Tuesday 6 November 2012

Melayu, Muslim, dan Melayu Muslim

Surah Al Baqarah, Ayat 256, Allah SWT berfirman;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
Tidak ada paksaaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebatilan

Ayat ini, memperlihatkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yg memaksa. Seseorang yg tidak beragama Islam, kita tidak boleh paksa mereka agar menerima Islam, tetapi tugas yg Allah berikan kepada kita adalah, berbincang, berwacana, menyeru dan mengajak mereka kepada islam dengan kebijaksanaan yg ada atas nama dakwah islamiyyah.

Sekiranya mereka menerima Islam, maka itu merupakan kejayaan yg gemilang. Adapun jika mereka tidak mahu menerima, maka ia merupakan ujian dari Allah, agar kita meningkatkan lagi usaha & kebijaksanaan dlm menerang & menyampaikan islam.

Perbincangan isu ini, yg pada asasnya merupakan pokok utama dalam Islam telah diputar-belit oleh musuh politik Keadilan, sehingga membawa kepada perbincangan di luar konteks asal.
 
Utusan Malaysia umpamanya, atas kejahilan dalam memahami konsep asas Islam, telah membicara ucapan Nurul Izzah di luar maksud asas ayat ini. Dengan sikap perkauman sempit Utusan, mereka menyamakan kebebasan beragama dengan definasi melayu Malaysia. Sedangkan mereka hanya perlu buka minda lebih sedikit, disamping mohon hidayah dari Allah SWT, akan dapat melihat keindahan Islam yang terbentang luas untuk semua ummat manusia tanpa sempadan bangsa dan keturunan.
 
Malah Islam tidak mengiktiraf keyakinan beragama semata-mata berteraskan keturunan, sebaliknya ianya mestilah bermula dari keyakinan kepada Islam dan menghayati konsep menyuluruh sehingga mampu menjadi rahmatan lil alamin. Keyakinan dan beramal dengan Islam mestilah berdasarkan pilihan.
 
Kita cukup kesal dengan sesetengah pihak yg gagal untuk memahami konsep asas ini, lalu menterjemah Islam mengikut budaya dan tradisi sempit lokaliti sendiri. Sepertimana MAIS yg membawa tafsiran kepada ucapan Nurul Izzah luar dari batasan kebebasan beragama. Malah MAIS juga gagal membezakan erti sebenar antara MELAYU dan MUSLIM, sehingga mengheret Istana Selangor untuk memberi kenyataan seolah-olah Nurul Izzah membenarkan murtad, dari kalangan Melayu Muslim.
 
Walhal, Melayu, Muslim, dan Melayu Muslim, adalah tiga (3) komponen yg berbeza.
 
Islam Itu Indah.  Islam Itu Sempurna.  Islam Itu Fitrah.
 
Ibadat Haji, himpunan tahunan di Mekah, Arafah, Muzdalifah, dan Mina, seharusnya menyedarkan kita bahawa Islam itu menyeluruh, terbuka untuk semua bangsa, dan dianuti oleh pelbagai keturunan yang berbeza bahasa pertuturannya. Malah tiada perbezaan tingkatan ketaqwaan dikalangan Muslim berdasarkan perbezaan bangsa, keturunan, dan bahasa pertuturan.


Berilah peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan mendalami konsep asas Islam, InsyaAllah ianya akan benar-benar membantu untuk menjalani kehidupan sebagai hambaNya yang diberkati.
 
Kenyataan wakil JATI dan MP Pasir Mas tentang Nurul Izzah dan tafsiran ucapan beliau menunjukkan kejahilan dan kegagalan mereka memahami konsep asas Islam.

Mereka mengikuti kupasan Prof Madya Dr Asri tentang konsep kebebasan beragama dan tafsir ayat 256 di atas dalam konsep Islam sejagat.
 
Marilah kita doakan agar mereka ini diberikan hidayah
untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran,
dan melihat kebathilan sebagai kebathilan,
supaya mereka mampu mengelak dari terus menjadi agen fitnah....amin.

No comments:

Post a Comment