Saturday 24 November 2012

PRU113 : Pandangan Prof Shamsul Amri

Jika PRU diadakan hari ini, BN dijangka mengekalkan 120 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat 70 dengan 24 lagi dianggap kawasan kelabu, kata Prof Shamsul Amri.

Jumlah kerusi parlimen di Malaysia ialah 222, dan PRU mesti diadakan sebelum Jun.
dr shamsul amriShamsul, (kiri) memberitahu Sinar Harian bahawa beliau
menjangkakan BN menang 120 kerusi dan mungkin lebih, cukup untuk mengekalkan pentadbiran dengan majoriti mudah sekurang-kurangnya 112 kerusi.

Shamsul, pengarah Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata analisis beliau berdasarkan kajian pada bulan September dan menjangka menjalankan satu lagi pada bulan depan untuk mengambilkira kesan pada bulan Okt dan Nov. hasil pembentangan bajet 2013.

Shamsul menjangkakan Bantuan Rakyat 1Malaysia dalam Bajet 2013 yang akan diagihkan pada Januari dan Februari, serta setengah bulan bonus untuk kakitangan awam, akan terus membantu meningkatkan peluang BN untuk menambah kerusi.

Landskap politik menuju perubahan?

Pada masa ini, BN mempunyai 137 kerusi, PKR (23), DAP (29), PAS (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (8) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (1).

Satu lagi kerusi kosong berikutan kematian MP Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali.

Mandat Parlimen tamat pada 28 April tahun depan dan selepas itu SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya yang dijangka paling sukar selepas prestasi buruk BN pada 2008 BN sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

NONEKetua parlimen DAP Lim Kit Siang (kanan) berkata pilihan raya umum
ke-13 boleh memihak kepada mana-mana parti yg bertanding.

Shamsul berkata gabungan Pakatan Rakyat percaya ia boleh memenangi 109 kerusi, tetapi belum cukup untuk membentuk kerajaan, yg memerlukan 112 kerusi untuk majoriti mudah.

No comments:

Post a Comment