Monday, 26 November 2012

Pindaan Standing Order 36(4) Parlimen

Parlimen Malaysia membuat pindaan kepada Peraturan Mesyuarat @ Standing Order 36(4) bagi meliputi larangan keatas penggunaan perkataan yang dianggap seksis.

Semua ini angkara terdapat beberapa MP yang kurang bertanggung-jawab dalam perbahasan, serta kurang sensitif kepada keadaan apabila kerap menggunakan perkataan sindiran kepada MP wanita semasa perbahasan.

Sebagai contoh MP Kinabatangan yg menggunakan perkataan 'bocor' semasa berbahas dengan MP Batu Gajah pada 2007. Kemudian pada Mac 2011, sekali lagi menyalahkan pemandu wanita atas kemalangan di jalan raya.
Beliau menyalahkan keadaan, iaitu ucapan provokatif sebagai punca kepada terlajak. Namun, sukar bagi rakyat untuk menerima sebarang alasan, lebih-lebih provokatif, kerana tanggungjawab anggota parlimen untuk berbahas dalam mencari yang terbaik untuk kepentingan umum. Bukan bergaduh.

Pindaan ini akan mengikis kepercayaan rakyat kepada wakil yang dipilih. Seolah-olah anggota perlimen memerlukan peraturan yang cukup ketat untuk menjada etika semasa mengeluar pendapat dalam semua hal yang diperbincangkan. Sedangkan Parlimen adalah tempat mulia dan bebas untuk menyatakan pandangan demi kesejahteraan perjalanan kerajaan.

Cadangan MP Puchong supaya melantik Speaker dari kalangan wanita yang diyakini lebih memahami jiwa dan perasaan wanita yang terguris semasa perbahasan juga dirasakan tidak mampu menyelesaikan masalah seksis. Ianya akan menampak seolah-olah masalah kurang sensitiviti dikalangan MP lebih ketara.

Pindaan ini memberika kuasa mutlak kepada Speaker untuk menentukan samada sebutan sesuatu perkataan itu merupakan seksis atau pun tidak.

Adalah dijangkakan selepas ini perlu dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia, senarai perkataan yang tidak bolehkan digunakan, dan senarai tersebut akan terus ditambah dari semasa ke semasa.

Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment