Sunday 9 December 2012

Bubar Parlimen : Rakyat vs BN

2012 hanya berbaki kurang dari 3 minggu, PM Najib masih tercari-cari tarikh keramat untuk membubarkan Parlimen Malaysia berdasarkan kuasa pada tangannya.
 
Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke 12 juga telah berakhir dengan lengkapnya persidangan ke 15 bagi Penggal ini. Ianya bererti tidak ada lagi persidangan Dewan Rakyat sehingga tertubuh kerajaan baru selepas PRU13.

Persidangan Dewan Negara sedang berlangsung, sehingga 20 Disember 2012.

Bila akan terbubar PARLIMEN ?
Bila PRU13 ?
Bila Rakyat akan buat PILIHAN ?

UMNO juga telah selesai PAU'12, dengan penuh semangat. Menyerang dan menyebut nama ANWAR lebih kerap dari mana-mana pemimpin DULU, KINI, dan SELAMANYA. Soalnya bila ?

Tidak sukar untuk mana-mana individu berkongsi kePENINGan PM Najib berdasarkan kesatuan dan komitmen Rakyat ketika ini. Umum mengetahui bahawa Rakyat sedang bersatu menentang agenda jahat kerajaan BN :

Gerakan Anti LYNAS, yang berjaya menyedarkan sebahagian besar Rakyat Malaysia, bukan sahaja penduduk Kuantan, malah dari seluruh negara membantah keujudan Kilang Memproses LYNAS yang bakal merosakan masa depan kehidupan negara, dengan sisa buangan radioaktif.

Gerakan Mansuhkan ISA, GMI, masih terus mendedahkan kepincangan perlaksanaan hukum. Walaupun secara wayangnya ISA telah dimansuhkan, namun penahanan mangsa ISA masih diteruskan. Keluarga mereka masih dinafikan hak serta dihalang dari mendapat keadilan berdasarkan sistem hukum.

Gerakan Anti FGV, yang melibatkan bukan sahaja dari kalangan generasi FELDA, bahkan Rakyat secara umum turut simpati dengan penganiayaan kerajaan BN keatas hak dan masa depan peneroka. Simpati Rakyat berganda apabila BN secara paksa melantik ISA sebagai pengerusi, serta melabelkan generasi yang mempertahankan hak mereka sebagai 'haramjadah'.

Gerakan ANTI AES, juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Umum mengetahui bahawa AES dilaksanakan bukan demi menurunkan kadar kemalangan, sebaliknya lebih kepada kepentingan kroni untuk mendapat projek, serta mengaut kembali hasil usaha Rakyat kekantung kerajaan.

Gerakan Menuntut Royalti, juga mendapat dokongan Rakyat seluruh negara. Walaupun secara khusus ianya hanya melibatkan Kelantan, Trengganu, Sabah, dan Sarawak. Namun melihat kepada penafian hak Kelantan sejak 1990, dengan anggaran sekitar RM10B, Rakyat umum turut simpati dengan penindasan ini.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, yang dianjurkan disetiap negeri mendapat sokongan dan dokongan kuat penggerak perubahan, yang mahu membentuk sebuah kerajaan yang lebih perihatin kepada Rakyat.




Gerakan ANTI AES, juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Umum mengetahui bahawa AES dilaksanakan bukan sangat demi menurunkan kadar kemalangan, sebaliknya lebih kepada kepentingan kroni untuk mendapat projek, serta mengaut kembali hasil usaha Rakyat kekantung kerajaan.



Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang didokong oleh pelbagai pertubuhan rasmi dalam negara, Pakatan Rakyat dan NGO, berjaya meletakkan satu garis pemisah diantara tuntutan Rakyat berbanding paksaan BN keatas Rakyat. HKR yang bermula dibeberapa negeri pilihan, akan bertemu di KUALA LUMPUR, pada Januari 12, 2013. Himpunan 112, dijangkakan akan dihadiri oleh sejuta Rakyat.

Situasi ini akan menjadikan PM Najib lebih bingung
untuk menghitungkan hari-hari akhir beliau sebagai
PM Malaysia, Menteri Kewangan, MP Pekan, dan Menteri Hal Ehwal Wanita.
Disamping sebagai
Presiden UMNO, Pengerusi BN, serta Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

1 comment:

  1. Pengkritik lebih cenderong menjangkakan Parlimen akan terbubar dengan sendiri menjelang April 2013, dan PRU13 akan diadakan pada Jun 2013, agar dipaksakan serentak Parlimen dan semua negeri, termasuk negeri dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete