Sunday 26 August 2012

Merdeka, ISA, dan Hak Bersama

Sempena dengan sambutan Kemerdekaan ke 55 bagi semenanjung, serta ulangtahun Hari Malaysia bersama Sabah dan Sarawak tanggal 16 September. Masih terlalu ramai dari kalangan warga Malaysia yang dinafikan hak sebagai warga negara.

Setelah tekanan demi tekanan dikenakan oleh Rakyat Malaysia agar dihapuskan AKTA ZALIM ISA, maka secara berat hati, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa Akta Zalim ISA dimansuhkan secara rasmi.

Namun kita jangan lupa, sejak ISA dimansuhkan, masih terdapat 45 tahanan yang terus dikurung tanpa mengetahui kesudahan nasib mereka. Pembelaan keatas mereka yang selama ini didokong oleh Pusat Sokongan Keluarga diteruskan hingga ke hari ini oleh GMI (Gerakan Mansuh ISA).

Melalui bantahan mingguan yang diteruskan pada setiap pagi ahad di hadapan Kem Tahanan Kamunting, 3 orang dibebaskan pada awal Ramadhan, dan difahamkan sekitar 8 orang dibebaskan pada hujung Ramadhan. Apa kesudahan kepada yang masih ditahan? Apakah kerajaan masih gagal dan tidak mampu untuk mengemukakan pertuduhan rasmi di mahkamah sekiranya masih mengesyaki mereka terlibat dengan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang?

OKT (orang kena tahan), keluarga mereka, dan Rakyat secara umumnya tidak akan memaafkan Najib dan Hishamudin, selaku dua individu yang boleh membuat keputusan tentang status mereka yang terlibat. Setiap saat kebebasan mereka dinafikan, setiap saat itu rakyat akan tuntut pembelaan.

Selagi mereka-mereka ini, serta lain-lain warga negara yang masih ditindas di bumi Malaysia, maka Najib dan Hishamudin tidak layak untuk meraikan ulangtahun kemerdekaan negara.

1 comment:

  1. Gerakan Mansuh ISA (GMI) didokong oleh lebih 80 NGO dan Individu terkemuka. Dipengerusikan oleh Tuan Syed Ibrahim Syed Noh

    ReplyDelete