Sunday 12 August 2012

BN bankrap idea

Sejak 2008, sangat jelas kepada umum bahawa Umno/bn sangat ketandusan idea untuk memahami keperluan rakyat. Mereka juga gagal memahami alasan disebalik rakyat tolak Umno/bn ?

Sebab itu, sejak pelancaran buku jingga hingga sekarang, satu persatu permasalahan rakyat Malaysia yang dikupas terperinci oleh Pakatan Rakyat, ditiru & ciplak Oleh umno/bn. Kita bercakap soal peranan guru & pendidik yg perlu diperkasakan Dan dihargai, mereka cuba cuba tiru dengan buat semakan skim perguruan. Buku Jingga iktiraf peranan warga emas dan isteri tidak bekerja, mereka ciplak dengan skim bantuan 1Malaysia. Buku Jingga komited untuk beri peluang kepada pemandu teksi memiliki permit sendiri, Umno/bn tiru dengan bagi tayar teksi.

Pakatan Rakyat menyebut hal royalti negeri pengeluar minyak perlu diberikan 20%, sekarang Najib terhegeh-hegeh nak ujudkan jawatan kuasa rundingan untuk bincang hal royalti dengan negeri, khususnya Kelantan. Terkini umno/bn nak tubuhkan RCI bagi bincang hal kerakyatan pendatang asing di Sabah, selepas gelabah dengan penghijrahan besar-besaran orang kuat bn ke pakatan rakyat.

Memang konsep meniru pastinya tidak akan sama. Mana nak sama yang original dan tiruan. Sebab itu rakyat boleh menilai dengan jelas, walau Umno/bn cuba tiru idea Pakatan Rakyat, namun cara pelaksanaana Dan objektif yg nak dicapai tak sepadan. Mana sama keperluan permit kepada pemandu teksi dibanding dengan bagi subsidi tayar? Mana boleh sama antara iktiraf royalti 20% kepada negeri dengan kaedah Wang ehsan yang dikawal oleh pusat. Begitu juga RCI Sabah, yg pasti gagal menyelidik & mendedahkan penyelewengan hal berkaitan kerakyatan yang diberikan  kepada PATI.

Rakyat nampak jelas Najib dah bankrap idea & gelabah dengan perkembangan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sangat jelas gelabahnya bila kekuatan palsunya di Sabah terbongkar & terburai. Jika dia ingat ini episod akhir, silap banyak. Dijangkakan bala yang lebih besar akan datang dan lebih mengejutkan. Termasuk perihal kes yang sedang berjalan di Perancis, dan kemunculan semula Antantuya.

No comments:

Post a Comment