Saturday 1 September 2012

Syaitan, Fitnah, dan Keganasan

Perjalanan PRU13 begitulah berwarna-warni, suatu ketika berbicara soal hudud, ketika lain mengaku sebagai syaitan, media dikawal pemerintah terus tabur fitnah, dan tindakan kacau pemimpin pakatan Rakyat & ngo terus berleluasa. Dari serangan gaya samseng di Johor, Kedah, Pahang, dan di Kelantan. Keganasan ke atas ds Anwar, Nurul Izzah, dan Ambiga. Seolah-olah iaitu bakal menjadi strategi utama mempertahankan kuasa.

Dalam kes terbaru, serangan makhluk jahat keatas Bas Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Baru. Mereka tidak tertahan melihat perkembangan sambutan RAKYAT, khususnya dari luar bandar, lebih-lebih masyarakat melayu, yg selama ini ditekan dan dimanipulasi demi kerakusan mempertahankan kuasa regim pemerintah.

Serangan ini, selain bertujuan merosakkan kenderaan Anwar, juga berusaha keras dgn angan-angan untuk membantutkan Jelajah Merdeka Rakyat.


Allah Maha Melihat. Syaitan, Malaikat, dan Manusia pelbagai tingkatan nafsu, adalah makhluk ciptaanNya. Siapa yg merancang keburukan, merencana kejahatan, malah siapa yg mengarahkan kemungkaran dgn sembunyi tangan juga dalam pengetahuan Allah. Balasan setimpal menimpa yg mencipta kebathilan asalkan kumpulan pejuang kebenaran, bersabar dan istiqamah dijalankan kebenaran dan Keadilan.

1 comment:

  1. Biasa la tu bila adukkan politik dan bersama kemerdekaan. Merdeka tidak perlu dipolitikkan, sepatutnya bersama tak kira apa parti, pendekatan berpolitik secara versusi, tak sesuai di negara berbilang kaum, hanya memalukan sesatu bangsa dan agama. lebih baik diterapkan nilai separatekan politic and nationality sebagaimana lim guan eng boleh bersama di rumah terbuka PM, nasha boleh bersama najib atas urusan negara. merdeka bukan umno, bukan BN, tapi Malaysia.. malaysia adalah semua, mengapa perlu berasingan. inikah cara demokrasi yang di perjuangkan?? sedih melihat melayu sesama islam tidak sehaluan..

    Allah Maha Melihat, Pemerintahan hari ini juga Allah tetap melihat, semuanya ketentuannya, tiada beza kita juga adalah makhluk yanh bernafsu, awaslah pemikiran kita, fitnah berlaku sekiranya yang kita andaikan bukan kenyataan, lebih baik serah segala kepadaNya dari menuding siapa syaitan dikalangan manusia. wallahualam..

    ReplyDelete