Saturday 28 July 2012

Logo Kemerdekaan ke 55

Logo Kemerdekaan ke 55 Malaysia telah menjadi buah mulut semua Rakyat, ekoran kesombongan pimpinan negara yg diterajui UMNO/BN. Mereka sedang mentadbir negara dgn mengambil sikap bahawa hanya mereka yg serba tahu untuk menentukan apa yg perlu untuk negara.


Sebab itu. bila hampir kepada hari ulangtahun kemerdekaan negara, mereka menciplak moto pilihanraya UMNO menjadi logo hari kebangsaan.


Hampir semua lapisan masyarakat menyatakan sikap tidak berpuas hati, kerana UMNO seharusnya tahu membezakan diantara kepentingan UMNO dan hak milik Rakyat.



Bagi yg mengikuti perkembangan dari dekat, sejak 1 setengah dekad yg lalu, jelas melihat UMNO menggunakan kedudukan dlm kerajaan untuk kepentingan pimpinan utama negara, seperti dalam kes salah laku dan penganugerahan projek LRT Ampang, NFC, Pembelian Jet Sukhoi, Pembelian Kapal Selam Scorpene, dan sebagainya.


Nampaknya PM istiqamah dgn sikap 'no decision' dalam sebarang isu, termasuk isu logo hari kebangsaan. Akhirnya Rais yg berkeras pada awalnya, menukar logo dari Janji Ditepati kepada 1Malaysia.


Sebenarnya pemilihan logo Hari Kebangsaan Ke 55, melambangkan keadaan sebenar dalaman UMNO, iaitu mereka ketandusan idea untuk menjalankan urus-tadbir yg baik keatas Malaysia.


Yang jelas, mereka langsung tidak memahami isi hati Rakyat, yg mahu hari kebangsaan dirayakan sebagai detik penting, sukatan kemajuan, langkah kebanggaan, negara menuju masa depan yg lebih cemerlang.


Sikap PM, dan pimpinan negara yg diterajui UMNO dalam kes ini, menjadikan alasan lebih kuat kepada Rakyat seluruh warga Malaysia, untuk beralih, meletakkan Harapan kepada Pakatan Rakyat menerajui Malaysia menuju sinar yang lebih indah. SELAMATKAN MALAYSIA.

1 comment:

  1. DS Lajim dah anjurkan majlis penerangan di rumah beliau.

    ReplyDelete