Wednesday, 14 November 2012

PRU13 Mungkin JUN 2013

PRU13 sentiasa menjadi soalan paling popular kepada teman-teman yang dianggap pimpinan politik dari kalangan warga Malaysia (FQA no.1).


Jawapan setiap daripada kita, boleh dikatakan betul semuanya melainkan setelah tibanya tarikh yang dijangkakan. Bagi yang membuat telahan bahawa ianya akan berlaku pada 11-11-12, kini telah meleset. Bagi yang menjangkakan ianya akan berlaku pada 12-12-12, masih boleh diterima pakai, tetapi hampir pasti juga tidak tepat kerana tempoh pembubaran, writ pilihanraya, penamaan calon, tempoh kempen, dan hari mengundi tidak memungkinkan ianya berlaku.

Apakah ianya akan diadakan pada akhirrrrr 2012 ? masih berkemungkinan, tetapi sangat tipissss kerana suasana percutian akhir tahun yang menjadikan pemilih tarikh tersebut bukan sahaja tidak diminati, malah dibenci oleh kebanyakan.

Bagaimana dengan Januari 2013 ? permulaan baru, dan kesegaran minda berfikir ? agak mustahil kerana Januari adalah bulan yang kebanyakan keluarga mengeluarkan paling banyak perbelanjaan, malah Januari merupakan bulan yang paling sedikit simpanan. Jika ingin mengambil kesempatan Januari, pemerintah perlu menggembirakan keluarga Malaysia dengan pengumuman turun harga petrol ! turun TOL ! hapus segala bayaran pendaftaran persekolahan ! malah mungkin perlu bagi beg dan kasut sekolah (selain beberapa buah basikal kepada pelajar sekolah rendah). Tidak mustahil Najib mengambil pendekatan ini, jika itu merupakan faktor utama dan mampu buat rakyat berubah fikir kepada kebajikan BN. Namun ianya sangat tipisss untuk berlaku.


Bagaimana dengan Februari 2013 ? kesan Januari masih terasa. Namun faktor paling besar adalah sambutan Tahun Baru Cina. BN tak akan mengambil risiko kehilangan terus sokongan sebahagian kecil pengundi cina, dengan membubarkan parlimen ketika masyarakat tionghwa sedang meraikan hari besar mereka. Kehadiran tahun baru cina sangat dinantikan masyarakat tionghwa, malah merupakan tempoh yang dilupakan urusan perniagaan dan perdagangan.

MAC 2013 ? itulah tarikh yang menjadi telahan ramai. Kebanyakan akan memilih MAC 2013 sebagai tarikh keramat PRU13. Ini disebabkan MAC 2013 adakah tarikh terakhir yang memberikan peluang kepada Najib selaku PM Malaysia untuk membubarkan Parlimen menggunakan kuasa PM. Paling tidaknya, pembubaran pada MAC 2013 menunjukkan Najib mempunyai sedikit keberanian untuk buat keputusan, walaupun ianya berada sisa yang paling kecil. Malah pemilihan MAC 2013 akan menjadikan Najib sebagai PM yang paling takut dalam sejarah untuk membubarkan Parlimen. Namun, harus diingat, beberapa negeri, khususnya yang diurus-tadbir oleh Pakatan Rakyat masih punya masa sekitar 3 bulan sebelum ianya terbubar dengan sendiri. Justeru, jika Najib menginginkan PRU13 diadakan serentak untuk Parlimen dan semua negeri (kecuali Sarawak) secara paksa, maka beliau harus tunggu semua DUN terbubar menjelang akhir Mei 2013.

Sebab itu, beberapa pemikir yang sempat diadakan perbincangan bebas, menjangkakan PRU13 hanya akan diadakan pada
JUN 2013 !

No comments:

Post a Comment