Wednesday 3 October 2012

Skandal Scorpene, Sepina Pertama Telah Dikeluarkan

Perkembangan siasatan skandal Scorpene di Mahkamah Perancis semakin menarik untuk diikuti, apabila sepina pertama kepada saksi telah dikemukakan. Rakyat akan dapat melihat episod seterusnya yang akan membuka segala rahsia yang cuba disembunyikan.

Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yg dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene daripada sykt pertahanan laut Perancis, DCNS.

NONE"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.

-dipetik dari MALAYSIAKINI-

No comments:

Post a Comment