Saturday 27 July 2013

Isu Kantin Sementara Di 'shower room'

Perbincangan isu kantin sementara di SK Seri Pristana, menjadi diluar kawalan apabila media memainkan menyiarkan dan membincangkan isu tanpa mendapat sumber asli.
 
Keperihatinan ibu kepada pelajar terlibat dapat difahami. Namun yang tidak jelas kepada umum adalah samada Ibu tersebut membawa persoalan tersebut untuk dibincangkan dengan pihak pengurusan, khususnya Guru Besar. Persoalan juga timbul samada ibubapa terlibat turut menyertai PIBG yg dimaklumkan antara pembuat keputusan tentang pengubah-suaian kantin sediada serta urusan menyediakan kantin sementara.

Kesempatan bulan ramdhan diambil oleh pihak sekolah untuk baik-pulih kantin, berlaku di mana-mana sahaja. Cumanya, urusan penyedian kantin sementara bagi menampung sebilangan kecil pelajar yang tidak berpuasa biasanya perlu dibincangkan dengan PIBG. Malah sesetengah sekolah, PIBG antara pihak yang mengusahakan dana ubah-suai demi keselesaan anak-anak pelajar.

Dalam kes SK Seri Pristana ini, isu menjadi BESAR melalui tindakan MEDIA. sehingga Gurubesar diminta bercuti. Walhal, Gurubesar lah pihak yg berwajib yg sepatutnya menjawab dan menjelaskan keadaan sebenar. Tetapi, dalam kes ini, Gurubesar tanpa peluang membuat penjelasan telah menerima ugutan bunuh!
 
Yang peliknya, 2 orang Menteri yang mengetuai Kementerian ini masih membisu.
 
Timbalan Menteri, Kamalanathan telah melawat sekolah dan mengarahkan supaya kantin asal dibuka semula. Persoalannya, apa jadi kepada proses ubah-suai? apakah Kamalanathan mendapat pandangan Gurubesar dan PIBG? Apakah kantin sementara dibuka secara terdedah begitu sahaja sepanjang Ramadhan?
 
Difahamkan, SK Seri Pristana mempunyai sekitar 1,300 pelajar.

Memandangkan isu ini telah menjadi perhatian Kementerian, kita mohon sangat agar YB Menteri-Menteri segera kenal-pasti beberapa lagi sekolah yg menghadapi masalah yg sama, iaitu kantin yg tidak memadai dengan bilangan pelajar, serta keperluan kantin semaasa bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment