Friday 31 August 2012

Jelajah Merdeka Rakyat jawab FITNAH


Najib terus mencabuli janji sebuah negara merdeka, serta janji hak kpd warga Malaysia di bumi tercinta. Beliau terus mengambil pendekatan yg dibenci rakyat asalkan mampu memenuhi tuntutan nafsu serakah regim pemerintah demi mengekalkan kuasa.

Janji Ditepati lebih sesuai sbg janji beri hak undi kpd PATI. Rakyat sendiri dinafikan hak asas utk berhimpun dan bergerak dgn bebas di bumi Malaysia. Beberapa pencabulan hak berikut cukup utk memberikan peringatan kpd rakyat kewajiban utk menukar kerajaan pusat menjelang PRU13.

1) Rakyat nak berhimpun sempena merdeka, dan nak mengisi erti kemerdekaan, dgn Janji Demokrasi, Najib & Hisham arah agar diisytihar himpunan Janji di Dataran HARAM.

2) Najib bertegas bantah saranan Rakyat agar diturunkan harga kereta dgn menghapuskan cukai tidak munasabah.

3) Masih terus menahan OKT di kem tahanan kamunting, walaupun rakyat dah dengar sesi pemansuhan akta zalim ISA.

4) Memperkenalkan akta 114A yg mendapat bantahan ramai. Konsep yg menyalahi kaedah pendakwaan dan pembuktian.

5) Terus menggunakan Utusan Msia utk sebar fitnah & hasutan perkauman sempit. Fitnah terkini yg terbukti menyebelahi rakyat ialah arahan Mahkamah supaya Utusan bayar ganti rugi kpd YAB Nizar berkaitan isu WWW1.

Rakyat tunggu PRU13 utk hukum regim pemerintah yg suka FITNAH

Thursday 30 August 2012

Agenda Wanita Malaysia : suatu pembelaan

Menyedari hak pembelaan mesti diberikan kepada semua pihak, wanita Pakatan Rakyat, terutama Presiden Keadilan, Dato Seri Dr Wan Azizah, akan mengetuai dan melancarkan Agenda Wanita Malaysia, satu bentuk blue print Agenda masa depan, yg lebih komprehensif sebagai pengiktirafan kepada golongan utama tetapi dipinggirkan & diremehkan oleh regim pemerintah.

Pemerintah hanya manipulasi sokongan wanita Malaysia utk kekal berkuasa, tanpa memberikan perhatian kepada pembangunan menyeluruh dan seimbang kpd kaum hawa.

Wanita yg merupakan sumber manusia lebih 50% mesti mendapat perhatian dan keadilan dlm bidang sosial, ekonomi, hak bersuara demi menyatakan pendapat dan pandangan, pengiktirafan pengorbanan dalam bersama bangunkan negara. Malah, suatu bentuk penghargaan yg setimpal mesti diberikan, kerana kaum wanita lebih banyak menyumbang dlm bidang & aspek yg unquantifiable.

Keadilan selayaknya mengorak langkah, memandang Presiden Keadilan adalah sesatunya parti yg dipimpin oleh tokoh wibawa Wanita Waja. Bukan seketika, malah sudah melangkaui 14 tahun.

Agenda Wanita Malaysia, September 13, sangat ditunggu-tunggu.

Merealisasikan Janji Demokrasi
Hak SEMUA, lebih-lebih wanita & kanak-kanak mesti dibela
Sebangsa  Senegara  Sejiwa

Salam Kemerdekaan

Salam Kemerdekaan, bersama gerakkan perubahan, agar Malaysia lebih dewasa, matang, dan waras dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.
Sebangsa
Senegara
Sejiwa.
Ribuan berhimpun di dataran zero, sg petani

Janji Demokrasi

Rakyat yg punya maklumat yakin, bahawa Malaysia bumi bertuah, seharusnya jauh lebih ke depan berbanding keadaan semasa, berbanding keadaan terkini yg hak rakyat ditindas, demokrasi dinafi, dan ekonomi Malaysia dipunggah utk kepentingan keluarga pendokong utama kepimpinan negara. Manakala keadaan sosio-ekonomi & sosio-politik jauh ketinggalan kebelakangan berbanding negara yg dahulu nya membangun bersama.

Sebab itu, rakyat tahu, janji demokrasi belum dipatuhi.

Hanya Pemimpin BN yg dialam khayalan menerima tema Janji Ditepati, sedangkan rakyat secara umum mengakui bahawa pentadbiran BN tidak menepati syarat dan janji sebagai sebuah negara Merdeka, dimana rakyat harus dihormati, dan kerajaan mementingkan kebajikan & kesejahteraan Rakyat.

Janji Ditepati adalah manifestasi pengakuan BN, bahawa mereka hanya mampu urus Malaysia sampai ke tahap ini sahaja. Sedangkan seluruh rakyat tahu bahawa Malaysia belum capai tahap kematangan yg sesuai dgn usia negara.
Pertumbuhan negara, dari semua aspek, ekonomi, demokrasi, sosial, agama, dan sebagainya terbantut dibawah pentadbiran BN.

Harapan baru utk Malaysia mesti digalas oleh Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sahaja mampu utk diharapkan menerajui Malaysia ke era yg sesuai dgn usia negara.
Malaysia seharusnya dewasa, matang, dan waras sesuai dgn usia negara yg mencecah ulangtahun kemerdekaan ke 55.

Janji Demokrasi menjanjikan masa depan yg lebih gemilang,
Janji Demokrasi Malaysia yg lebih dewasa dan matang,
Janji Demokrasi Malaysia yg lebih tinggi nilai kewarasan.

Wednesday 29 August 2012

Masa Depan Kanak-Kanak Mangsa Rogol

Gempar ketika ini, 2 keputusan mahkamah yg memberikan pertimbangan atas faktor masa depan dua individu yg terlibat dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur. Memandangkan kedua-dua individu ini, pemain bowling kebangsaan serta juruteknik elektrik, perlu membina masa depan setelah mengaku ianya kesalahan pertama dan bertaubat untuk tidak mengulanginya.
 
Keputusan mahkamah adalah keputusan mahkamah. Pihak pendakwa dan keluarga kanak-kanak terlibat juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan. Masyarakat akan terus memberi perhatian kepada perkembangan seterusnya.
 
Kebanyakan NGO yang terlibat langsung dengan program kanak-kanak, merasakan terkilan kerana konsep asas adalah pemeliharaan kepentingan kanak-kanak yang belum mampu berdikari. Kanak-kanak adalah generasi yang sepatutnya dibimbing dan diberi tunjuk-ajar untuk membina masa depan mereka.
 
Malah dalam isu keselamatan jalanraya pun, diingatkan bahawa tanggungjawab pemandu untuk memberi perhatian kepada keadaan jalan bila melewati kawasan permainan kanak-kanak atau persekolahan kerena mereka berada di alam keriangan tersendiri.

Justeru, soal kanak-kanak terlibat dengan kes rogol, dianggap dengan kerelaan, juga harus dinilai tahap kewarasan dan kemampuan kanak-kanak terlibat membuat keputusan.
 
Isu ini juga mengembalikan kita kepada halangan dan bantahan pelbagai pihak, bila cadangan untuk menurunkan usia kelayakan berkahwin kepada 15 tahun. Ramai berpendapat bahawa keputusan seseorang perempuan yang berusia 15 tahun masih tidak memenuhi kriteria kewarasan sebenar, dan dibimbangan keputusan berkahwin akan membantutkan ruang membina masa depan.
 
Oleh itu, dalam kes sebegini, rungutan masyarakat pelbagai pihak harus diberi perhatian agar ianya dapat diatasi dengan penuh KEADILAN untuk SEMUA.

ISLAM, Hudud, dan KEADILAN

Perbincangan isu hudud semakin menarik dan terbuka. Beberapa pihak yang terlibat secara langsung, mahu pun tidak langsung cuba mengambil bahagian. Sebahagian menganggap ini isu yg terpencil ataupun isu yang terhad. Namun umum berpandangan bahawa isu hudud baru pertama kali diperbincangkan, dan diberi perhatian oleh masyarakat.

Cara perbincangan yang sedang berlaku, hanya sekadar memberikan satu kejutan kepada umum, tetapi tidak sampai kepada hakikat pengetahuan serta kefahaman yang perlu diteliti oleh masyarakat.

Beberapa pihak lebih berpengalaman dan berkemahiran dalam menterjemah pendekatan yang perlu diterima-pakai oleh umum harus tampil dan memberikan pencerahan.


Tuan Guru Nik Aziz perlu diberikan peluang seluasnya untuk memberikan pendangan dari kacamata ilmu, pengalaman, dan waqi' semasa. Apatah lagi beliau pernah membentangkan enakmen terlibat hampir 20 tahun lalu. Tentunya beliau punya versi terkini dan terbaik untuk dibentang dan diberikan perhatian oleh semua.

Golongan yang jelas lagi terang menyatakan pendirian dan sikap menolak bukan sahaja hudud, tetapi turut menghina beberapa hal lagi berkenaan keadilan Islam sebagai tidak releven dengan semasa, memang tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang untuk mengeruhkan suasana.

Kesimpulan yang dijangkakan adalah penjelasan kepada semua pihak.

Tuesday 28 August 2012

Keselamatan Di Jalanraya, Anda Mampu Mengubahnya

Syabas kepada warga Kedah, serta seluruh anak Kedah yang pulang dari perantauan sepanjang musim cuti AidilFitri yang baru ini.
 
Ucapan syabas ini kerana kadar kemalangan yang terkawal sepanjang musim perayaan aidilfitri, walaupun jumlah kenderaan yang berada dan bergerak di bumi jelapang padi, dianggarkan meningkat lebih 4x berbanding waktu biasa. Sehinggakan hampir semua Pekan di Kedah mengalami kesesakan jalan. Difahamkan simpang Pekan Pendang sibuk sehingga jam 3 pagi.
 
Kadar kemalangan parah dalam jumlah terkawal, manakala kematian akibat kemalangan maut dimaklumkan berjumlah 25 mangsa, sepanjang tempoh Ops Selamat, selama 2 minggu. Ini bererti jumlah kematian hampir sama dengan waktu biasa, iaitu sekitar 45 kematian sebulan.
 
Jumlah kematian akibat kecelakaan jalanraya di Kedah sememangnya berada dalam kawalan, dengan jumlah terlibat berjaya diturunkan setiap tahun.
2009  melibatkan  550
2010  melibatkan  532
2011  melibatkan  515

Kempen keselamatan jalanraya, yang dikordinasi melalui Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR) dengan kerjasama semua agensi penguatkuasa, mendapat kerjasama dari semua pengguna jalanraya. Bilangan kematian akibat kecelakaan jalanraya di Kedah masih didahului oleh daerah Kuala Muda dan Kota Setar, manakala paling sedikit kadar kematian adalah Padang Terap.
 

Kenderaan yang paling sedikit terlibat dengan kecelakaan jalanraya adalah BAS dan kereta sewa. Justeru, kita amat menghargai pemandu bas dan teksi agar terus memberikan sepenuh perhatian semasa mengendalikan kenderaan awam ini, agar matlamat untuk membina persepsi baik pengangkutan awam tercapai.
 
Penunggang dan pemboncang motorsikal masih merupakan jumlah terbesar yang menerima padah dari kecelakaan jalanraya di Kedah, sekitar 70% dari kematian adalah kelompok ini. Kebanyakannya berumur diantara 16-30 tahun.
 
Selain berusaha melalui kempen advokasi, kesedaran, dan timbangrasa di jalanraya, bersama kita memohon doa dari Allah agar dipermudahkan urusan di jalanraya
dan dipelihara keselamatan semasa mengendalikan kenderaan yang kita tunggangi.
 
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Monday 27 August 2012

Kampus Tetap University Insaniah

Semakin hampir kepada akhir 2012, semakin tenat penyakit yg menimpa Umno/bn Kedah. Ini kerana kampus tetap di Kuala Ketil yg mampu menerima 20,000 penuntut akan memulakan pengajian sessi pertama Jan 2013.

Tersergamnya keindahan kampus tetap Insaniah adalah mercu tanda perbedaan yg cukup ketara antara pentadbiran kerajaan berjiwa rakyat Pakatan Rakyat vs kerajaan membazir & kroni bn.

Dgn kos rm330 juta mampu menyiapkan sebuah kampus, sedangkan bn hanya sekadar sederet rumah kedai pun dah kira cukup baik.

Kita akan dengar BN mericau tak ketahuan, dari sekarang hingga akhir tahun kerana malu teramat sangat dgn kejayaan pembangunan kampus tetap Universiti Insaniah.
 

Sunday 26 August 2012

Merdeka, ISA, dan Hak Bersama

Sempena dengan sambutan Kemerdekaan ke 55 bagi semenanjung, serta ulangtahun Hari Malaysia bersama Sabah dan Sarawak tanggal 16 September. Masih terlalu ramai dari kalangan warga Malaysia yang dinafikan hak sebagai warga negara.

Setelah tekanan demi tekanan dikenakan oleh Rakyat Malaysia agar dihapuskan AKTA ZALIM ISA, maka secara berat hati, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa Akta Zalim ISA dimansuhkan secara rasmi.

Namun kita jangan lupa, sejak ISA dimansuhkan, masih terdapat 45 tahanan yang terus dikurung tanpa mengetahui kesudahan nasib mereka. Pembelaan keatas mereka yang selama ini didokong oleh Pusat Sokongan Keluarga diteruskan hingga ke hari ini oleh GMI (Gerakan Mansuh ISA).

Melalui bantahan mingguan yang diteruskan pada setiap pagi ahad di hadapan Kem Tahanan Kamunting, 3 orang dibebaskan pada awal Ramadhan, dan difahamkan sekitar 8 orang dibebaskan pada hujung Ramadhan. Apa kesudahan kepada yang masih ditahan? Apakah kerajaan masih gagal dan tidak mampu untuk mengemukakan pertuduhan rasmi di mahkamah sekiranya masih mengesyaki mereka terlibat dengan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang?

OKT (orang kena tahan), keluarga mereka, dan Rakyat secara umumnya tidak akan memaafkan Najib dan Hishamudin, selaku dua individu yang boleh membuat keputusan tentang status mereka yang terlibat. Setiap saat kebebasan mereka dinafikan, setiap saat itu rakyat akan tuntut pembelaan.

Selagi mereka-mereka ini, serta lain-lain warga negara yang masih ditindas di bumi Malaysia, maka Najib dan Hishamudin tidak layak untuk meraikan ulangtahun kemerdekaan negara.

Apa Erti Kemerdekaan ?

Suasana 31 Ogos semakin hampir. Namun kemeriahan ini kurang bererti bagi sesetengah pihak yg tidak menikmati kemerdekaan dan kebebasan di bumi tercinta ini.

Masih terdapat sejumlah yg cukup besar, rakyat Malaysia, lahir di bumi Malaysia selepas 31ogos 1957, namun masih terkial-kial untuk mendapatkan dokumen pengiktirafan sebagai warga negara yg sah, samada sijil lahir mahupun Kad Pengenalan Warganegara.
Mereka berusaha memohon, namun masih kekal dgn kategori IC Merah, sebagai rakyat kelas ke2.

NGO seperti Persatuan Kebajikan & Pembangunan Kaum India Semeling, sedang giat membantu menguruskan pendaftaran dokumen kelompok ini. Sebagai inisiatif bantuan dari pihak luar, majlis Bantuan Rakyat IC Merah (BRIM) telah diadakan, untuk meringankan beban yg ditanggung. Semua pihak, pimpinan Kerajaan & Masyarakat mesti berganding bahu selesai isu asas rakyat ini.

KDN mesti ambil serious utk selesaikan masalah asas sebegini sesegera yang mungkin. Sebab itu, rakyat sangat menaruh Harapan Baru kepada DS Anwar untuk membuat perubahan melalui Kerajaan PR selepas PRU13 DEMI RAKYAT.

Saturday 25 August 2012

Petunjuk PRU13 ; Pelakon Veteran Muncul Kembali


Penggal Parlimen ke12 benar-benar menarik perhatian bukan sahaja kepada penggemar dan pemerhati politik, malah hampir keseluruhan warga Malaysia dari kalangan belia dan dewasa turut mengikuti perkembangan yang berlaku.

Mungkin penggal ini antara yang paling menarik dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Apa tidaknya, dalam penggal ini berlaku peralihan Perdana Menteri, peralihan Ketua Pembangkang, dan yang paling menariknya berlaku begitu kerap pilihanraya kecil. Tambah menarik, dari 16 pilihanraya kecil, 8 dimenangi oleh BN, dan 8 lagi dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Belum pernah pihak pembangkang memenangi prestasi sebaik itu melalui pilihanraya kecil.
 
Pemerhatian ini sangat jelas, apabila soalan paling popular untuk mutakhir ini ialah, BILA PRU13 ?


Alamat-alamat PRU13 cukup nyata, namun ianya belum dapat dilaksanakan hanya kerana PM menerima laporan rasmi dan tidak rasmi yang menunjukkan parti pemerintah sukar untuk mempertahankan kuasa jika diadakan PRU13 dalam keadaan semasa. Justeru, tindakan demi tindakan, atas nasihat Konsultan APCO, dengan rencana untuk mengubah persepsi masyarakat dari menolak UMNO/BN kepada mengenang jasa dan janji BN.

Perkembangan mutakhir, kemunculan semula Dr Mahathir dalam kancah politik semasa, menyerang Anwar, dan Pakatan Rakyat adalah pelengkap kepada kemunculan semula pelakon-pelakon veteran dalam usaha BN mempertahankan diri. Che Det keluar dengan kenyataan yang menunjukkan sifat seorang tidak ingat dunia-akhirat. Beliau memilih untuk buat serangan nekad dengan menggunakan istilah SYAITAN bagi dirinya dan kawan-kawan dalam BN, dan MALAIKAT untuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Dengan penuh keyakinan berkempen agar rakyat memilih Syaitan kerana dah dikenali, berbanding menaruh Harapan kepada Malaikat, yang disifatkannya boleh melakukan kesilapan. Kenyataan begitu berani adalah kebiasaan kepada watak beliau, cuma yang mutakhir ini agak jelas lupa dunia-akhirat.
Pelakon Veteran yang berperanan penting semasa 1999, juga muncul semula, iaitu Rahim Noor. Jika dulu dengan kekuatan fizikal yang mampu membunuh, tapi kini dengan kenyataan yang cukup biadap, bila membuat kenyataan bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah BAPA KAFIR.

Ummi Hafilda juga muncul dengan versi baru, bila kali ini cuba mengheret ibunya menyerang Azmin. Cuma langkah beliau menjadi begitu singkat bila disergah tanpa disangka-sangka oleh Azwan.
 

Ulama upahan juga telah mula muncul dengan peranan lama, iaitu memberikan imej BN sebagai kerajaan Islam, dan Pakatan Rakyat tidak membela Islam. Usaha melagakan PAS dan DAP dalam isu Hudud tidak kesampaian pada kali ini, apabila DAP dan PAS lebih berpengalaman dalam menangani isu asas Islam. Lebih-lebih lagi semakin ramai pimpinan DAP yang bukan sahaja memahami Islam, malah ada yang mampu membaca ayat Quran dengan fasih serta terdapat pimpinan DAP yang merupakan graduan UIA pendidikan Islam. Sebab itu, yang berlaku hanya kenyataan dari aspek undang-undang oleh Karpal, dan disambut secara membuta tuli oleh Nasha.

Pengundi pada PRU13 adalah dari kalangan yang celik INFO, IT, dan bermaklumat. Sebahagian dari penggerak reformasi 1999, kini telah menjadi pengundi saluran 2. Malah lebih 30% pengundi semasa adalah pengundi baru yang lengkap dengan maklumat sebenar, dan sangat mengenali aspirasi Anwar sebagai pendokong Reformasi.

Masyarakat cina yang dahulunya, semasa 1999, tidak yakin perubahan mampu membuat peralihan diperingkat Kerajaan, telah menyaksikan perubahan 2008 telah membuat peralihan Kerajaan di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor, selain Kelantan. Malah Pakatan Rakyat telah pun memenangi kerusi Parlimen di semenanjung berbanding BN.
Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan air percuma dan pelbagai pendekatan Merakyatkan Ekonomi. Pulau Pinang dengan kehebatan menarik pelaburan dalam dan luar negara melalui pendekatan CAT, kompeten, akauntibiliti, dan transparensi. Kedah dengan dasar terbuka dan mesra rakyat, mampu melaksanakan proses pentadbiran yang efisyen, dengan kemasukan hasil yang maksima kepada tabung kerajaan, disamping perbelanjaan berhemah demi kepentingan rakyat. Kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz tak perlu dipertikaikan lagi kewibawaan Kelantan bangkit menjadi negeri yang begitu sejahtera.


Dengan perkembangan yang terus berlaku, serta dokongan Pakatan Rakyat yang semakin berkembang sayapnya hingga ke Sabah & Sarawak, maka tidak hairanlah PM tidak jumpa punca untuk memikirkan tarikh keramat PRU13.

Asas Pendidikan Rendah

Sekolah ini, guru-guru, serta rakan pelajar, serta semua warga SRJK(c) Kou Hua, banyak berjasa memberikan didikan awal dibangku Sekolah peringkat rendah.
Terima Kasih tuan Gurubesar serta 4 orang guru yg mengajar di sana ketika itu.
Di sini juga kami berkesempatan menonton secara langsung boxing di antara Muhamad Ali vs. Joe Bugner.

Puluhan Ribu banjiri Rumah Terbuka Ust Azizan

Suasana sambutan Rakyat sangat meriah, sehingga membanjiri seluruh kawasan mentaloon, sampai ke pondok pengawal dan bawah pokok besar.

Rumah Terbuka YAB MB Kedah


Tetamu YAB Ust Azizan dari kalangan masyarakat Siam, diketuai Oleh sdr Etong, mkk kg Lamdin. Tetamu sempat bergambar bersama pengarah Majlis, YB Dato Amiruddin Hamzah

Friday 24 August 2012

Semoga Madrasah Ramadhan Berhasil

Ramadhan menyaksikan bahawa pelbagai pihak bersedia menghulurkan tangan & bantuan untuk mereka yg memerlukan. Usaha yg dirancangkan menjadi lebih mudah dengan komitmen semua pihak. Samada yg merancang, menyusun,
mengumpulkan, membuat persediaan, dan yang menyumbang.

Sehingga sesuatu yang asalkan tidak mudah boleh menjadi kenyataan. Walaupun diakui bahawa ianya belum menepati kesempurnaan, namun merupakan titik tolak yang cukup penting sebagai bahan penilaian oleh Allah Maha Melihat dan Maha Menguasai.

Rasa kepuasan kepada usaha yang dicurahkan, sangat bererti ketika melihat senyuman dan kesyukuran pihak yang menerima bantuan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yg sememangnya kekurangan bukan sekadar dari aspek kewangan, malah kekurangan upaya kudrat akibat lanjut usia, kesihatan, mahupun OKU.

Yg kita doakan adalah kesejahteraan untuk mereka, dikurniakan oleh Allah kekuatan & komitmen kepada  kita agar terus mampu untuk menunaikan amanah & tanggung-jawab, serta kesefahaman kepada semua pihak agar kelancaran setiap  perancangan dipermudahkan, Seterusnya dikurniakan oleh Allah agar istiqamah selepas Ramadhan Al-Mubarak....amin.

PRU 13, BERSIH, JANJI

Selepas seminggu Syawal 1433, desas desus berbunyi semula kononnya Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Kononnya Najib dah dapat ilham untuk adakan PRU13.

Ini semua untuk menjadikan himpunan JANJI pada 30 ogos bercelaru & keliru. Samada nak join JANJI & tinggalkan kawasan @ tumpu persiapan akhir PRU13 kerana Parlimen akan dibubarkan.

Dalam kehangatan ini, semua keluarga besar Pakatan Rakyat perlu ingat semula bahawa tuntutan Rakyat untuk melihat sebuah perjalanan Pilihanraya yang bersih masih jauh panggang dari api. Tuntutan asas BERSIH masih lagi belum diberikan komitmen untuk dilaksanakan dalam PRU13 jika dilaksanakan dalam masa terdekat.
Walhal mahkamah telah memperakukan bahawa BERSIH adalah gabungan HALAL. Ini menunjukkan bahawa tuntutan BERSIH bukan sahaja menepati kehendak masyarakat MADANI, malah releven dan munasabah untuk diterap dalam PRU13.
Rakayat pelbagai lapisan masyarakat, ras, keturunan, dan sosial ekonomik, berhimpun semata-mata mahu melihat Malaysia yang lebih terbuka dan bersedia menuju era yang lebih cemerlang dengan memahami hak warganegara sendiri.

Melainkan Malaysia bersedia untuk dilabelkan dengan pelbagai label dan disama-tarafkan dengan negara-negara yang menindas warganya sendiri.

Janji bukan sahaja tak ditepati, malah terus dimungkiri. bermula dari berjanji untuk laksanakan pilihanraya BEBAS dimungkiri, sehingga kepada pemansuhan AKTA Zalim ISA, yg dimansuhkan AKTA, tetapi tahanannya tidak dibebaskan.

Thursday 23 August 2012

Hudud, MCA Kedah patah balik

MCA Kedah patah balik dalam isu tiada ketegahan kepada Hudud, memang dijangkakan. Tapi yg hairan, Umno pusing lagi awal.
Pendirian pimpinan Umno bukan sahaja tak faham hudud, atau takut dengan hudud, malah bersedia menentang hudud.
Siapa yg bawa kes dan cabar perlaksanaan hudud hingga ke mahkamah ?
Sebagai ingatan, tok sah dok riuh hal DAP. Elok Umno balik runding dengan geng dalam barisan dulu.

Wednesday 22 August 2012

Musim Kenduri Di Bumi Jelapang Padi

Setiap musim cuti sekolah, Kedah Darulaman, Bumi Jelapang Padi, akan riuh-rendah dengan majlis kenduri-kendara. Bermula dengan kenduri majlis peminangan, majlis kenduri kahwin, majlis kenduri kesyukuran sempena menimang anak, kenduri Aqiqah, sehingga ke majlis kenduri kesyukuran untuk tahlil arwah.

Bagi mengenang kembali pusingan musim penanaman padi dan sumber makanan utama, asasi, rakyat Malaysia, inilah antara gambaran ringkasnya,







Aktiviti musim padi di Kedah,
serta melihat sendiri peralatan-peralatan yg diguna pakai,
secara tradisional, dapat disaksikan sendiri
di Muzium Padi, Alor Setar.