Wednesday 12 September 2012

5 Asas Negara dan 5 bidang Reformasi

5 Perkara Asas @ tiang-tiang kenegaraan, yang terus didokong oleh PAKATAN RAKYAT ;

<1> Perlembagaan Persekutuan menjadi teras demokrasi;
<2> Institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara;
<3> Islam sebagai agama rasmi;
<4> Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;  dan

<5> Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan penduduk bumiputera.

5 Prinsip dan Pendekatan pemerintahan yang akan dibuat REFORMASI demi RAKYAT oleh Pakatan Rakyat  (5 P) :

<1> adalah mengenai Pentadbiran pro-Rakyat
<2> peranan Parlimen
<3> proses Pilihanraya
<4> isu Perkauman dan
<5> halatuju Pembangunan Ekonomi.

Dengan melihat setiap satu unsur-unsur dengan teliti akan memberikan rakyat peluang untuk menilai dan memilih apakah arah tuju dan rupa bentuk aspirasi masa depan Negara yang dimahukan. Juga agar umum tidak dikelirukan oleh Media kawalan BN dengan fitnah yang pelbagai. Sedangkan, tumpuan reformasi DEMI RAKYAT adalah prinsip dan pendekatan pemerintahan yang melibatkan 5P.
Pakatan Rakyat tetap berdiri teguh mempertahankan 5 Perkara asas kenegaraan.


Sekiranya mahu ada perdebatan diantara kedua-dua pemimpin ia hendaklah menjawab mengapa wujudnya lima perbezaaan pokok tadi.


Mengapa Pentadbiran negara pro-elit & bukan pro-rakyat sehingga rasuah dan ketirisan ekonomi sebanyak RM1 trillion dibenarkan mengalir kepada golongan elit selama ini – atau apabila perundangan gagal melindungi hak rakyat seperti di dalam kes-kes rogol bawah umur – jentera dan agensi kerajaan digunakan untuk kepentigan elit dan menindas rakyat dengan mudah – salah-guna statistik indeks jenayah yg tidak berpijak ke bumi nyata – tiada ketelusan di dalam pembelian aset negara seperti kapal selam – tiada kawal-selia mengenai projek-projek inftrastruktur yg tinngi harganya seperti MRT yg pada awalnya dikatakan hanya berharga RM36 billion sudah pun dijangkakan akan melebihi RM100 billion sehinggakan Dewan Perniagaan Melayu mendakwa tiada satu pun syarikat ahli bumiputera diberikan kerja-kerja MRT – atau pendek kata kenapa orang-orang yg sama mendapat keuntungan daripada pentadbiran kerajaan sahaja ?

Mengapa Parlimen tidak diberi hak mewakili rakyat dgn prinsip demokrasi pemisahan kuasa (separation of powers) yg memberikan kuasa memantau kementerian-kementerian dan aspek utama pentadbiran termasuk meletakkan Petronas dibawah kawal-selia Parlimen serta diberi hak merafitikasikan semua perjanjian antarabangsa seperti MAFTA yg ada kesan terhadap industri yg merbahaya seperti Lynas dan RAGM di Raub, perjanjian penyerahan Pulau Batu Putih & Tanah KTM Tanjung Pagar ke Singapura @ perjanjian penyerahan Blok L dan M yg kaya minyak kepada Brunei?


Mengapa proses Pilihanraya tidak telus lagi adil tanpa manipulasi dimana daftar pemilih bersih – wujudnya media bebas – menetapkan kerusi parlimen agar satu-satu kerusi tidak ada perbezaan jumlah pengundi melebihi 15% – waktu berkempen yg secukupnya – ada kerajaan penjaga (caretaker government) sewaktu kempen agar tiada salah-guna jentera kerajaan – kegemaran bermain nombor ‘11’ untuk memilih tarikh pilihanraya secara serang hendap – mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan agar kota seperti Kuala Lumpur dapat memilih Dato Bandar mereka sendiri?


Mengapa isu Perkauman dan agama menjadi pemecah-belah & senjata diskriminasi perpaduan rakyat termasuk digunakan sebagai alat hasutan untuk kepentingan golongan Elit untuk kekalkan kuasa – kerana bukankah kita semua lahir daripada Nabi Adam dan Hawa di dalam keluarga besar kemanusian – dimana musuh sebenar insan adalah syaitan yg datang dlm berbagai rupa bentuk menghasut dengan berbagai hujah indah yg tidak akan dapat digunakan oleh manusia sebagai alasan menyalahkan syaitan kerana berdosa di akhirat kelak apakan lagi ketika ini sudah ada yg mengaku jadi ‘syaitan yg dikenali’ (devil you know) telah mewajibkan kita perangi serta menjauhinya?

Mengapa Pembangunan Ekonomi menggunakan dasar-dasar pengherotan pasaran dan pemusatan kuasa ekonomi kepada beberapa individu dibenarkan sehingga – tangga gaji rakyat membeku manakala kos sara hidup meningkat – harga kereta & rumah tinggi – kos pendidikan yg tinggi memaksa rakyat berhutang besar – harga bekalan letrik, bekalan air dan tol lebuhraya hanya menguntungkan yang Elit – penswastaan berat sebelah yg merugikan rakyat dengan ‘bailout’ besar-besaran seperti MAS, Indah Water, Star dan LRT – pemberian syarikat strategik seperti Esso yg kini bernama Petron daripada dibeli LTAT tetapi diberikan kepada syarikat arak Filipina bernama San Miguel milik anak pemimpin – atau pendek kata kenapa yg kaya bertambah kaya dan yg miskin bertambah miskin dengan rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST atau cukai barang dan perkhidmatan – manakala rakyat terpaksa dibebankan dengan hutang negara yg berganda 2x dalam tempuh 3 tahun ini kepada RM553 billion atau 53% KDNK yg bakal bangkrapkan negara? Jika ditambah dengan hutang luar jangka yg dijamin kerajaan (contingent liabilities) hutang melonjak naik kepada 65 peratus daripada KDNK!

Justeru, apabila rakyat mendengar, membaca atau melihat sesuatu berita, hujah atau ceramah – adalah menjadi tanggung-jawab untuk menilaikannya dengan kerangka ‘5 yg Sama dan 5 yg Beza di antara PR dan BN’ – untuk elak terpedaya dengan bisikan syaitan dan juga agar rakyat dapat membuat pilihan terbaik demi masa depan anak-anak kita –
Janji Demokrasi,  DEMI RAKYAT

No comments:

Post a Comment