Sunday, 25 November 2012

Mesyuarat Rakyat Bantah LYNAS

Mesyuarat Rakyat (MR) aktivis Himpunan Hijau meluluskan tiga (3) resolusi :
<1> Mendesak kerajaan supaya membatalkan segera projek loji nadir bumi Lynas.
NONE(Resolusi berkenaan dibacakan seorang akvitis, Zamri Zanal (kiri) dalam mesyuarat yang bermula pada kira-kira jam 9.15 pagi ini.)

<2> menuntut pemberhentian atau penilaian semula terhadap segala projek yg didakwa memudaratkan, termasuk lombong di Bukit Koman, kabel bervoltan tinggi di Rawang, Rapid di Johor dan rampasan tanah orang asal.Antara desakan yang terkandung di bawah resolusi kedua itu ialah:
  • Wajib melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa yang terbabit dalam segala hal alam sekitar dan segala projek pembangunan yang berkemungkinan mengancam kepentingan masyarakat setempat.
  • Ketelusan dalam segala prosedur dan pendedahan maklumat kepada masyarakat di mana hak setiap rakyat untuk mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang semua hal alam sekitar serta segala rancangan pembangunan dan aktiviti yang mungkin memberikan kesan negatif.
  • Pencegahan pencemaran alam sekitar dan tidak membenarkan projek yang meninggalkan bahan-bahan radioaktif, bertoksik atau yang merbahaya di dalam negara.
<3> Mendesak segala rancangan pembangunan dengan mapan, dan sejajar dengan prinsip-prinsip piagam bumi.

No comments:

Post a Comment