Saturday 6 October 2012

SPRM Sedang Dihakimi Oleh Rakyat

Tanpa disedari, sebenarnya lambakan skandal yang bertali arus di Malaysia akhir-akhir ini, lebih kepada pemerhatian Rakyat terhadap tindakan dan peranan SPRM, berbanding siasatan SPRM keatas skandal terbabit.
 
SPRM harus sedar, dan bersedia untuk menunjukkan prestasi yang jauh lebih berwibawa sejak ditubuhkan 2009, dalam menangani skandal yang bertali arus di Malaysia. Mungkin dari aspek statistik penyiasatan, kertas dakwaan, pendakwaan di Mahkamah dan sebagainya ingin dibuktikan oleh SPRM sebagai tanda efektif. Namun, Rakyat kebanyakan akan lebih menilai kemampuan SPRM dalam menangani isu & skandal besar yang menjadi perhatian umum.

Kes Kekayaan Luar Biasa CM Taib dan Keluarga. Sebahagian dari bukti kekayaan luar biasa menjadi tanda-tanya apabila bekas isteri kepada anak CM Taib menuntut mutaah sebanyak RM400 juta dari aset bersama @ harta sepencarian. Kekayaan sebenar tentunya sesuatu yang lebih luar biasa, diluar imaginasi umum.

Kes Kenduri Perkahwinan yang luar biasa besarnya, rekod Malaysian Book Of Records, yang dihadiri oleh sekitar 130,000 di bumi Melaka, diikuti dengan jamuan kepada VVIP di Hotel 5 Bintang di ibukota. Dalam keadaan beliau pernah dibatalkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 2009 kerana terlibat dengan politik wang.

Kes Scorpene yang sedang hangat dibicarakan di Perancis, melibatkan skandal komisyen semasa pembelian, serta terdedah persoalan penjualan data keselamatan pertahanan negara kepada pihak luar. Disamping ianya melibatkan nama PM, Naib Presiden UMNO, dan beberapa kenamaan tempatan. Malah terkait dengan pembunuhan Altantuya.
 
Keberkesanan SPRM menangani skandal besar ini, akan meningkatkan keyakinan Rakyat kepada komitmen dan kesediaan SPRM untuk menjadi agensi penguatkuasa yang berkesan menghapuskan rasuah dari bumi Malaysia. Sebaliknya, jika kes sebesar ini dilihat berlalu begitu sahaja, maka jangan salahkan Rakyat sekiranya hilang kepercayaan kepada keberkesanan SPRM untuk membanteras Rasuah di Tanahair.

No comments:

Post a Comment