Tuesday, 21 August 2012

FGV business Venture mengalami ujian

Perbandingan prestasi revenue FGV utk perhatian bersama :

2011
Perladangan  44%  3,286j
Industri Gula 31%  2,300j
Downstream   25%  1,889j

Q1 2012
Perladangan   57% 977j
Industri Gula  31% 532j
Downstream   12% 211j

Usaha penerokaan business oleh FGV begitu berani. Dengan latar belakang kewangan terkumpul yg banyak, serta fasiliti pinjaman bank & tabungan kewangan agensi kerajaan, FGV benar-benar mengembangkan sayapnya meneroka sehingga keluar negara.
Bidang business downstream dikembangkan ke United Arab Emirate, dan industri refineri di beberapa negara termasuk Afrika selatan. Dengan melantik agen jualan yg berpengkalan di Perancis.
Unit downstream diketuai oleh 'pakar luar negara' yg tamat pengajian universiti sekitar 40 tahun yg lalu. Pengalaman menyertai syarikat pengeluar besar dibeberapa negara, seperti Congo & Malawi. Yg menariknya ialah pengalaman semasa di Malaysia, 2001-2004 mengetuai sebuah gergasi perladangan, dan di hujungnya terjual kepada sykt perladangan lain. Kemudian bina sykt sendiri, dan berakhir dengan terjual sykt tersebut. Seterusnya dilantik ke jawatan ekskutif utama oleh FGV.

Penerokaan berani ini dibimbangi tidak berasaskan kajian terinci dari segi potensi pasaran, khususnya bila dilihat prestasi Q1 2012 jelas menguncup utk industri downstream ini. Melihat kepada penerokaan yg agak terbuka dibeberapa negara, dibimbangi ianya melibatkan sejumlah pelaburan yg cukup besar, berdasarkan andaian kewangan 2011.

Kesan sebenar akan dirasai, apabila kerajaan-kerajaan negeri mula menyemak status pajakan tanah kpd Felda, maka hasil yg terlalu bergantung kpd perladangan utk 2012 akan menjejaskan prestasi kewangan keseluruhan FGV secara drastik. Justeru, rakyat (khususnya peneroka) akan melihat wajah gambaran sebenar masa depan agensi perladangan kebanggaan negara menuju hari suram di bawah pentadbiran Najib-Isa.

Kita tidak mendoakan ianya sampai ke saat itu, namun perubahan harus segera ditangani oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebaik sahaja menerajui Putrajaya, demi masa depan lebih 100 ribu keluarga yg bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang dibawah naungan agensi perladangan kebangsaan.

Bursa Malaysia ; FGV

Sebelum cuti Aidilfitri, saham FGV try new low at RM5.02

The best high was first week at RM 5.50 (minggu penyenaraian)

Offer price RM4.55

Market price after eid, between RM5.05-5.03

Close on 22 August, at RM5.02

Pasaran 23 Ogos, 2012          Masih berlegar RM5.02 - 5.04

Today, 24 Ogos, rm5.01-5.04
5.01 is the lowest so far...

Pasara psykologi adalah 5.00, sekali menjunam...

Perhatikan pergerakan seterusnya...

Monday, 20 August 2012

Aidilfitri Meriah Dalam Kesederhanaan

Tiada tali yg paling erat selain Silaturrahim,
Tiada pintu yg paling kukuh selain pintu hati,
Tiada hutang yg paling berat selain hutang budi,
Tiada pemberian yg paling berharga selain memberi maaf,
Sempena Aidilfitri,
Kita eratkan silaturrahim, kita buka pintu hati,
Sambil mengenang budi & memberi kemaafan.

Rakyat berbilang kaum meraikan kehadiran Syawal dengan penuh keriangan. Rata-rata Rakyat, khususnya yg menyokong pakatan rakyat, meraikan aidilfitri secara Sebangsa Malaysia. Non muslim yg mendokong perjuangan perubahan secara terbuka ingin memahami intipati aidilfitri. Malah tidak kurang bilangan yg mengirim ucapan selamat, samada sms, twitter, dan fb menggunakan madah bukan sahaja berciri tradisi Melayu, malah Islamik.

Syabas pimpinan Pakatan Rakyat atas inisiatif & keberanian mengutarakan,
Sebangsa,  senegara,  sejiwa

Saturday, 18 August 2012

Eid Mubarak 1433 h

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Semoga diberkati kehidupan,
Menuntut Keadilan & Kebenaran,
Selamatkan Malaysia.

Terus beramal utk Reformasi,
Allahu Akhbar 3x

Wednesday, 15 August 2012

Siapa Kita Selepas Ramadhan Al-Mubarak 1433 ?

Selepas segala persiapan memasuki madrasah Ramadhan,
sejak syaaban @ rejab lagi, kini,
kita berada dihujung Ramadhan 1433, Bagaimana segala kebaikan, kebajikan, kerjasama, sikap pemurah, kuat ibadat, rajin baca quran, tolong sediakan makanan dan pelbagai lagi ??

Kita seharusnya mendoakan, agarALLAH memberikan kita kekuatan untuk meneruskan momentum Ramadhan, dikala syaitan mula terlepas dari belenggu sepanjang ramadhan.


Namun, harus diingat, usaha kearah kebaikan menjadi sukar pada hamba yang tidak bersyukur. Justeru, bersyukur dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan.


Hanya sedikit dari hamba Nya yang ingat untuk bersyukur.
Kenapa ??
Kerana masalah penilaian kehidupan mengikut kacamata insan yang kemampuannya terhad, namun masih sombong dan bongkak.



Manusia mudah lupa. Ingat pada yang hanya di depan mata. Kesilapan lampau mudah hilang dari ingatan, lalu terpukau dengan keindahan sementara yang terhidang didepan mata.
Sebab itu, RASUAH berleluasa, penyelewengan tiada penghujung, hasad dengki mengatasi rasional pemikiran, harta dikumpul tanpa punya had sempadan, fitnah semahu mungkin demi mempertahankan kuasa sementara.
Ingatlah dihujung dunia ada akhirat. Yang kita sangat perlukan adalah Kesejahteraan Dunia & Akhirat.

Mohonlah dari Allah Yang Maha Kuasa, dengan penuh harap serta rasa takut.


Ya Allah, tetapkan kami dalam keimanan....amin.



 

Salam Kemerdekaan & Selamat Hari Malaysia

Sempena 31 Ogos 2012
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan

dan Sempena 16 September 2012
Selamat Ulangtahun MALAYSIA

Bersama kita berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang subur dengan kebaikan dan keadilan, serta melahirkan sebuah negara yang BERSIH, INDAH, dan NYAMAN didiami oleh semua lapisan masyarakat, tanpa perkauman sempit yg selama ini ditaja oleh UMNO/BN.

Selamatkan Malaysia


Monday, 13 August 2012

Ceriakan Mereka Dengan Sinar Ramadhan

Saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yg telah menghulurkan kontribusi sempena program Sinar Ramadhan.
Semoga Allah membalas dgn ganjaran yg melimpah kepada Tuan dan Puan. Sumbangan saudara telah menceriakan hidup mereka. Terasa benar sinar ramadhan.

Jelajah dan temui mereka yg memerlukan. InsyaAllah dgn bersedeqah, rezeki akan bertambah



Ada banyak bagi cara banyak, ada sedikit pun tak dilupakan



Yang penting, semua boleh bergembira, merayakan kejayaan ramadhan


Fakir miskin perlu dikasihani, anak yatim perlun disantuni.