Sunday, 13 January 2013

KEDAH sekilas pandang

Keluasan 9,426 Km2  (3% dari Malaysia 329,758 Km2)

                                           2008        2009       2010       2011

Jalan Negeri (Km)             3,921       4,528      4,824      6,316

Jalan Persekutuan                 957          957      1,006      1,102

Bekalan Air (juta Gelen)     92.9         93.2        95.6        99.6

Pengguna Elektrik (ribu)       548         566         593         617


Bilangan Menara TELCO mengikut daerah

Yan              10    Sg. Petani           205       Sik               13
Pendang       42    Pdg Terap            9          Baling          17
Bdr Baharu  19    Kota Setar          198        Kbg Pasu     100
Kulim          115   Kulim Hi-Tech    11        Langkawi     90     <829>

Jenis Tanaman di Negeri Kedah 2011

Padi                 24,247  HA
Getah               23,076  HA
Kelapa Sawit   20,534  HA
Tebu                     25.3 HA
Buah-buahan    21,512 HA
Kelapa               1,711  HA
Sayur-sayuran   1,442  HA
Lain-lain              203  HA


Pelaburan Asing (RM) bagi 2011

1. Pulau Pinang    7,145,6145

2. Kedah                5,995,746

3. N Sembilan        4,334,302

4. Selangor             4,236,263

Saturday, 12 January 2013

HKR #KL112 Cipta Sejarah

Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Merdeka, pada Januari 12, 2013 telah mencipta sejarah tersendiri, berikutan kejayaan Rakyat menunjukkan kematangan berpolitik serta memikul pertanggungjawaban dalam membina dan membangunkan negara.
 
Himpunan ini bukan sahaja berjaya kerana menghimpunkan sekitar setengah juta Rakyat, bahkan ianya terserlah kejayaan kerana dihadiri oleh pelbagai kelompok dalam Malaysia berdasarkan perjuangan kearah Malaysia yang lebih baik. Ianya menghimpunkan Gerakan Mansuhkan ISA, MTUC, MAMA Bersih, Mahasiswa, JERIT, Tuntutan ROYALTI, Anti LYNAS, Pilihanraya BERSIH, Hak Penerokan FELDA, Orang ASAL, Hak OKU, Bumiputra Sabah, Bumiputra Sarawak, dan Pendokong Pelbagai Prinsip ASAS dalam menggerakkan negara.
 
Suara Rakyat dari pelbagai juzuk masyarakat telah disampaikan, dan didengari oleh Pemimpin PAKATAN RAKYAT, malah disambut dengan janji untuk membela kepentingan semua suara rakyat dengan moto, SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.
 
Jelas himpunan Rakyat ini mendokong segala prinsip rukunegara, serta ternampak dengan jelas sikap cintakan tanahair. Perhimpunan dimulai dan berakhir dengan lagu negaraku, serta semua yang terlibat mengeluarkan sumbangan untuk membiayai kos penganjuran. Dimana kos terbesar adalah sewa stadium merdeka. Disamping itu, semua yang terlibat juga memastikan keadaan stadium dan sekitarnya kekal bersih selepas program.
 
Nyata,
HKR #KL112,
menterjemahkan kesediaan Rakyat untuk membuat perubahan,
dan memilih 2013 sebagai tahun PERUBAHAN,
serta menggalaskan HARAPAN kepada PAKATAN RAKYAT,
khususnya Saudara ANWAR IBRAHIM.

Tuesday, 1 January 2013

2013 Tahun PERUBAHAN

2013 diharapkan bakal menjelma sebagai tahun PERUBAHAN. Bukan sekadar Transformasi, bahkan REFORMASI.
 
Transformasi hanyalah perubahan sementara perlu sahaja, atau boleh juga dikenali sebagai perubahan pura-pura atau lakonan. Ianya akan kembali ke bentuk asal seperti sediakala apabila telah capai misinya, sepertimana TRANSFORMER kartun mahupun filem.
 
REFORMASI yang dibawa oleh Permuafakatan RAKYAT (lebih merangkumi semua lapisan masyarakat Malaysia berparti dan tidak berparti), menjanjikan PERUBAHAN kearah KEBAIKAN dan KEADILAN dan akan diusahakan secara berterusan.
 
Kenangan 2012, samada yang telah berlalu mahupun beberapa isu yang masih bergantungan sehingga memasuki tahun 2013, diharapkan menjadi iktibar kepada semua bahawa, perkara yang menyusahkan Rakyat, akan ditolak oleh RAKYAT.
 
Diantara beberapa ISU 2012 :
 
AES ; sistem yg dipaksakan kepada RAKYAT. Dijalankan secara tidak telus melalui penswastaan. Perlaksanaannya disokong oleh SEMUA MP BN, dan ditentang oleh SEMUA MP Pakatan Rakyat. Melalui 14 unit yg dipasang di Perak, Selangor, dan WP telah mengeluarkan 264 ribu saman. Alhamdulillah kini, ditangguhkan oleh MAHKAMAH atas alasan yg hanya diketahui oleh mereka yg terlibat.
 
KEMATANGAN POLITIK DUNIA ; beberapa negara yg dahulunya dibawah cengkaman regim yg menindas Rakyat telah mengorak langkah jauh lebih ke depan dalam melaksanakan demokrasi lebih dari Malaysia. Negara seperti Indonesia telah mengiktiraf pilihan Rakyat secara terbuka, sehingga tidak lagi kepimpinan bertukar ditangan keluarga ELIT semata-mata. kelahiran TOKOH dari kalangan Rakyat, seperti Bpk JOKO WIDODO @ JOKOWI adalah simbol kepada pemerintahan dari RAKYAT untuk RAKYAT.
 
PALESTIN ; Gaza dibedil oleh ISRAEL sempena sambutan tahun baru hijrah 1434, mengakibatkan kemusnahan dan kematian yg tidak diterima oleh pemikiran rasional. Seluruh dunian bangkit menyatakan bantahan, membawa kepada sokongan majoriti besar kepada keujudan negara Palestin di PBB pada Disember 2012.
 
MANSUH ISA ; walaupun ianya telah dimasuhkan lebih setahun yg lalu, namun KDN masih menahan mereka tanpa tahu bila akan dibebaskan. Malah ada yg telah menang kes Mahkamah, dimana Kerajaan diminta membayar ganti rugi kezaliman keatas mangsa ISA dengan nilaian RM 15 ribu sehari.
 
PRU13 ; tanda-tanda menunjukkan bahawa ramalan awal saya yg mengatakan bahawa PRU13 hanya akan diadakan pada JUN 2013, semakin menjadi realiti. Januari 2013 benar-benar musim hujan dan banjir sebahagian besar pantai timur. Februari akan diraikan Chinese New Year.
 
PTPTN ; terbongkar urusan kewangan tabung PTPTN. Rupa-rupanya terdapat pihak yg menangguk di air keroh dgn sistem pengurusan yg bertukar-ganti.
 
LYNAS ; dibantah oleh sebahagian besar Rakyat. Namun kerajaan BN tetap meneruskan loji yg dikhuatiri boleh meninggalkan sisa RADIOAKTIF, dengan memberikan pengecualian cukai selama 20 tahun.
 
SCANDAL SCORPENE ; skandal yg brmula di Malaysia, Hong Komg, dan Paris. Kini siasatan teliti sedang berjalan di Perancis.
 
KENAIKAN HARGA GULA ; ianya dilihat kecil oleh regim pemerintah, tetapi kesan langsung kepada masyarakat menjadi parah.
 
FILEM YG HINA NABI ; umum membantah kejahilan penerbit yg tidak memahami sensitiviti ummat dgn penghinaan tersebut.
 
HUTANG NEGARA ; jumlah terhutang dilihat meningkat pada kadar yg tidak munasabah. Ianya berlaku seolah-olah tanpa rasa tanggungjawab untuk membayar. Malah ianya berada kadar risiko yang paling tinggin dalam sejarah Malaysia.
 
FGV ; penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, tanpa sistem perlaksanaan yang betul, mengakibatkan penyaniayaan keatas masyarakat peneroka. Mereka hanya diberi peluang membeli 800 unit sahaja.



 
Kenangan pahit ini ingin ditinggalkan, dan mengorak langkah ke alam baru 2013, agar Malaysia diterajui PERUBAHANnya oleh Rakyat sendiri.

Monday, 31 December 2012

Pelbagai Ragam Manusia Menyambut Tahun Baru

Sempena kehadiran tahun baru 2013, pelbagai ragam cara manusia menyambutnya, mengikut adat dan kebiasaan tempat masing-masing.

Siapa yg paling awal menyambut tahun baru ?
Lokasi pertama yang akan menyambut kedatangan 2013 ialah PULAU KIRIBATI, di Lautan Pacifik. Lokasi percutian yang teramat cantik dengan iklim tropika. Mereka menyambut detik 12.01 tengahmalam, 14 jam lebih awal dari London. Sebab itu, Pulau ini menerima pelancong paling ramai ketika akhir tahun untuk menanti detik 12 malam, dan menjadi manusia pertama diatas muka bumi menyambut tahun baru.
 
IRELAND, anak gadis akan meletakkan sejenis daun dibawah bantal pada malam tahun baru untuk memimpikan bakal pasangan hidup masing-masing.
 
MEXICO, terdapat kepercayaan bahawa mereka mengharapkan kepulangan roh orang tercinta untuk mendapat panduan kehidupan seterusnya.
 
CHILE, sambutan tahun baru diadakan di kubur, dengan bunyian yang sesuai serta lampu yang cukup sederhana.
 
BRAZIL, ramai yang berkeyakinan untuk memakaikan seluar dalam yang warna terang dan ceria sehingga melewati tengah malam, untuk mendapat nasib yang baik dan pasangan cinta yang sejati.
 
PUERTO ROCO, mencurahkan air keluar dari tingkap melambangkan mengeluarkan nasib kurang baik dan diganti dengan nasib baik sepanjang malam tahun baru.
 
DENMARK, terdapat kepercayaan bahawa amalan mematahkan tanda nama pada rumah jiran akan mendatangkan kebaikan kepada rumah tersebut. Tanda nama yang paling rosak dan patah dianggap kediaman yang bakal menerima keuntungan di tahun mendatang.
 
Lihatlah bagaimana manusia dan kepercayaan yang pelbagai menyambut tahun baru menjelang 1 Januari setiap tahun.
Bagaimana kita menyambutnya ?

Sunday, 30 December 2012

Penjelasan Dr Zaharudin isu Kalimah ALLAH

1. Baru-baru ini Setiausaha Agung DAP dalam perutusan Hari Krismas ada membuat kenyataan menggesa kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Apa pandangan Dr berhubung tuntutan itu?
Dalam banyak keadaan, orang politik sering mensasarkan sokongan pengundi dalam apa sahaja yang diseru, gesa dan desak. Dalam hal ini saya merasakan Lim Guan Eng juga mungkin sedang mensasarkan sokongan penganut Kristian terhadap parti itu. Sama ada betul atau tidak, saya merasakan tindakan tersebut mungkin kurang tepat, malah pada jangkaan saya, ia lebih mampu menyusahkan gabungan Pakatan Rakyat dan PAS khususnya serta mengurangkan sangka baik orang Melayu Islam terhadap DAP. Tidak saya nafikan, Barisan Nasional juga adakalanya berkata-kata atau melakukan beberapa tindakan yang boleh melampaui sensitiviti umat Islam. Justeru saya nasihatkan lebih baik agar Barisan Nasional tidak menyahut saranan ini semata-mata inin memenangi undi penganut Kristian, kerana orang Kristian sendiri ada yang menolak pendekatan terjemahan God kepada Allah. Jika BN tunduk kepada desakan beberapa kumpulan Kristian ini, saya menjangkakan ia bakal memberi kesan yang buruk pula kepada BN khususnya sokongan Melayu Islam. Selain itu bagi saya, pemuka Kristian tidak perlulah memperjuangkan isu nama Allah sama ada dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu atau mana-mana bahan bercetak yang dikeluarkan oleh pihak Kristian. Mungkin yang lebih penting adalah menjaga kebajikan penganutnya dari sudut kebajikan fizikal khususnya. Manakala kebajikan berbentuk ‘spiritual’ boleh di laksanakan dengan menambah bajet atau apa-apa sahaja yang tidak perlu melampaui sensitiviti agama lain. Terjemahan ‘God’ yang sekian lama diterjemahn kepada tuhan, tiba-tiba ingin diubah kepada nama Allah tentunya melampaui garisan agama Islam. Pastinya ia bakal menimbulkan reaksi negatif umat Islam.

2. Dalam kenyataan mengenai isu kalimah Allah pada 2009, Dr ada menyatakan mengenai persetujuan kalimah Allah digunakan oleh Kristian tetapi melihat kepada fenomena di Malaysia, Dr beranggapan ia tidak sesuai. Boleh jelaskan lebih lanjut kerana memang ada pihak yang turut bersetuju membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah dengan alasan Allah untuk semua makhluk. (mungkin Dr boleh bagi nas yang tidak dapat diargue oleh pihak lain)+

Benar, pandangan peribadi saya setelah melihat hampir semua hujjah-hujjah yang dibentangkan oleh para ulama silam dan semasa, saya lihat ia adalah ‘valid’. Namun ia tetap jatuh dalam kategori hukum yang boleh berubah mengikut keadaan dan setempat. Hal hukum haram yang berubah menjadi harus, harus berubah menjadi haram disebabkan situasi tertentu ini adalah sesuatu yang boleh berlaku malah kerap berlaku sejak dari zaman Baginda Nabi Muhammad lagi. Namun ia mestilah setelah meneliti syarat-syaratnya yang termaktub di dalam perbahasan ulama Usul Fiqh. Satu kaedah fiqh menyebut :

“Tidak dapat disangkal bahawa beberapa jenis hukum berubah dengan perubahan masa (dan tempat). (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah)

Ulama silam seperti imam Ibn Qayyim dan ulama kontemporari Syeikh Dr. Mustafa Az-Zarqa berkata, para ulama mazhab telah sepakat akan kaedah ini dalam hal-hal hukum cabang dan ijtihad, adapun hukum asas dan prinsip umum Islam tidak boleh berubah. Dalam hal ini, bab penggunaan nama Allah ini adalah dalam kategori isu cabang. ( Ighathah al-Lahfan, 1/330 ; Majalah Al-Muslimun, hlm 553 )

Ibn Qayyim dalam kitabnya ‘ilam al-Muwaqqien menyatakan lima sebab hukum furu' boleh berubah iaitu :-
• Tempat
• Masa
• ‘Uruf
• Situasi atau keadaan
• Niat


Dari sudut sebab mengapa hukum terbabit tidak sesuai di semenanjung Malaysia antaranya adalah :-

1. Keputusan pemerintah dalam hal yang diperbezakan adalah terpakai. Telah diketahui dalam kaedah Fiqh, “Pemerintah yang bertindak dan membuat keputusan untuk rakyat MESTILAH berlandaskan kepentingan awam”. Maka saya kira, apabila pemerintah Malaysia berdasarkan data dan fakta yang mereka miliki menyakini kebenaran di Malaysia bakal menyuburkan kemurtadan dan kekeliruan khususnya di musim kelemahan umat Islam, itu patut diterima oleh ilmuwan lain walau mungkin mereka mempunyai idea dan pandangan berbeza.

2. Malaysia sering dilanda kontroversi apabila undang-undang sedia ada digunakan dalam beberapa kes bagi seseorang Islam murtad dengan bantuan orang bukan Islam. Demikian isu kematian individu yang telah memeluk Islam tetapi tanpa pengetahuan keluarganya dan beberapa yang lain. Kerap kali isu sebegini apabila ditimbulkan di dalam masyarakat, suasana menjadi tegang di antara agama. Ini tidak baik bagi keharmonian masyarakat dan mudah mencetus ketegangan yang sukar diredakan kelak. Justeru, hal yang tidak signifikan dalam agama Kristian sendiri seperti terjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ bagi Bible bahasa melayu ini tidak berbaloi atau ‘worth it’ untuk diketengahkan dan disebut oleh pemimpin Politik seperti Lim Guan Eng. Malah media juga patut berhati-hati dan menghindarkan diri dari asyik menjolok dan memanaskan isu sebegini. Atas sebab itu, saya cenderung kepada mengekalkan terjemahan kepada TUHAN adalah lebih baik berbanding mengubah kebiasaan yang sudah diamalkan sejak turun temurun di semenanjung Malaysia. Hal di Sabah Sarawak, itu hal mereka di sana sejak berpuluh tahun lepas, mengapa perlu dibawa ke semenanjung?. Suasana penduduk dan sensitiviti masyarakat yang berbeza di sana dan di semenanjung patut dijaga.

3. Isu ini turut menimbulkan ketakutan dalam kalangan umat Islam khususnya yang memikirkan mengenai kesan negatif terutama dalam keadaan generasi muda hari ini yang agak lemah dan cetek mengenai ilmu agama. Mungkin Dr boleh tekankan aspek ini kerana kerisauan itu rasanya ada kewajarannya. Ini membabitkan hal akidah umat Islam yang terancam jika isu kalimah Allah tidak ditangani dengan berkesan.

Pertamanya, perlu difahami, dari sudut hukum asal, Kristian memang harus menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka, Cuma kita sebutkan dari sudut hak pemerintah untuk menyekat demi menjaga keharmonian Islam di tanahair ini. Pun begitu, umat Islam sendiri tidak boleh hanya marah-marah apabila isu ini timbul, mereka juga patutnya sedar jika mereka kuat, tiada bimbang lagi takut jikapun pihak Kristian menggunakan nama Allah bagi terjemahan God. Tapi yang tidak bagusnya hari ini adalah orang Islam kelihatan berlebihan marahnya dalam hal ini tetapi sensivitinya kelihatan pudar dalam isu yang lebih besar atau setara besarnya. Seperti isu penghinaan kepada Islam, hukum Islam (bukan hudud sahaja tetapi hukum dalam semua bab seperti perkahwinan dan lain-lain), penghinaan Nabi secara terangan yang dibuat oleh orang Islam sendiri melalaui kata-kata dan filem sebagai contoh. Saya faham dan sedar, umat Islam semakin bimbang kerana anak-anak kita mungkin lemah pendidikan dan penghayatan Islamnya, malah ibubapa juga lemah agamanya. Justeru, dengan kerancakkan menggunakan nama Allah bagi God di dalam Bible, ia mungkin bakal memeriahkan kekeliruan di kalangan yang sudah jahil di kalangan Islam hingga akhirnya mudah mereka dimurtadkan.

Dalam hal ini, saya menyeru diri saya dan semua pembaca agar memastikan diri sendiri mantap dari sudut ilmu agama, mengambil tokoh sahabat-sahabat Nabi dan ilmuwan Islam yang silam dan kontemporari sebagai bahan rujukan, bacaan dan cerita tauladan. Bukannya sambil berteriak memarahi Lim Guan Eng, tetapi melupakan fakta bahawa diri sendiri, rakan sebangsa dan seagama lebih patut diherdik kerana lebih teruk lagi menjauhkan umat dari penghayatan Islam dan aqidah Islam. Iaitu dengan mengasaskan insititusi riba, judi, menjadikan rasuah sebagai adat bisnes, menjadikan perbomohan syirik sebagai perubatan alternatif dan tradisional, menjadikan adat yang berunsur syirik sebagai bahan adat perkahwinan melayu dan lain-lain. Mengapa ini tidak diherdik dan dimarahi dengan setimpal? Justeru, jangan hanya kerana ia gesaan seorang orang politik maka kita tiba-tiba menjadi ‘super sensitif’ dan marah, namun melupakan diri dan pekung yang dicetus oleh bangsa sendiri.

4. Namun, ibarat menarik rambut dalam tepung, kita juga tidak mahu isu ini menjejaskan hubungan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini terutama umat Islam dan penganut Kristian. Jadi bagaimana kita hendak pastikan sensitiviti umat Islam di hormati penganut agama lain?

Itulah saya katakan, media janganlah terlalu membesar-besarkan sangat, kerana kelak penganut Kristian merasa umat Islam terlalu ego dan sombong. Jangan pula memaki hamun dan mencaci kerana Islam tidak tertegak dengan caian dan humanan. Malah Nabi Muhammad mengajar kita akhlak mulia dan daya tahan marah yang luar biasa, hingga kalau dicerca dan dihamun, kita tidak membalas dengan cercaan. Ini tercatat di dalam surah Al-Imran ayat yang ke 186, Surah Al-Hijr ayat 97-98 dan banyak lagi. Hanya bila hak kita dicerobohi secara fizikal khususnya, barulah umat Islam dituntut untuk mempertahankannya dengan kaedah yang sesuai walau mungkin agresif dan keras, seperti rumah, harta atau tanahair kita dicerobohi.

Umat Islam perlu faham isu ‘core’ atau ‘susbstance’ dalam agama lain agar mereka tidak menimbulkan ketegangan yang merugikan. Namun isu nama Allah ini bukan isu core dalam Kristian dan ia dianggap isu besar bagi umat Islam di semenanjung. Hanya dengan saling berdiskusi dan berdialog, saya kira ketegangan ini dapat dikurangkan.

5. Ada pihak menyatakan isu ini boleh menimbulkan suasana Kristianofobia. Adakah senario dalam negara hari ini boleh mencetuskan fenomena itu? (Kristianafobia diutarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya yang mendakwa Kritianofobia adalah perasaan takut terhadap agama Kristian yang sekali gus mampu menggugat agama Islam sebagai agama rasmi). Apa pandangan Dr?

Saya tidak pasti, namun yang jelasnya Kristian adalah sebuah agama missionary iaitu yang sentiasa aktif mencari penganut baru. Ia sama seperti sifat agama Islam yang juga bersifat missionary. Berkenaan kristianofobia, memang ada asasnya berdasarkan kes-kes kemurtadan dan teknik dakyah yang sedang dan telah dilakukan oleh Kristian. Cuma untuk bimbang sehingga merasakan Islam agama rasmi diubah, saya tidak pasti basis kebimbangan sebegitu. Saya tidak punyai statistik yang boleh membantu saya menentukan pendirian yang adil dalam hal ini.

6. Apa nasihat Dr kepada umat dan agensi Islam di negara ini bagi menghadapi isu berkaitan kalimah Allah ini dan juga isu lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam?

Nasihat saya, perkukuhkan ilmu dan penghayatan Islam diri dan keluarga masing-masing. Mantapkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti oleh institusi ulama dan jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal pembangunan agama Islam. Media hendaklah membantu menjadikan mana-mana tokoh ilmuwan Islam sebagai role model dan bukan artis. Hiburan dan budaya hedonisme tanpa objektif kecuali duit dan seronok patut dikaji semula dari diberi ruang terlalu banyak di media kerana bagi saya ia lebih banyak merosakkan umat Islam berbanding kalaupun Kristian menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible mereka. Kerana Bible-bible ini tidak masuk ke rumah majoriti umat Islam tetapi TV, radio dan media cetak masuk dan mempengaruhi setiap hari. Jika itu dapat dilakukan, apapun dakyah, gerakan Kristianisasi termasuklah isu berkaitan nama Allah akan sentiasa terkawal dan tidak dapat menembusi daya tahan umat Islam. Jangka terdekat pula, saya harapkan para ulama dapat sepakat menghalang penggunaan nama Allah bagi terjemahan God di dalam bible versi Melayu, manakala orang Kristian pula sedari mereka tiada perlukan teknik ini untuk menyebar dakyah mereka.

Tuesday, 18 December 2012

AES Dah U-Turn

Projek yang mendapat kritikan hampir semua pihak, AES, membuat pusingan U-Turn sejak minggu ini.


Kamera yang telah dipasang sebanyak 14 unit diseluruh negara, iaitu 7 di Perak, 2 di Selangor, dan 5 di Wilayah Persekutuan KL. Oleh syarikat BETA TEGAP dan ATES, dengan janji akan mendapat pulangan sebanyak RM16 bagi setiap saman, disamping peratus kutipan.

Adalah difahamkan bahawa sejak dipasangkan pada 23 September 2012, AES telah berjaya mengeluarkan saman kepada 274,000 pengguna jalanraya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,000 saman telah dibuat bayaran.
 
Bagi kes telah pergi ke mahkamah, sebanyak 24 kes telah dijatuhi denda RM300, manakala 20 pengguna yang lain dilepaskan dengan perintah AMARAN.
 
Projek yang sangat kontroversial ini telah membuat pusingan U-Turn sejak beberapa hari lepas apabila Mahkamah dimaklumkan bahawa DPP yang terlibat telah menarik balik saman terlibat selepas dibacakan di Mahkamah. Semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah.
 
Penasihat undang-undang kempen anti saman ekor (KASE), Sdr Zulhazmi Shariff, mengesahkan bahawa terdapat kes yang melibatkan saman AES telah ditarik balik. Ianya berkait rapat dengan keadaan kurang kordinasi diantara JPJ dan Polis Trafik yang terus akan menguat-kuasakan zon had laju di kawaan yang bertindih.
 
U-Turn yang dibuat oleh AES ini, adalah susulan kepada isu pertikaian di Mahkamah tentang kesahihan kebergantungan kepada AES. Khususnya apabila Mahkamah membebaskan 20 saman beserta AMARAN kepada 20 saman pada 6 Disember 2012.
 
Lebih-lebih lagi apabila MP BN yang mula tertekan dengan persiapan pilhanraya, apabila mendapati bahawa mereka berada di pihak yang tidak popular dan tidak disenangi Rakyat kerana MP BN menyokong perlaksanaan 831 lokasi AES fasa I, seterusnya 1093 pada fasa II.

Sunday, 9 December 2012

Bubar Parlimen : Rakyat vs BN

2012 hanya berbaki kurang dari 3 minggu, PM Najib masih tercari-cari tarikh keramat untuk membubarkan Parlimen Malaysia berdasarkan kuasa pada tangannya.
 
Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke 12 juga telah berakhir dengan lengkapnya persidangan ke 15 bagi Penggal ini. Ianya bererti tidak ada lagi persidangan Dewan Rakyat sehingga tertubuh kerajaan baru selepas PRU13.

Persidangan Dewan Negara sedang berlangsung, sehingga 20 Disember 2012.

Bila akan terbubar PARLIMEN ?
Bila PRU13 ?
Bila Rakyat akan buat PILIHAN ?

UMNO juga telah selesai PAU'12, dengan penuh semangat. Menyerang dan menyebut nama ANWAR lebih kerap dari mana-mana pemimpin DULU, KINI, dan SELAMANYA. Soalnya bila ?

Tidak sukar untuk mana-mana individu berkongsi kePENINGan PM Najib berdasarkan kesatuan dan komitmen Rakyat ketika ini. Umum mengetahui bahawa Rakyat sedang bersatu menentang agenda jahat kerajaan BN :

Gerakan Anti LYNAS, yang berjaya menyedarkan sebahagian besar Rakyat Malaysia, bukan sahaja penduduk Kuantan, malah dari seluruh negara membantah keujudan Kilang Memproses LYNAS yang bakal merosakan masa depan kehidupan negara, dengan sisa buangan radioaktif.

Gerakan Mansuhkan ISA, GMI, masih terus mendedahkan kepincangan perlaksanaan hukum. Walaupun secara wayangnya ISA telah dimansuhkan, namun penahanan mangsa ISA masih diteruskan. Keluarga mereka masih dinafikan hak serta dihalang dari mendapat keadilan berdasarkan sistem hukum.

Gerakan Anti FGV, yang melibatkan bukan sahaja dari kalangan generasi FELDA, bahkan Rakyat secara umum turut simpati dengan penganiayaan kerajaan BN keatas hak dan masa depan peneroka. Simpati Rakyat berganda apabila BN secara paksa melantik ISA sebagai pengerusi, serta melabelkan generasi yang mempertahankan hak mereka sebagai 'haramjadah'.

Gerakan ANTI AES, juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Umum mengetahui bahawa AES dilaksanakan bukan demi menurunkan kadar kemalangan, sebaliknya lebih kepada kepentingan kroni untuk mendapat projek, serta mengaut kembali hasil usaha Rakyat kekantung kerajaan.

Gerakan Menuntut Royalti, juga mendapat dokongan Rakyat seluruh negara. Walaupun secara khusus ianya hanya melibatkan Kelantan, Trengganu, Sabah, dan Sarawak. Namun melihat kepada penafian hak Kelantan sejak 1990, dengan anggaran sekitar RM10B, Rakyat umum turut simpati dengan penindasan ini.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, yang dianjurkan disetiap negeri mendapat sokongan dan dokongan kuat penggerak perubahan, yang mahu membentuk sebuah kerajaan yang lebih perihatin kepada Rakyat.




Gerakan ANTI AES, juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Umum mengetahui bahawa AES dilaksanakan bukan sangat demi menurunkan kadar kemalangan, sebaliknya lebih kepada kepentingan kroni untuk mendapat projek, serta mengaut kembali hasil usaha Rakyat kekantung kerajaan.



Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang didokong oleh pelbagai pertubuhan rasmi dalam negara, Pakatan Rakyat dan NGO, berjaya meletakkan satu garis pemisah diantara tuntutan Rakyat berbanding paksaan BN keatas Rakyat. HKR yang bermula dibeberapa negeri pilihan, akan bertemu di KUALA LUMPUR, pada Januari 12, 2013. Himpunan 112, dijangkakan akan dihadiri oleh sejuta Rakyat.

Situasi ini akan menjadikan PM Najib lebih bingung
untuk menghitungkan hari-hari akhir beliau sebagai
PM Malaysia, Menteri Kewangan, MP Pekan, dan Menteri Hal Ehwal Wanita.
Disamping sebagai
Presiden UMNO, Pengerusi BN, serta Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.