>Najib pula menyatakan bahawa negara akan hilang kedaulatan selepas 3 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Putrajaya.
>Muhyidin mengingatkan tentang kacau bilau yang akan timbul jika BN kalah kepada Pakatan Rakyat pada PRU13.
>Shahrizat memberi amaran bahawa May 13 mungkin berulang sekiranya BN tewas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Semua ini kenyataan yg tidak matang demokrasi dari pemimpin yg berkuasa melalui jalan tidak benar, serta menggunakan kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga.
Mereka alpa bahawa rakyat yang telah matang dengan demokrasi dan kebebasan bersuara, yakin dengan perjuangan untuk tegakkan kebenaran dan keadilan.
Rakyat negara ini telah bersikap toleransi dan menerima segala ketentuan pemerintah selama ini dengan harapan untuk memberi peluang kepada Kerajaan BN menunjukkan kemampuan mengurus tadbir tanahair. Tapi, ternyata harapan setinggi gunung dileraikan dengan penyelewengan dan penindasan yang tidak berkesudahan.
Yang jelas, bukannya demokrasi dan kebebasan bersuara yg merosakkan negara, sebaliknya Malaysia menerima nasib seperti pada hari ini adalah akibat RASUAH dan KEBEBASAN MENGGUNAKAN KUASA oleh regim pemerintah.
Malah, rakyat tidak lagi boleh menerima kestabilan semata-mata dalam keadaan Malaysia diruntuhkan oleh korupsi. Akhirnya akan mengakibatkan kehancuran yang tidak mampu lagi dikawal.
Rakyat perlukan negara yang aman dan stabil, dalam keadaan pengurusannya bertanggungjawab, transparen, dan bebas dari rasuah.
Rakyat memilih untuk demontrasi jalanan, sebagai tunjuk perasaan aman sejak akhir-akhir ini, disebabkan atas jawapan yang sangat difahami oleh Tun Dr M dan regim pemerintah semasa. Sedangkan kerajaan cuba mengaku sebagai pengamal demokrasi terbaik dalam dunia.
Kenapa regim pemerintah dibawah nasihat dan telunjuk Tun Dr M mahukan demokrasi terpimpin ala-Malaysia ? kerana mereka sangat maklum dengan situasi semasa bahawa tiada jalan untuk mempertahankan pemerintahan, melainkan menggunakan pelbagai helah berdasarkan kawalan sistem pilihanraya. Sebab itu, Pakatan Rakyat mendedahkan beberapa kemungkinan yang bakal digunakan BN, seperti pengundi hantu, pendatang asing yg diberikan MyKad, dan manipulasi undi pos. Serta menimbulkan isu perkauman sempit yang disensasikan.
Tuntutan BERSIH diketepikan, sebaliknya melabelkan BERSIH dengan imej kurang menyenangkan.
Sesuatu yg sangat sukar untuk difikirkan bahawa BN boleh tewas dalam Pilihanraya di Malaysia. Namun sesuatu yang sukar dipercayai sedang berlaku, iaitu Malaysia sebagai negara demokrasi moden dikendalikan secara KORPORAT, walaupun dilantik oleh Rakyat, tetapi bebas untuk merompak harta negara.
Kerosakan yg sedang ditanggung oleh Malaysia telah terlalu parah.
Tidak mungkin dapat diharapkan regim yang mengaku 'syaitan dikenali'
untuk melakukan perubahan.
Pakatan Rakyat mesti tampil dan
diberikan tanggungjawab untuk membetulkan kembali tanahair
DEMI RAKYAT.
No comments:
Post a Comment