Tuesday 2 July 2013

Kematian Semasa Dalam Tahanan Polis Mengecewakan

Kejadian kes demi kes kematian OKT semasa dalam tahanan Polis amat mengecewakan.
 
Rakyat rasa keliru dan terkilan kerana ianya melibatkan kematian demi kematian yang tidak pernah nampak tanda penghujungnya.
 
Alasan mudah sentiasa diberikan oleh Pegawai atasan Polis setiap kematian berlaku dengan amaran keras kepada Rakyat agar jangan dipolitikkan kematian yang berlaku. Kononnya ini bukan kes kematian akibat kecuaian Polis. Namun, bila siasatan dijalankan, akhirnya, terbukti bahawa OKT yang asalnya sihat, tiba-tiba menjadi kritikal dan meninggal ketika masih dalam tahanan Polis.
 
Menteri KDN yang baru cuba menafikan, dengan mengatakan bahawa dari sejumlah lebih 200 kematian OKT, hanya 2 sahaja yang disebabkan oleh pegawai Polis.
 
 
 
Apakah jika benar hanya 2 ?
Apakah jika 2 dibolehkan ?
dimaafkan ?
 
Kredibiliti dan keyakinan Rakyat kepada pegawai keselamatan dan Polis tidak pernah meningkat sejak sekian lama, disebabkan kes-kes yang terus berlaku tanpa ada usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk menaikkan imej pasukan keselamatan.
 
Telah sampai masanya, rombakan besar-besaran bukan sahaja kepada perjawatan malah yang lebih penting, procesure perlaksanaankan tugas, agar dirasai bahawa tugasan yang dilaksanakan di bawah pemantauan. Malah bakal di audit.

No comments:

Post a Comment