated considering that even Britain went to the extent of negotiating a possible "Yes" vote if the Palestinians were agreeable to renounce their right to take matters to the ICC and ICJ.

The latest Gaza attacks and international consensus in the General Assembly have exposed unequivocally the dark side, the systematic violent and aggressive nature of Israel, relegating her to a "pariah nation" status. Its indiscriminate deployment of massive, disproportionate and lethal force against a relatively defenseless Palestine, is a clear violation of human rights and International Humanitarian Law (IHL) and these not only represent war crimes but also crimes against humanity and crimes against peace.

With impunity, the Israeli Occupying Forces (IOF) have been largely immune to IHL and are triggering a Palestinian "Shoah" (Hebrew for Holocaust). South African Archbishop Desmond Tutu describing the humanitarian crisis in Palestine as even worse than Apartheid in South Africa further cautioned, "our silence and complicity, especially on the situation in Gaza, shames us all.”

The Palestinians, namely Fatah and Hamas need to get their act together, settle their internal differences amicably, push forth with the peace initiative and be truly representative of the aspirations of the Palestinian people for peace, justice and the right of return to their homeland.

Their political gesture to settle with the borders of 1967, which represents only 22% of historic Palestine is symbolic of their magnanimity and honest quest for a peaceful settlement. Israel needs to reciprocate this genuine desire for peaceful co-existence by stopping all illegal settlements and withdrawing to the borders of 1967, lifting its siege of Gaza and ending its occupation of Palestine. 

VPM lauds all the 138 nations for their courage in standing up to political bullies and putting Palestine on the roadmap to nationhood. The time of reckoning has begun and the wave of change is here to stay.

Dato' Dr Musa Mohd Nordin
Chairman, VPM

Monday 3 December 2012

Easiest Way To Live Longer : WALKING

Did you know that every minute you walk can extend your life by 1.5 to 2 minutes? In addition, many studies show that people who walk regularly live longer, weigh less, have lower blood pressure, and enjoy better overall health than non-walkers.
Ready to lace on your shoes? If you want to add to the amount of walking you do, just clip on a pedometer. That simple action actually increases your physical activity by over 2100 steps per day,a review that pooled data from 26 studies found.
Here’s a look at ten benefits of walking.
Walking Increases Your Lifespan
Walking more than an hour a day improves life expectancy significantly, a 2011 study showed. The researchers looked at 27,738 participants between the ages of 40 and 79 over a 13-year period. Surprisingly, their lifetime medical costs did not increase—even though they lived longer.
“An increase in walking time at the population level would bring about a tremendous change in people’s health and medical cost,” the study authors wrote.
 
Walking Wards Off Diabetes
Just thirty minutes of walking a day can prevent diseases such as type 2 diabetes, a 2002 study looking at both overweight and average weight men and women in a population at high risk for the disease showed.
If you already have diabetes, walking is helpful for you, too. A mile or more daily cuts your risk of death from all causes in half, according to a 2007 study.
Walking Keeps Your Mind Sharp
Walking 72 blocks a week (around six to nine miles) helps increase grey matter, which in turn lowers the risk of suffering from cognitive impairment—or trouble with concentration, memory and thought,according to a study which looked at 299 seniors over a nine-year period.
Furthermore, walking five miles per week can provide some protection to the memory and learning areas of the brains of those already suffering from Alzheimer’s disease or mild cognitive impairment, and lead to a slower decline in memory loss.

Walking Helps Lower Blood Pressure
Walking just 30 minutes a day, three to five days a week—even when the 30 minutes are broken into three ten-minute increments—has been found to significantly lower blood pressure.
Walking is Great for Bone Health
Putting one foot in front of the other for about a mile a day led to improved bone density in post-menopausal women, and slowed the rate of bone loss from the legs, according to a 1994 study. “It takes walkers four to seven years longer to reach the point of very low bone density, study leader Dr. Krall told the New York Times.
Walking Cuts the Risk of Stroke
Walking about 12.5 miles a week or more cut the risk of stroke in half, according to a study looking at over 11,000 Harvard University alumni with an average age of 58.
 
Walking Improves Your Mood
If you’re feeling down in the dumps, walking is a quick and easy solution. Just thirty minutes on a treadmill reduces feelings of tension and depression, according to researchpublished in the British Journal of Sports Medicine. In fact, the study found that walking lifted moods more quickly than anti-depressants did (and with fewer side effects).
And the more people walk, the better their mood and energy, says California State University Long Beach professor Robert Thayer, based on a study looking at 37 study participants over a 20-day period.
Walking Torches Calories
Just 20 minutes of walking a day will burn 7 pounds a year. The effects are even more dramatic when you add in some dietary changes as well.

Walking Improves Insomnia
Having trouble sleeping at night? Try taking a brisk 45-minute walk in the morning five days a week, and your sleep may improve significantly, according to research from the Fred Hutchinson Cancer Research Center in Seattle, which looked at women from the age of 50-74. (Walking in the evening, however, sometimes has the opposite effect—so keep an eye on when you’re exercising and what your sleep patterns are.)
Walking is Good for the Heart
Women who took brisk walks for three or more hours per week reduced their risk of heart disease by 30-40 percent, according to an analysis of over 72,000 women aged 40-65, who were enrolled in the prospective Nurses’ Health Study. As I reported recently, heart attacks kill more US women than men annually. However, the benefits of walking aren’t limited to one gender. A different study showed that walking can cut the risk of coronary heart disease in half for men between the ages of 71 and 93.
 
Petua Kesihatan :
Bukan sesatunya jalan untuk mencapai tahap kesihatan,
namun ianya mampu membantu mengurangkan risiko mengalami sesuatu penyakit.
Asasnya, pergerakan / exercise menambah kesihatan.
Selamat mencuba

Sunday 2 December 2012

Institut Latihan Belia Sejahtera, ILBAS

Pelan Pembangunan ILBAS,
Institut Latihan Belia Sejahtera, Kem kendalian Kedah Sejahtera,
Dilancarkan oleh YAB MB, 3 dis 2012.


Kemudahan yg disediakan, di ILBAS, Paya Pahlawan
Tasek yg cukup luas untuk berkayak, jet ski, malah memancing