Saturday 29 September 2012

Harga Gula Naik kali ke 5

Harga gula di Malaysia dinaikkan lagi melalui Bajet 2013, iaitu kenaikan kali ke 5 sejak Januari 2010.
 
Jan 2010 harga gula dinaikkan  20 sen
 
Jul 2010  harga gula dinaikkan  25 sen
 
Dis 2010  harga gula dinaikkan  20 sen
 
Mei 2011  harga gula dinaikkan  20 sen
 
Sep 2012  harga gula dinaikkan  20 sen
 
Setiap kali kenaikkan, dua isu utama akan dimainkan oleh Pihak Kementerian terbabit :
* Kenaikkan untuk basmi kes diabetes dikalangan rakyat
* Kenaikkan gula akan dipantau agar tiada kenaikkan pada harga barang
 
Jika berlaku lagi 5 kenaikkan pada harga gula di Malaysia, inilah juga jawapan yang akan dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HEP.
 
Sedangkan, Rakyat yang celik mata dan minda, akan melihat bahawa kenaikkan harga gula ini ada kelebihan dan manfaat secara langsung kepada pihak yang mengendalikan gula untuk Malaysia, sedangkan rakyat menerima kesan langsung atas kenaikan harga barang yang berkaitan.
 
 
Pemantauan yg disebut hanyalah bersifat 'hangat-hangat tahi ayam'. Pemantauan yg bersifat sangat sementara, dan pemantauan yg tidak fokus. Sukar untuk mengawal kenaikkan harga barangan berkaitan gula, kerana tiada standard harga tetap barangan berkaitan. Kenaikkan 10sen pada harga minuman hampir tidak dapat dikesan. Begitu juga dengan kenaikkan 10sen bagi setiap unit kuih & biskut tidak mungkin dapat dikawal-selia.
 
Secara keseluruhan, rakyat bukan sahaja menanggung kenaikan sekitar 80sen bagi penggunaan 4kg se bulan, sebaliknya rakyat menanggung kenaikan harga kuih dan biskut sekitar RM1 sehari dan kenaikkan harga minuman sekitar RM1 sehari untuk sekelurga. Menjadikan penambahan kos saraan setiap keluarga meningkat hampir RM60 sebulan bagi setiap keluarga.
 
Sebab itu, bajet yang berjiwa rakyat, harus melihat dari semua sudut, terutama berdasarkan keperluan rakyat, untuk memastikan tujuan utama kerajaan, iaitu untuk berkhidmat DEMI RAKYAT boleh dicapai.

Sunday 23 September 2012

Kerakusan Sang Penguasa Jauh Dari Keinsafan

Ketika melawat beberapa tinggalan sejarah, menginsafkan kita bahawa Sang penguasa yang sedang lazat dengan kuasa, rakus mengaut harta, bazir berbelanja, dan tidak mempedulikan rakyat.

Setiap dari mereka, berakhir dengan kehinaan. JUSTERU, Sang pemerintah yang sedang kaut komisyen, belanja beg mahal, cincin mewah, hotel luar biasa, segeralah insaf atas salah laku yang sedang lazat dinikmati.

Muzium di Paris menunjukkan bagaimana penguasa secara simbolik, menggunakan periuk nasi rakyat untuk kemegahan diri. Menindas wang subsidi yang sepatutnya untuk pendidikan dan kesihatan rakyat.

Jika kemegahan yang dikejar, bimbangilah saat dimana keadaan akan menentukan. Yang menyedihkan lagi memalukan sekiranya berakhir dengan tragedi dan terbongkar salah laku.

Manusia yg paling 'famous & glamour' akhir 80an dan 90an juga berakhir dengan penuh misteri.

Inilah terowong bersejarah yg menyaksikan berakhir episod monalisa moden, Lady Di

Tuesday 18 September 2012

Suaram, Scorpene, Dan SSM


NGO hak asasi manusia Suaram bersedia untuk menghadapi “kemungkinan paling buruk” dalam tindakan kerajaan ke atasnya, termasuk kemungkinan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel berkata Suaram bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu memandangkan menteri perdagangan dalam negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa NGO berkenaan mungkin boleh dituduh atas beberapa dakwaan.

Suaram sedang menerima balasan akibat dari tindakan mereka yang membuat aduan di Perancis berkaitan Pembelian 2 scorpene.

Suaram pada mulanya dituduh menerima dana dari luar negara. Dihebohkan seolah-olah suatu kesalahan besar bila NGO menerima dana dari luar.

Siasatan ala serbuan dilakukan oleh 5 Agensi. Selain SSM, ianya turut melibatkan Bank Negara, Polis Diraja Malaysia, dan SKMM.

Yang anehnya, sidang akhbar untuk caj Suaram di Mahkamah dbuat oleh Menteri, semasa wakil Suaram masih dalam siasatan pihak SSM. Suaram @ Suara Inisiatif, diwakili oleh Pengarah Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Guan, Pengarah Ekskutif Suaram E Nalini dan Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Diane Savari.

Tindakan menyerbu, menyiasat dan kemungkinan caj mahkamah ke atas Suaram telah meningkatkan simpati yang lebih besar dari 138 NGO tempatan, dan 56 NGO serantau.

Suaram mendapat perhatian atas usaha inisiatif mereka dalam siasatan oleh Mahkamah Perancis berkaitan kemungkinan berlaku korupsi dalam pembelian 2 kapalselam Scorpene yang punya kaitan langsung dengan PM Najib dana kematian Altantuya.

Suaram tetap bertegas, bahawa kes yang sedang berjalan di Perancis tidak akan terganggu walaupun kemungkinan badan tersebut diisytiharkan haram oleh Kerajaan Malaysia.

Dunia sedang perhatikan proses reputnya sistem demokrasi di Malaysia, bila pihak yang bangkit menyatakan kebenaran dengan membongkar salah-laku diambil tindakan mahkamah. Sebelum Suaram, ianya melibatkan Rafizi dan Bank Negara.

Jika tindakan undang-undang terus diambil keatas pemberi maklumat seperti kes Rafizi dan Suaram, suasana demokrasi Malaysia dijangka akan terus suram.

Janji Demokrasi * Sebangsa, Sengara, Sejiwa
 
Bersama Tegakkan Kebenaran dan Keadilan
 

Renung Sejenak Intai Jejak Laluan

Kenapa dunia hari ini penuh pancaroba dan caca-merba ? Isu, krisis dan skandal sambung-menyambung.
Kemusnahan terus berlaku seakan tidak berkesudahan.

Namun manusia gagal mengambil iktibar dari kemusnahan dan kehancuran.
Pertelingkahan menjadi agenda utama dan kepentingan diri menjadi tujuan kehidupan palsu.
Walhal, kehidupan ini hanyalah sebentar dan singkat di bumi yang sementara.
 
Hamba Allah yang bersyukur, akan punya nilai keinsanan yang tinggi.
Insan yang bertaqwa akan redha dan sabar dengan ujian yang dilalui, dan mengerti bahawa ianya hanya bersifat sementara.
Insan yang cintakan Allah dan Rasul mengatasi segalanya, segalanya akan dijadikan mudah dan ringan baginya oleh Illahi.

 Renungkan

* Keindahan
dan mata hati








* Redha seadanya
 


* Nilai keinsanan
& Ciptaan Illahi
 



* Hamba Allah Yang bersyukur
& Pemaaf
 



* Kasih sayang Ibu dan Anak
 



* Ikhtiar & rezeki
 

* Sujud kepada Allah walau dimana sahaja berada,
demi melahirkan rasa syukur.

Monday 17 September 2012

Lynas ; From Down Under

Kerajaan Malaysia, PM Najib, Menteri Kesihatan, MB Adnan, dan beberapa individu lagi, tetap berkeras untuk meneruskan industri yang dicadangkan oleh LYNAS CORP.

Kelulusan tapak telah diberikan.
Difahamkan bahawa kelulusan operasi juga telah dianugerahkan.

That's mean,
anytime LYNAS CORP can start import rare earth from down under,
and operate at Kuantan,
get release from any TAX for 12 years,
everything is ready, and ON.

Apa yang rakyat kemukakan menjadi debu,
Suara Rakyat, hilang diangin lalu,
Masa depan Rakyat, ikut suka kamu.
 
Namun, Rakyat tetap teruskan perjuangan,
Menentang bentuk pembangunan yang memudaratkan masa depan.
 

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci, TETAMU AR-RAHMAN


Kepada SEMUA Tetamu ArRahman, yang terpilih oleh Yang Maha Kuasa, untuk menunaikan ibadat Haji pada tahun ini, 1433H, didoakan semoga selamat dalam perjalanan, sempurna dalam melaksanakan ibadat, serta beroleh Haji yang Mabrur.


Kesempatan menziarahi Rasulullah SAW. Bersolat dan Munajat di Raudhah. Menyampaikan salam sahabat-sahabat, kaum keluarga, dan masyarakat setempat.
Semoga tertunai janji Allah, bahawa sesiapa yang menziarahi Rasulullah SAW selepas kewafatan Baginda, masih dikira sebagai menziarahi Rasulullah semasa hayat Baginda....amin.


Semua tempat Ibadat yang dikunjungi, punya kelebihan Tersendiri.
Ketika Wuquf di Arafah, selain menghayati khutbah Arafah, para haji & hajjah punya kesempatan untuk mengunjungi Jabar Rahmah, mengingati kisah Adam AS dan Hawa.

Melontar di Jamrah, diniatkan untuk merejam iblis & syaitan yang sentiasa menghasut kepada kejahatan.
Dengan merejam dalam bentuk ibadat ini, akan menjauhkan diri masing-masing dari gangguan dan hasutan syaitan,
demi membentuk peribadi yang menuju Kebesaran Illahi.

Setelah bersungguh-sungguh menunaikan Tawaf & Saie Haji bersama jamaah sekitar 4 juta ummat, kepuasan dinikmati bila sempurna dilakukan,
dengan Tahallul dihujung rukun haji.


 Semoga beroleh haji yang mabrur.
Haji yang mampu mengubah kehidupan kepada Ketaqwaan.
Ketaqwaan hanya kepada Pencipta & Pemilik Sekelian Alam.
Kecintaan & Ketaqwaan
Hanya Kepada
Allah Maha Kuasa


Bagimana Kita Akhiri Syawal 1433

Hari ini, 1 Zukkaedah, bererti bermulanya musim Haji 1433H.

Marilah kita muhasabah Syawal yang baru berakhir semalam. Jika sebelum ini kita melihat dan mengusahakan agar berakhirnya Ramadhan memberikan bekal secukupnya kepada setiap untuk mengharungi cabaran sehingga Ramadhan berikutnya.
 
Sepanjang syawal, kita menghargainya dengan amalan kunjung-mengunjung sanak-saudara, sahabat-handai, rakan-taulan, serta persatuan @ pertubuhan yang turut sama meraikan Syawal yang mulia.
 
Kenangan indah peningkatan amalan sepanjang Ramadhan, diteruskan dengan meraikan kejayaan tersebut sepanjang Syawal.
 
Kini, kita tinggalkan Syawal, dan memulakan episod berikutnya, yang melibatkan musim dan musim qurban sebelum tirai 1433H berakhir dalam tempoh 2 bulan dari sekarang.

Catatan & Cabaran yang masih memerlukan pemerhatian khusus dari setiap warga Malaysia termasuklah :

* Hutang negara yang meningkat begitu ketara, dari sekitar hanya 89B ketika regim Mahathir-Abdullah-Najib pecat Anwar September 1998. Dalam tempoh 14 tahun jumlah hutang meningkat sebanyak, RM 3 6 6 , 0 0 0 , 0 0 0 , 0 0 0.

 
* Masih terdapat 30 OKT (orang kena tahan) dibawah AKTA ZALIM ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting (KEMTA). Menteri KDN hanya beri alasan kerana mereka ditahan sebelum AKTA dimansuhkan, maka mereka tidak terlibat dengan pemansuhan ISA. Salah faham Menteri secara sengaja ini perlu diperbetulkan.


* Dalam suasana hutang negara mencapai tahap maksima dan membimbangkan, PM masih berangan untuk mencipta nama melalui pembinaan Menara Warisan, setinggi 600m, iaitu kurang 1 meter untuk mengatasi menara ke2 tertinggi di dunia. Tidakkah ini akan mengakibatkan pertambahan hutang dalam dan luar negara ?
 

* Penyenaraian FGV yang ditentang semua pihak, melainkan Najib-Isa-Maslan, sedang mengalami pembetulan harga ('correction') di Bursa Malaysia. Jika tidak dengan pembelian pakej 'penyelamat' dari beberapa dana Tabung tempatan, ianya telah mencapai paras yang tak terbayang kesan buruknya.
 
* Suasana keharmonian rakyat Sebangsa, Senegara, dan Sejiwa di bumi Malaysia turut terkesan dengan pembikinan Filem Innoconce of Muslims, yang dikeluarkan di Amerika. Filem yang bertujuan mempersendakan Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, dan Syariah yang terkandung dalam ajaran Islam. Namun ummat Malaysia yang telah bekerja keras untuk perpaduan kaum, melalui projek mega Rakyat, Pakatan Rakyat, sepakat menolak bentuk penghinaan ke atas ajaran agama Islam.
 



 
* Lawatan DiRaja British, oleh 'Royal Couple' membuka satu dimensi penerimaan rakyat kepada bekas 'penjajah' melalui pendekatan 'cinta  & mesra'. Episod ini dijangka mampu mengubah persepsi warga Malaysia kepada keluarga DiRaja British, lebih-lebih lagi sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu, yang ke 55.
 

Sunday 16 September 2012

Filem Yang Punya Niat Jahat

Filem Innocence of Muslims (FIoM), yang dikeluarkan oleh syarikat filem Amerika, dengan biaya oleh korporat Yahudi, sememangnya dikeluarkan dengan niat jahat, disebabkan dengki dengan keharmonian sejagat penduduk muka bumi.
 
Filem ini cuba gambarkan seolah-olah Nabi Muhammad SAW seorang yang mementingkan kepuasan nafsu peribadi. Apa tidaknya, beliau dipersendakan seolah-olah mempergunakan wanita yang diminati @ jatuh hati, demi kepuasan nafsu sendiri. Mengajar ajaran yang mengkafirkan semua pihak yang tidak menyokong ajaran beliau dan mengisytiharkan musuh @ jihad kepada mereka. Lalu, wanita mereka dan harta mereka menjadi halal kepada kelompok 'islam FIOM'. Malah pada bahagian yang diterjemahkan sebagai melihat iblis@syaitan, beliau sanggup melalui celah kangkang wanita no.1 beliau untuk melihat 'wajah' syaitan.
 
Umat Islam tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan seperti ini, lebih-lebih lagi dikeluarkan pada musim bersamaan dengan peringatan peristiwa 911. Sebab itu, tidak hairanlah bila kejadian bantahan di Lybia sehingga mengakibatkan pembunuhan keatas Duta Amerika ke Lybia.
 
Bentuk persendaan dan penghinaan kepada peribadi penting dalam setiap ajaran agama, serta mempermainkan bentuk ajaran tidak diterima oleh mana-mana ajaran sekali pun. Sehubungan dengan itu, kita melihat bantahan di Malaysia bukan sahaja dinyatakan oleh PAS dan Keadilan, malah DAP turut mengecam pembikinan dan pengeluaran filem yang tidak bertanggung-jawab ini.
 
Isu FIoM ini, harus menjadikan regim pemerintah Malaysia agar berhati-hati atas tindakan di Malaysia, kerana seandainya menyentuh isu sentitif secara tidak bertanggung-jawab, ianya mampu meletup dan menyukarkan keadaan.
 
Pada Masyarakat yang berfikiran waras, dan terbuka, sebenarnya dapat membezakan dengan sangat nyata ISLAM dan Muhammad berbanding apa yang digambarkan oleh FIoM.
 
Keperibadian yang ditonjolkan oleh FIoM, hanya sesuai dengan pemimpin ajaran sesat, yang mampu mengelirukan pengikut pada jangka tempoh yang singkat sahaja. Paling lama ajaran sesat tersebut mampu dipertahankan, hanya semasa hayat ketua ajaran sesat terlibat. Sebaik sahaja beliau mati, segalanya akan terbongkar kepada umum.
 
Sebaliknya, ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, bergerak secara transparen selama 23 tahun, kemudian diteruskan oleh Khalifah berikutnya selama ratusan tahun. Malah sehingga kini, ISLAM dianuti oleh lebih 1 Billion penduduk dunia. Sebarang kajian yang dilakukan, samada berniat baik mahupun berniat jahat, untuk mencari sebarang kekurangan ISLAM, namun yang ditemui akhirnya adalah kesempurnaan kepada ajaran dan juga jalan hidup yang dianjurkan oleh ISLAM.
 
Dengan kesempurnaan yang dimiliki oleh ISLAM, kita yakin, gangguan seperti FIoM tidak mampu menggugat keyakinan Muslim, malah InsyaAllah lebih ramai individu yang berfikiran terbuka dan bersedia mengkaji akan kembali kepada ISLAM sebagai agama FITRAH.

Saturday 15 September 2012

Sabah Tak Membimbangkan?

Pimpinan Umno cuba tenangkan hati sendiri dengan membuat kenyataan bahawa
Perkembangan Sabah Tak Membimbangkan.
Jika benar tak membimbangkan, jangan buat tekanan ala kuno, dgn menyekat laluan masuk. Iaitu menghalang kemasukan aktivis Keadilan untuk meraikan Hari Malaysia di Sabah.

Antara yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat :

* Datuk Seri Lajim Ukin
* Datuk Seri Wilfred Bumburing
* Datuk Senator Maijol Mahap
* Tan Sri Ibrahim Menudin
* Datuk Yahya Lampong

Setelah 2 MP, diikuti dgn Senator, kini tokoh utama pimpinan Umno negeri, dan seterusnya...

InsyaAllah more surprise are expected from Sabah as well as Sarawak, in a very near future !

Friday 14 September 2012

Hishamudin KDN @ Hishamudin Johor ?

Hisham kekadang menyepi dlm situasi memerlukan jawapan, kekadang berbunyi pula pada nada tak bert/jawab

> Bila dibebas OKT dari Kemta ISA, difitnah. Apakah dia faham sengsara keluarga ?
> OKT mogok lapar, dia perli dengan makan ayam goreng !
> Oleh kerana tahanan ISA berada dalam tahanan sebelum diMANSUHkan, maka tak tertakluk kpd Pemansuhan. Jadi boleh tahan selamanya ?
> Apakah dia faham erti kuatkuasa & erti pemansuhan ?
> Isu keselamatan yg dibangkitkan oleh pelabur asing tidak utama ?
> Dia anggap KDN hanya khidmat untuk keselamatan pemimpin be end sahaja ?
> Dia menganggap Keselamatan Kempen politik Pakatan RAKYAT di Johor terletak di tangan orangramai, KDN berkecuali ?
> Apakah dia anggap Parti Politik selain be end tak layak sertai demokrasi pilihanraya ?
> Apakah politik Malaysia terlalu kotor untuk pihak selain be end ?
Tunggu sajalah pru13, rakyat dah lihat sangat ketidak-mampuan Hisham menerajui KDN serta seluruh team kanan be end.

S e l a m a t k a n   M a l a y s i a

Pencemaran Minda & Fizikal

Malaysia tidak terkecuali dari dicemari minda dan fizikal berdasarkan perkembangan mutakhir.

I. Pencemaran Rare Earth Sekitar Kuantan

Kerajaan Malaysia telah memberikan kebenaran untuk Lynas Corp memulakan proses rare Earth di bumi Kuantan, walaupun menerima bantahan ratusan ribu warga Malaysia.

Lynas berjanji untuk menghantar pulang ke Australia sisa rare Earth, sedangkan Canberra berkali-kali menyatakan dengan tegas tidak akan membenarkan kemasukan semula bahan seperti itu. Justeru, janji Lynas Corp, tidak mungkin dapat ditepati.

Sebagai sindiran, terdapat rakan yang mencadangkan agar dibina rumah percuma sebelah kilang Lynas, sebagai kuartera tetap untuk kediaman Najib, Liaw Tiong Lai, Adnan, dan beberapa ketua agensi yang meluluskan Lynas beroperasi di Kuantan.

II. Pencemaran Minda Melalui Filem INNOCENCE OF MUSLIMS.

Minda masyarakat dicemari dgn pengeluaran filem INNOCENCE OF MUSLIMS, yg ditaja oleh elit Yahudi untuk mempersendakan Islam, menghina Nabi Muhammad SAW, serta mempermainkan ajaran Islam. Bukan shj Umat Islam, malah insan rasional tidak boleh terima hiburan yg disengajakan untuk menghina dan mempermainkan kepercayaan pihak lain, lebih-lebih lagi Islam yang sedang dianuti Oleh lebih 1 b penduduk di atas muka bumi sekarang.

Gambaran yg diberikan Seolah-olah Islam hanya sekadar ajaran sesat yg tumbuh ditempat spesifik. Walhal, Islam telah dikaji oleh pelbagai pihak, dan hasilnya -PERFECT @ SEMPURNA.

Sebab itu, pada hari ini, bantahan dimerata tempat seluruh Malaysia. Termasuk Masjid Pdg Temusu.

Thursday 13 September 2012

Hutang Negara Bertambah dan Terus Bertambah

Kadar hutang negara terus bertambah dibawah penyeliaan Menteri Kewangan @ Perdana Menteri, dari zaman Dr Mahathir, ke zaman Abdullah Badawi, dan era Najib Razak.
Inisiatif mengurangkan kadar hutang tidak diambil kira.
Perbelanjaan Besar, mewah, dan membazir jadi amalan dulu, kini, dan selamanya.


Ketika era Anwar, 1991-1997. Hutang terkawal.

Namun, mulai september 1998 sampai sekarang...

Terkini, berhajat lagi nak mencakar langit, dengan cadangan pembinaan Menara Warisan setinggi 600m, yang diyakini akan dinaikkan kepada 602m, melainkan punya alasan kukuh dari segi pelabur asing yang mengambil bahagian.

Menara Tertinggi semasa :
UAE's Burj Khalifa (828 m)

Menara Kedua tertinggi semasa :
Saudi Arabia's Royal Clock Tower Hotel (601 m)
                                                                                   Menara Warisan (600 m)
Menara ketiga tertinggi semasa :
Taipei skyscrapers (509 m)

Wednesday 12 September 2012

Kenangan Indah Jika Demokrasi Dihargai

Kenangan... Himpunan Aman... Rakyat nyatakan sikap & bantahan...
Yang mampu mengubah corak pemerintahan negara.



Himpunan Aman yang melibatkan semua pihak..

5 Asas Negara dan 5 bidang Reformasi

5 Perkara Asas @ tiang-tiang kenegaraan, yang terus didokong oleh PAKATAN RAKYAT ;

<1> Perlembagaan Persekutuan menjadi teras demokrasi;
<2> Institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara;
<3> Islam sebagai agama rasmi;
<4> Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;  dan

<5> Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan penduduk bumiputera.

5 Prinsip dan Pendekatan pemerintahan yang akan dibuat REFORMASI demi RAKYAT oleh Pakatan Rakyat  (5 P) :

<1> adalah mengenai Pentadbiran pro-Rakyat
<2> peranan Parlimen
<3> proses Pilihanraya
<4> isu Perkauman dan
<5> halatuju Pembangunan Ekonomi.

Dengan melihat setiap satu unsur-unsur dengan teliti akan memberikan rakyat peluang untuk menilai dan memilih apakah arah tuju dan rupa bentuk aspirasi masa depan Negara yang dimahukan. Juga agar umum tidak dikelirukan oleh Media kawalan BN dengan fitnah yang pelbagai. Sedangkan, tumpuan reformasi DEMI RAKYAT adalah prinsip dan pendekatan pemerintahan yang melibatkan 5P.
Pakatan Rakyat tetap berdiri teguh mempertahankan 5 Perkara asas kenegaraan.


Sekiranya mahu ada perdebatan diantara kedua-dua pemimpin ia hendaklah menjawab mengapa wujudnya lima perbezaaan pokok tadi.


Mengapa Pentadbiran negara pro-elit & bukan pro-rakyat sehingga rasuah dan ketirisan ekonomi sebanyak RM1 trillion dibenarkan mengalir kepada golongan elit selama ini – atau apabila perundangan gagal melindungi hak rakyat seperti di dalam kes-kes rogol bawah umur – jentera dan agensi kerajaan digunakan untuk kepentigan elit dan menindas rakyat dengan mudah – salah-guna statistik indeks jenayah yg tidak berpijak ke bumi nyata – tiada ketelusan di dalam pembelian aset negara seperti kapal selam – tiada kawal-selia mengenai projek-projek inftrastruktur yg tinngi harganya seperti MRT yg pada awalnya dikatakan hanya berharga RM36 billion sudah pun dijangkakan akan melebihi RM100 billion sehinggakan Dewan Perniagaan Melayu mendakwa tiada satu pun syarikat ahli bumiputera diberikan kerja-kerja MRT – atau pendek kata kenapa orang-orang yg sama mendapat keuntungan daripada pentadbiran kerajaan sahaja ?

Mengapa Parlimen tidak diberi hak mewakili rakyat dgn prinsip demokrasi pemisahan kuasa (separation of powers) yg memberikan kuasa memantau kementerian-kementerian dan aspek utama pentadbiran termasuk meletakkan Petronas dibawah kawal-selia Parlimen serta diberi hak merafitikasikan semua perjanjian antarabangsa seperti MAFTA yg ada kesan terhadap industri yg merbahaya seperti Lynas dan RAGM di Raub, perjanjian penyerahan Pulau Batu Putih & Tanah KTM Tanjung Pagar ke Singapura @ perjanjian penyerahan Blok L dan M yg kaya minyak kepada Brunei?


Mengapa proses Pilihanraya tidak telus lagi adil tanpa manipulasi dimana daftar pemilih bersih – wujudnya media bebas – menetapkan kerusi parlimen agar satu-satu kerusi tidak ada perbezaan jumlah pengundi melebihi 15% – waktu berkempen yg secukupnya – ada kerajaan penjaga (caretaker government) sewaktu kempen agar tiada salah-guna jentera kerajaan – kegemaran bermain nombor ‘11’ untuk memilih tarikh pilihanraya secara serang hendap – mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan agar kota seperti Kuala Lumpur dapat memilih Dato Bandar mereka sendiri?


Mengapa isu Perkauman dan agama menjadi pemecah-belah & senjata diskriminasi perpaduan rakyat termasuk digunakan sebagai alat hasutan untuk kepentingan golongan Elit untuk kekalkan kuasa – kerana bukankah kita semua lahir daripada Nabi Adam dan Hawa di dalam keluarga besar kemanusian – dimana musuh sebenar insan adalah syaitan yg datang dlm berbagai rupa bentuk menghasut dengan berbagai hujah indah yg tidak akan dapat digunakan oleh manusia sebagai alasan menyalahkan syaitan kerana berdosa di akhirat kelak apakan lagi ketika ini sudah ada yg mengaku jadi ‘syaitan yg dikenali’ (devil you know) telah mewajibkan kita perangi serta menjauhinya?

Mengapa Pembangunan Ekonomi menggunakan dasar-dasar pengherotan pasaran dan pemusatan kuasa ekonomi kepada beberapa individu dibenarkan sehingga – tangga gaji rakyat membeku manakala kos sara hidup meningkat – harga kereta & rumah tinggi – kos pendidikan yg tinggi memaksa rakyat berhutang besar – harga bekalan letrik, bekalan air dan tol lebuhraya hanya menguntungkan yang Elit – penswastaan berat sebelah yg merugikan rakyat dengan ‘bailout’ besar-besaran seperti MAS, Indah Water, Star dan LRT – pemberian syarikat strategik seperti Esso yg kini bernama Petron daripada dibeli LTAT tetapi diberikan kepada syarikat arak Filipina bernama San Miguel milik anak pemimpin – atau pendek kata kenapa yg kaya bertambah kaya dan yg miskin bertambah miskin dengan rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST atau cukai barang dan perkhidmatan – manakala rakyat terpaksa dibebankan dengan hutang negara yg berganda 2x dalam tempuh 3 tahun ini kepada RM553 billion atau 53% KDNK yg bakal bangkrapkan negara? Jika ditambah dengan hutang luar jangka yg dijamin kerajaan (contingent liabilities) hutang melonjak naik kepada 65 peratus daripada KDNK!

Justeru, apabila rakyat mendengar, membaca atau melihat sesuatu berita, hujah atau ceramah – adalah menjadi tanggung-jawab untuk menilaikannya dengan kerangka ‘5 yg Sama dan 5 yg Beza di antara PR dan BN’ – untuk elak terpedaya dengan bisikan syaitan dan juga agar rakyat dapat membuat pilihan terbaik demi masa depan anak-anak kita –
Janji Demokrasi,  DEMI RAKYAT

Deklarasi Permatang Pauh : 14 Masih Membara

Hari Ini Dalam Sejarah. 12 Sepember 1998, Deklarasi Permatang Pauh, antara asas ideologi KEADILAN telah dimasyhurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim:

DEKLARASI PERMATANG PAUH

Menyedari gesaan Al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan ISLAH sekuat daya kami'

Dan berilhamkan tradisi budaya budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan

menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula ;
Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk MELANCARKAN GERAKAN REFORMASI yang menyeluruh :


GERAKAN REFORMASI yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil.

GERAKAN REFORMASI untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin, membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah ;

GERAKAN REFORMASI untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokarasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;


GERAKAN FEFORMASI untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

GERAKAN REFORMASI untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

GERAKAN REFORMASI untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

GERAKAN REFORMASI untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalinkan persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mngikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh.                              12 September 1998.

Apakah Qanun dan Hudud?


DALAM fiqh Islam, istilah Qanun (kanun) @ syariah ialah perundangan Islam atau perundangan syarak termasuk di bawah perundangan 'Undang-Undang Jenayah Syariah' @ 'Undang2 Kanun Jenayah Syariah' - undang2 syarak bersabit dengan kesalahan yg dilakukan seseorang yg boleh didakwa di bawah kes jenayah syariah.

Ia membabitkan perbuatan atau perilaku jahat yang dilakukan seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Jenayah mengikut takrifan fuqaha adalah khusus pada kesalahan membabitkan perlakuan seseorang membunuh @ menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yg lain atau mencederakan @ melukakannya yg wajib dikenakan hukuman qisas @ diyat.
 
Bagi kesalahan yang membabitkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jenayah yang umum, yang semua kesalahan wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta'zir.

Mengikut peruntukan hukum syarak yang disebutkan di dalam Quran dan hadis yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jenayah syariah, penjenayah didakwa apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat, atau ta'zir. Hukuman itu adalah tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah berkenaan.

Hukuman hudud adalah hukuman yang ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda. Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan hukum Allah yang sudah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasul-Nya yang disebutkan di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Firman Allah SWT, "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." – (Al-Baqarah: 229)

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
  • Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yg sah mengikut hukum syarak.
  • Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yg baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  • Minum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
  • Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih daripada jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  • Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan itikad kepercayaan.
  • Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  • Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum Allah.

    (Sumber Qanun Jinayah Syariyah & Sistem Kehakiman Dlm Perundangan Islam Berdasarkan Quran & Hadis oleh Bekas Mufti Sabah, Haji Said Ibrahim).
  •  

    Mercu Tanda Alor Setar Yang Digeruni Umno

    Pembinaan Mercu tanda baru di Alor Setar, yang berada dalam zon yang sama dengan Menara Alor Setar, Masjid Zahir, Balai Nobat, Muzium DiRaja, Galeri Tuanku, Dan Balai Seni.

    3 Struktur Superb ini benar-benar memalukan umno/bn.

    Aman Central, iaitu pemulihan kompleks Tumku Yaakob yang terbengkalai 29 tahun.
    PKNK membina Hotel 5 Bintang, disebelahnya.
    Dan, 2 kondominium Indah, yang inter connected.
    Kondominium mewah, yang mendapat permintaan.

    Tuesday 11 September 2012

    RM 3.5 B dari Ketelusan AP mampu turunkan harga kereta

    Kaedah tender terbuka yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat, diyakini sangat mampu memberikan kadar kos terbaik dalam setiap urusan.
    Bagi urusan Kerajaan, tender terbuka akan memberi peluang kepada lebih ramai terlibat, disamping kerajaan akan berjaya menjimatkan jumlah perbelanjaan, serta menjamin untuk mendapat pentender yang benar-benar kompetitif.
    Manakala dalam urusan pengeluaran, seperti AP, untuk import kenderaan luar, kaedah tender terbuka dijamin akan memberikan pulangan langsung kepada kerajaan. Ianya dianggarkan bernilai sekitar RM3.5B. Jumlah ini lebih dari cukup untuk menampung urusan penurunan harga kereta di Malaysia, seperti komitmen Pakatan Rakyat.



    PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menggesa kerajaan untuk melaksanakan tender terbuka ke atas pengagihan permit import kereta (AP) dengan mendakwa negara hilang RM3.5 bilion akibat amalan agihan tidak telus.

    Rafizi berkata tender terbuka akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu dan akan memberi kesan yang besar kepada kewangan negara, berbanding dengan kaedah ketika ini yang digunakan oleh kerajaan yang menyebabkan negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3b hingga RM3.5b setiap tahun.
    Rafizi turut mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika ini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja kepada kepada setiap AP dan baki keuntungan selebihnya dikaut oleh kroni akibat dasar tidak telus ini.
    Dalam laporan Bernama pada 7 September lalu, timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menolak cadangan tender terbuka dan berpendapat ia tidak praktikal.
    Sebangsa  Senegara  Sejiwa,
    Selamat Menyambut Hari Malaysia, September 16, 2012

    Monday 10 September 2012

    Najib-Isa Masih Menyepi Bila FGV Terus GOSTAN

    Apa Janji Najib

    "Saya beri jaminan, bila Felda disenaraikan (di Bursa Malaysia), semua yang masyarakat Felda sudah dapat sebelum ini akan diteruskan.
    "Saya memegang amanah Allahyarham ayahanda (Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussain)... saya tidak akan mengkhianati apa yang diperjuangkannya, saya tidak akan buat sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan kepada Felda,” katanya pada majlis Tinjauan Mesra Rakyat di Felda Chuping, dekat sini.
    Katanya, dengan penyenaraian di Bursa Malaysia, Felda akan menjadi sebuah komoditi bertaraf antarabangsa dan bukan lagi hanya menjadi pengeluar getah atau sawit.

    Apa Pula Janji Isa

    Chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad said under FGVH's initial public offering (IPO), the institutional offering of 1.92 billion shares was oversubscribed by 45 times.  Meanwhile, Malaysian Issuing House Sdn Bhd (MIH) said in a statement on Friday that the IPO's public portion of 72.963 million shares was oversubscribed by 6.75 times.
    "This is a good sign for FGVH's listing on the Main Board on June 28,"
    Meanwhlie, Mohd Isa said FGVH is in discussions with commodity giant Louis Dreyfus on the form of collaboration between the two, with a decision to be made before the listing on Bursa Malaysia.
    "This strategic collaboration can not only strengthen the downstream segment but also reduce our dependence on upstream activities,"

    Hakikat JANJI YANG TAK MAMPU  D I T E P A T I

    Bila saham di BURSA MALAYSIA terus merudum, mereka membisu seribu bahasa.

    > Usaha dapatkan pelabur asing tak menjadi

    > projek DOWNSTREAM @ Hiliran juga menuju ke Hilir

    > usaha perjanjian dengan Kerajaan berkenaan pajakan tanah juga belum selesai

    > Peneroka berhutang dengan BANK untuk beli 800 unit saham

    > Sejumlah yang cukup besar, saham dimiliki oleh GENTING BHD


    Perkembangan sesi pagi  11 Sep 2012, diniagakan pada RM 4.59 - 4.61

    Perkembangan sesi petang  11 Sep 2012, diniagakan pada RM 4.60 - 4.70

    FGV menempa sejarah dan mencipta rekod dari sejak awal.
    Dan kini boleh ditempatkan sebagai rekod Dunia sebagai Kaunters yang paling cepat kembali ke panggal harga asal.

    JANJI DITEPATI ? Masyarakat luar Felda mungkin hanya melihat dengan tersenyum perkembangan FELDA, walaupun pada peringkat awal agak 'jeolous' bila diumumkan durian runtuh demi durian runtuh. Namun ibarat pepatah 'BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL', maka tanggungan ini cukup berat kepada warga FELDA yang selama ini sudah mula merasa nikmat hasil banting tulang sekitar 10 tahun pertama berada di FELDA.

    Namun segalanya bakal berakhir, dan kembali ke asal.

    Secara umumnya, kita hanya mampu mendoakan agar segera diadakan PRU13, diubah kerajaan pusat kepada PAKATAN RAKYAT yang telah memberi komitmen untuk memperbetulkan keadaan, serta rekod pembelaan yang telah diberikan ke atas warga FELDA sejak ianya mula dicadangkan untuk penyenaraian.