Wednesday 25 July 2012

Sedeqah Sementara ADA

Sementara kita ADA : ada harta dan berada di atas muka bumi sebagai INSAN,
ambil kesempatan utk melaksanakan ibadat sedeqah sebanyak mungkin sehingga kita merasa berat utk melakukannya. Sekiranya RM10 masih terasa mudah, cuba RM50. dan terus mencuba sehingga terasa berat, barulah ianya sesuai dgn keberADAan anda di bulan Ramadhan ini.

Bagi yg masih mencari ruang dan tempat utk menunaikan ibadat sedeqah sepanjang Ramadhan ini, Keadilan Padang Terap sedia menjadi perantaraan anda utk menyampaikan kepada golongan-golongan yg kekurangan dari aspek ekonomi, khususnya untuk menggembirakan mereka di bulan Ramadhan yg penuh berkat ini. Lebih-lebih lagi dgn sumbangan anda, membantu mereka keluar dari kebuntuan untuk meraikan Syawal, bakal membolehkan mereka menikmati setiap detik Ramadhan tanpa buntu memikirkan hal pakaian dan makanan anak-anak mereka menjelang Syawal.
Sedeqah merupakan ibadah yg pertama ingin dilakukan oleh hamba-hamba yg menyesal ketika diakhirat, serta berazam utk bersedeqah seandai diberi peluang utk kembali ke dunia.
"Ya Allah, permudahkan kami utk mengeluarkan sebahagian dari kurniaan yg kami terima utk mereka yg memerlukan"...amin

No comments:

Post a Comment