Saturday, 17 November 2012

Serangan Ganas Keatas GAZA, pembuka 1434H

Sejak dari hari pertama Maal Hijrah 1434, Israel mengganas dengan menyerang menggunakan senjata pemusnah keatas Gaza. Sehingga hari ke4, dilaporkan serangan Israel telah mengorbankan 47 rakyat Gaza, termasuk 12 kanak-kanak.
 
Israel difahamkan membuat serangan untuk menguji sokongan OBAMA, Presiden USA penggal ke2 yang tidak menyokong Israel secara mutlak seperti ROMNEY. Ada kemungkinan Israel cuba menguji tindakan yang bakal diambil oleh OBAMA.



Israel juga dalam kebimbangan dengan kebangkitan di Negara-negara Arab. Lebih-lebih lagi Mesir yang terus-terang menyatakan sokongan kepada keadilan yang mesti diberikan kepada Palestin sebagai negara merdeka. Hajat Israel adalah untuk mengejutkan dan menakutkan Palestin dari turut bangkit melawan dan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel.

"Operation Pillar Of Defence" yang dilancarkan meletakkan sasaran untuk mematikan usaha militari Palestin kononnya untuk menghapuskan senjata merbahaya. Namun, umum mengetahui bahawa pilihanraya di Israel akan berlaku dalam tempoh 2 bulan lagi. Justeru, PM Benjamin Netanyahu dari parti LIKUD memerlukan alasan baru untuk membolehkan beliau dipilih semula sebagai PM. Hampir setiap kali menjelang pilihanraya Israel, PM yang agresif menyerang Palestin biasanya akan dikekalkan.

 
Hamas sebenarnya telah memilih perdamaian sejak menguasai Gaza, demi memberi ruang kepada pembangunan dan pembinaan semula Gaza. Namun, serangan Israel telah diterima sebagai cabaran untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, seterusnya peluang jihad dan syahid yang tunggu-tunggu oleh generasi muda Gaza.

Kita inginkan perdamaian, dan cintakan kesejahteraan. Dunia tidak tidak seharusnya berdiam melihat pertumpahan darah dan pembunuhan kejam yang dilancarkan oleh Israel. Seandainya kuasa besar tidak berani untuk berada ditengah dan menghentikan peperangan Israel-Palestin, paling tidaknya JANGAN SAMPAI MEMBELA ISRAEL.


Dunia sudah terlalu muak dan benci dengan sikap kuasa besar dunia yang sering kali membiar Israel mengganas di Pelastin, kemudian mula campur tangan dengan menyalahkan Palestin. Namun situasi dunia Arab pada ketika ini, berkemungkinan berlaku perubahan dalam usaha menangani konflik Israel-Palestin. Tidak akan semudah itu kuasa besar dunia untuk membela Israel.
 
 
Pejuang Kebenaran Palestin, cintakan perdamaian dan kesejahteraan,
namun sekiranya dizalimi dan dinafikan hak,
mereka lebih cintakan jihad dan syahid.
 

No comments:

Post a Comment