Tuesday 18 December 2012

AES Dah U-Turn

Projek yang mendapat kritikan hampir semua pihak, AES, membuat pusingan U-Turn sejak minggu ini.


Kamera yang telah dipasang sebanyak 14 unit diseluruh negara, iaitu 7 di Perak, 2 di Selangor, dan 5 di Wilayah Persekutuan KL. Oleh syarikat BETA TEGAP dan ATES, dengan janji akan mendapat pulangan sebanyak RM16 bagi setiap saman, disamping peratus kutipan.

Adalah difahamkan bahawa sejak dipasangkan pada 23 September 2012, AES telah berjaya mengeluarkan saman kepada 274,000 pengguna jalanraya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,000 saman telah dibuat bayaran.
 
Bagi kes telah pergi ke mahkamah, sebanyak 24 kes telah dijatuhi denda RM300, manakala 20 pengguna yang lain dilepaskan dengan perintah AMARAN.
 
Projek yang sangat kontroversial ini telah membuat pusingan U-Turn sejak beberapa hari lepas apabila Mahkamah dimaklumkan bahawa DPP yang terlibat telah menarik balik saman terlibat selepas dibacakan di Mahkamah. Semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah.
 
Penasihat undang-undang kempen anti saman ekor (KASE), Sdr Zulhazmi Shariff, mengesahkan bahawa terdapat kes yang melibatkan saman AES telah ditarik balik. Ianya berkait rapat dengan keadaan kurang kordinasi diantara JPJ dan Polis Trafik yang terus akan menguat-kuasakan zon had laju di kawaan yang bertindih.
 
U-Turn yang dibuat oleh AES ini, adalah susulan kepada isu pertikaian di Mahkamah tentang kesahihan kebergantungan kepada AES. Khususnya apabila Mahkamah membebaskan 20 saman beserta AMARAN kepada 20 saman pada 6 Disember 2012.
 
Lebih-lebih lagi apabila MP BN yang mula tertekan dengan persiapan pilhanraya, apabila mendapati bahawa mereka berada di pihak yang tidak popular dan tidak disenangi Rakyat kerana MP BN menyokong perlaksanaan 831 lokasi AES fasa I, seterusnya 1093 pada fasa II.

No comments:

Post a Comment