Wednesday, 3 April 2013

Tawaran 10 Minit Untuk Manifesto Memalukan Demokrasi Malaysia

Parti Keadilan menolak tawaran masa media tidak ikhlas Umno
Parti Keadilan ingin menyatakan di sini pendirian menolak tawaran masa media sepuluh minit yang diberikan kepada kami oleh RTM.
Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi. Peranan media dalam sistem demokrasi ialah untuk memberi liputan dan laporan berita yang objektif, adil dan saksama. Adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan UMNO ke atas rakyat.
Tawaran masa media 10 minit ini adalah suatu penghinaan terhadap kepintaran rakyat.
YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, 2 April 2013

ROAD to PUTRAJAYA

Perjalanan Rakyat menuju ke Putrajaya diteruskan.

Selepas sekian masa menuntut perubahan, mengorak langkah menghimpun sokongan, menahan dari tekanan regim pemerintah,

kini,

Parlimen TERbubar,

Rakyat akan menentukan disaluran UNDI

InsyaAllah kejayaan perjuangan Rakyat akan berakar-umbikan 4+1 negeri Pakatan Rakyat, menuju kearah MALAYSIA BARU.

S E L A M A T K A N   M A L A Y S I A

PARLIMEN dah BUBAR, KAMI MAHU PRU BERSiH

YES, finally Najib Bubar Parlimen, today, 3-4-13 (403)

Namun, Rakyat menuntut agar PRU BERSiH dan ADIL.

Jangan cuba sebarang tipu helah..

Sunday, 10 March 2013

INSANIAH jadi sasaran Tanpa nilai KEINSANAN

Demi berselindung disebalik kegagalan BN semasa berkuasa di Kedah, serta menutup MALU yg BESAR di atas kejayaan PAKATAN RAKYAT memulihkan Institusi Pendidikan Tinggi Kerajaan Negeri, Pimpinan BN Pusat & Negeri akan mencari segala helah untuk mencerca dalam usaha mengecilkan kejayaan KUIN.


Berbekalkan media harian kawalan regim pemerintah federal, BN akan menggeledah segala aspek dan setiap inci pentadbiran KUIN, untuk mencari sebarang kemungkinan kekurangan yang boleh dieksploitasikan.

Usaha BN menjadi tidak begitu sukar bila ada pihak yang terBELI dan terPANCING dengan TEMA kononnya untuk masa depan INSANIAH, maka proses pemBERSIHan merupakan suatu tuntutan.
 
Sebenarnya, apa yg dicari oleh pimpinan BN pusat dan Negeri adalah talian hayat, untuk menyambung kerakusan dan keTAMAKan demi mengisi kantung yang semakin hari semakin kekeringan.
 
Jika bukan kerana keTAMAKan, masakan terdapat proksi dan agen mereka mencipta kekayaan yg luar biasa, dengan mengumpul purata RM500 juta setiap bulan bagi 12 bulan terakhir, seperti yg dikeluarkan senarainya oleh FORBES ? Malah terdapat HERO baru yg turut mencipta kekayaan purata RM30 juta untuk 12 bulan terakhir, melalui perdagangan arak di negara jiran serta monopoli kontrak hasil bumi negara.
 
Rakyat telah bersedia dengan media altenatif untuk mendapat perkembangan TERKINI yang SAHIH, berbanding cubaan regim pemerintah yg hanya berjaya menguasai minda kumpulan pembaca dan pengikut UTUSAN.
 
KUIN teruskan membina keINSANAN yang KAMIL.

Monday, 25 February 2013

Manifesto Bersama Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat, mencipta sejarah apabila mengeluarkan manifesto bersama bagi PRU13.

bertemakan
PAKATAN HARAPAN RAKYAT

manifesto mencakupi seluruh bidang yang sangat dinantikan Rakyat.

baca dan hadamkan terus dari
laman web
www.pakatanrakyat.my

Jelajah Merdeka Rakyat Kedah Tengah

Jelajah Merdeka Rakyat, 24 Feb 2013, bergerak sekitar Kedah Tengah menyampaikan mesej Pakatan Rakyat secara langsung kepada Rakyat.

Bermula dari DUN Tanjung Dawai jam 10pagi, menuju ke DUN Gurun jam 12 tengahari. Delegasi seterusnya berada di DUN Bukit Selambau jam 2 petang.

Jelajah diteruskan ke DUN Sidam jam 3 petang, disusuli dengan perhentian berikutnya di DUN Pantai Merdeka jam 6 petang.

DS Anwar menyampaikan kuliah magrib di Masjid Sg Layar Hujung, bersama Y.Bhg. Mej General (B) Datuk Najmi.

Kemuncak Jelajah adalah himpunan Rakyat, sekitar 15,000 di Dataran Pusat Kedah Agro, Parlimen Merbok.

Tuesday, 19 February 2013

KEKUATAN RAKYAT SEMAKIN MENYELURUH

Jika sebelum ini, Gerakan Rakyat yg diterajui Permuafakatan Rakyat, Keadilan-PAS-DAP, mendapat sokongan BERSiH, Anti LYNAS, GMI, TUNTuT ROYALTI, dan Oren ANAK,

Seterusnya, Gerakan Rakyat menuntut REFORMASI berkembang mendapat sokongan,
> Golongan Artis dan Seniman, seperti Insp Aliza ABBY, Leftenan Adnan Hairi, Dayangku Intan dan sebagainya.
> Pemimpin Kanan PDRM yang diketuai Datuk Fauzi Shaari.

Dan Kini,