Saturday 12 January 2013

HKR #KL112 Cipta Sejarah

Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Merdeka, pada Januari 12, 2013 telah mencipta sejarah tersendiri, berikutan kejayaan Rakyat menunjukkan kematangan berpolitik serta memikul pertanggungjawaban dalam membina dan membangunkan negara.
 
Himpunan ini bukan sahaja berjaya kerana menghimpunkan sekitar setengah juta Rakyat, bahkan ianya terserlah kejayaan kerana dihadiri oleh pelbagai kelompok dalam Malaysia berdasarkan perjuangan kearah Malaysia yang lebih baik. Ianya menghimpunkan Gerakan Mansuhkan ISA, MTUC, MAMA Bersih, Mahasiswa, JERIT, Tuntutan ROYALTI, Anti LYNAS, Pilihanraya BERSIH, Hak Penerokan FELDA, Orang ASAL, Hak OKU, Bumiputra Sabah, Bumiputra Sarawak, dan Pendokong Pelbagai Prinsip ASAS dalam menggerakkan negara.
 
Suara Rakyat dari pelbagai juzuk masyarakat telah disampaikan, dan didengari oleh Pemimpin PAKATAN RAKYAT, malah disambut dengan janji untuk membela kepentingan semua suara rakyat dengan moto, SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.
 
Jelas himpunan Rakyat ini mendokong segala prinsip rukunegara, serta ternampak dengan jelas sikap cintakan tanahair. Perhimpunan dimulai dan berakhir dengan lagu negaraku, serta semua yang terlibat mengeluarkan sumbangan untuk membiayai kos penganjuran. Dimana kos terbesar adalah sewa stadium merdeka. Disamping itu, semua yang terlibat juga memastikan keadaan stadium dan sekitarnya kekal bersih selepas program.
 
Nyata,
HKR #KL112,
menterjemahkan kesediaan Rakyat untuk membuat perubahan,
dan memilih 2013 sebagai tahun PERUBAHAN,
serta menggalaskan HARAPAN kepada PAKATAN RAKYAT,
khususnya Saudara ANWAR IBRAHIM.

No comments:

Post a Comment