Thursday 7 February 2013

Selamat Datang PRU13

Bumi Kedah Jelapang Padi,
Hijau kuning seluruh negeri,
Mai buat PERUBAHAN total kali ini,
Selamatkan Malaysia demi ibu pertiwi.






Kuala Sin, Batu Belacan,
Taman Ria, Sg Lalang,
Jom bersama gerakkan PERUBAHAN,
Kedah Sejahtera Malaysiaku sayang.

Pemuda Siam kutip durian,
Remaja India siap pulutnya,
Bersama gerakkan agenda PERUBAHAN,
Selamatkan Malaysia menuju Putrajaya.

Anak Melayu memetik buah,
Gadis Cina menahan timba,
Demi Kedah bumi bertuah,
Teruskan PERUBAHAN untuk SEMUA.

Tanjung Dawai lautnya luas,
Bukit Selambau subur dan berkat,
Permuafakatan Keadilan, DAP dan PAS,
Bersatu menggalas Harapan Rakyat.

Paya Nahu rumahnya tinggi,
Penduduknya ranah berbudi pekerti,
Melayu Cina dan India duduk sekali,
Berpakat elok perintah negeri.

Tanah Licin ke Kuala Jerung,
Duriannya sedap terkenal sekali,
Pakatan Rakyat hadir nak tolong,
Jom sepakat Keadilan kita undi.


Bandar Baru terkenal sudah,
Permai dan Gemilang jirang tetangga,
Berpakat bersama majukan Kedah,
Tegakkan Keadilan untuk SEMUA.

Bn UMNO hancurkan Malaysia,
hutang bertimbun kemajuan caca merba,
Jom Kedah ke Putrajaya,
Undi Keadilan demi masa depan anak Malaysia.

Bandaraya Alor Setar indah tersusun,
Aman Central dan Kondo membelah udara,
Rakyat berbangga pembangunan kita pulun,
Kebajikan Rakyat tidak kita lupa.


Universiti Insaniah tersergam Indah,
Kuliah bermanfaat kepada siswa dan komuniti,
Jom pakat pertahankan Kedah,
Kerajaannya telus, rakyatnya berpuashati.





Pemandu teksi berbudi bahasa,
Gerai makan hidangannya berselera,
Pakatan Rakyat pilihan semua,
Selamatkan Malaysia pertahankan Kedah Sejahtera.

Sirih dijunjung si anak Melayu,
Pinang dibelah si anak india,
Berpakat Rakyat untuk bersatu,
Toalak RASUAH, negara SEJAHTERA.

No comments:

Post a Comment