Wednesday 15 August 2012

Siapa Kita Selepas Ramadhan Al-Mubarak 1433 ?

Selepas segala persiapan memasuki madrasah Ramadhan,
sejak syaaban @ rejab lagi, kini,
kita berada dihujung Ramadhan 1433, Bagaimana segala kebaikan, kebajikan, kerjasama, sikap pemurah, kuat ibadat, rajin baca quran, tolong sediakan makanan dan pelbagai lagi ??

Kita seharusnya mendoakan, agarALLAH memberikan kita kekuatan untuk meneruskan momentum Ramadhan, dikala syaitan mula terlepas dari belenggu sepanjang ramadhan.


Namun, harus diingat, usaha kearah kebaikan menjadi sukar pada hamba yang tidak bersyukur. Justeru, bersyukur dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan.


Hanya sedikit dari hamba Nya yang ingat untuk bersyukur.
Kenapa ??
Kerana masalah penilaian kehidupan mengikut kacamata insan yang kemampuannya terhad, namun masih sombong dan bongkak.



Manusia mudah lupa. Ingat pada yang hanya di depan mata. Kesilapan lampau mudah hilang dari ingatan, lalu terpukau dengan keindahan sementara yang terhidang didepan mata.
Sebab itu, RASUAH berleluasa, penyelewengan tiada penghujung, hasad dengki mengatasi rasional pemikiran, harta dikumpul tanpa punya had sempadan, fitnah semahu mungkin demi mempertahankan kuasa sementara.
Ingatlah dihujung dunia ada akhirat. Yang kita sangat perlukan adalah Kesejahteraan Dunia & Akhirat.

Mohonlah dari Allah Yang Maha Kuasa, dengan penuh harap serta rasa takut.


Ya Allah, tetapkan kami dalam keimanan....amin.



 

No comments:

Post a Comment