Tuesday 28 August 2012

Keselamatan Di Jalanraya, Anda Mampu Mengubahnya

Syabas kepada warga Kedah, serta seluruh anak Kedah yang pulang dari perantauan sepanjang musim cuti AidilFitri yang baru ini.
 
Ucapan syabas ini kerana kadar kemalangan yang terkawal sepanjang musim perayaan aidilfitri, walaupun jumlah kenderaan yang berada dan bergerak di bumi jelapang padi, dianggarkan meningkat lebih 4x berbanding waktu biasa. Sehinggakan hampir semua Pekan di Kedah mengalami kesesakan jalan. Difahamkan simpang Pekan Pendang sibuk sehingga jam 3 pagi.
 
Kadar kemalangan parah dalam jumlah terkawal, manakala kematian akibat kemalangan maut dimaklumkan berjumlah 25 mangsa, sepanjang tempoh Ops Selamat, selama 2 minggu. Ini bererti jumlah kematian hampir sama dengan waktu biasa, iaitu sekitar 45 kematian sebulan.
 
Jumlah kematian akibat kecelakaan jalanraya di Kedah sememangnya berada dalam kawalan, dengan jumlah terlibat berjaya diturunkan setiap tahun.
2009  melibatkan  550
2010  melibatkan  532
2011  melibatkan  515

Kempen keselamatan jalanraya, yang dikordinasi melalui Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR) dengan kerjasama semua agensi penguatkuasa, mendapat kerjasama dari semua pengguna jalanraya. Bilangan kematian akibat kecelakaan jalanraya di Kedah masih didahului oleh daerah Kuala Muda dan Kota Setar, manakala paling sedikit kadar kematian adalah Padang Terap.
 

Kenderaan yang paling sedikit terlibat dengan kecelakaan jalanraya adalah BAS dan kereta sewa. Justeru, kita amat menghargai pemandu bas dan teksi agar terus memberikan sepenuh perhatian semasa mengendalikan kenderaan awam ini, agar matlamat untuk membina persepsi baik pengangkutan awam tercapai.
 
Penunggang dan pemboncang motorsikal masih merupakan jumlah terbesar yang menerima padah dari kecelakaan jalanraya di Kedah, sekitar 70% dari kematian adalah kelompok ini. Kebanyakannya berumur diantara 16-30 tahun.
 
Selain berusaha melalui kempen advokasi, kesedaran, dan timbangrasa di jalanraya, bersama kita memohon doa dari Allah agar dipermudahkan urusan di jalanraya
dan dipelihara keselamatan semasa mengendalikan kenderaan yang kita tunggangi.
 
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

1 comment:

  1. MKJR Kedah :
    Pengerusi- YB Tan Chow Kang, EXCO Pengangkutan
    Timb Pengerusi - Ir Zamri Yusuf
    Setiausaha - M. Surentharan

    ReplyDelete