Monday 5 November 2012

AES : ATES Sdn Bhd & Beta Tegap Sdn Bhd

Semakin dibincangkan perlaksanaan AES di Malaysia menunjukkan bahawa tempoh hayat politik Menteri Pengangkutan semakin menghampiri hujungnya.
 

Apa tidaknya, semakin dibongkarkan Nama syarikat yg diberikan kontrak, nama ahli lembaga Pengarah syarikat berkenaan, serta kaedah penswastaan yg dilaksanakan, semakin jelas kepada umum, bahawa AES dilaksanakan di Malaysia bukan bertujuan menangani kes kemalangan di jalanraya, sebaliknya mencari keuntungan dari kaedah menekan rakyat.

Syarikat yang diberikan hak kontrak untuk memasang AES di 831 lokasi :

ATES sdn Bhd, dan
Beta Tegap sdn bhd

> Mereka melabur diantara rm300juta - rm400 masing-masing.

> Akan dibayar RM16 bagi setiap saman yang dikutip dari 5 juta pertama.

> Akan diberi baki keuntungan 7.5% seterusnya.

> Ertinya, untuk mendapat semula pulangan RM700 juta, dalam tempoh 5 tahun,
    mereka mesti mengeluarkan sama sebanyak 2,720,000.

> Dari setiap 5 juta saman, mereka akan memperolehi RM80 juta masing-masing.

Untuk mencecah modal kembali RM700 juta, jumlah saman yang perlu dikeluarkan 13,600,000.

Jika mereka mensasar hanya RM100 juta dari pelaburan yang dikeluarkan, mereka perlu mengeluarkan saman sebanyak 18,200,200.
 
Bayang usaha yang dicurahkan untuk mencapai angka-angka yang disebut. Dimana akan ada nilai keselamatan jalanraya ? Dimana aspek berjiwa rakyat yang dinyatakan ? Yang jelas, sasaran kerja mesti sampai kepada jumlah saman yang dikeluarkan demi mencapai pulangan modal dari pelaburan.
 
Tak sanggup untuk dibayang angka saman yang perlu dicapai, sekiranya faktor peratus kadar bayaran saman diambil-kira.

SAY NO to AES
SAY NO to AES
SAY NO to AES

No comments:

Post a Comment