Wednesday 6 February 2013

Keselamatan Di Jalanraya, Elak Kecelakaan

Musim cuti panjang, sempena Sambutan Tahun Baru Cina, CNY'13, akan menjadi pilihan warga Malaysia untuk kunjung-mengunjung dan ziarah menziarahi sesama keluarga, jiran, dan teman-teman.

Secara langsung, jumlah kenderaan yang akan berada di Jalanraya meningkat kepada 3 hingga 4 kali ganda dari waktu biasa. Justeru, kemungkinan untuk berlaku kecelakaan jalanraya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan perlu diberi perhatian.



Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Kedah turut perihatin dengan keadaan ini. Sebab itu, telah dilancarkan kempen kesedaran untuk mematuhi aturan jalanraya, sepanjang tempoh cuti musim perayaan telah dilancarkan pada 5 Feb 2013. Kempen MKJR adalah pelengkap kepada Ops Selamat yang dijalankan oleh Bahagian Trafik PDRM, JPJ, SPAD, serta beberapa agensi penguat-kuasa jalanraya untuk memastikan kadar kemalangan dapat diminimakan.


Kejayaan kempen kesedaran di Negeri Kedah, boleh dibanggakan. Meskipun pertambahan kenderaan yang didaftarkan di Kedah begitu meningkat tinggi, namun kadar kemalangan maut telah dapat dikurangkan sejak 4 tahun terakhir. Begitu juga dengan jumlah kamatian akibat kemalangan juga berkurangan dari segi jumlahnya, malah semakin rendah dari nilai index.

Kempen menyedarkan pengguna, khususnya penunggang motorsikal, kita memberikan tumpuan dari aspek pengawalan kenderaan secara FULL ALERT, agar kebarangkalian sesuatu keadaan yang tak terduga dapat dikenal-pasti dari awal.


Pengguna, khususnya motorsikal, juga diingatkan agar tidak mengambil mudah ketika berada di jalanraya, walaupun jalan bandaran, kerana kebanyakan kemalangan maut melibatkan motorsikal yang ditunggangi dalam kawasan kurang dari 2 km dari kediaman masing-masing.

Selain penunggang dan pemboncenga motorsikal, pengguna basikal dan pejalan kaki merupakan diantara mangsa teramai yang terlibat dengan kecelakaan di jalanraya, lebih-lebih kecelakaan maut.
 
Oleh itu, setelah berusaha menyedarkan masyarakat pengguna jalanraya supaya berhati-hati, terutama menggalak agar menggunakan kenderaan awam seperti bas dan teksi, jangan dilupakan DOA dan MUNAJAT kepada ALLAH Yang Menguasai Kehidupan.
 
Tiada daya upaya melainkan dengan keredhaan Yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment