Monday, 3 September 2012

Teka Teki Tarikh PRU13 Muncul Kembali

Teka teki mengenai tarikh PRU13 kembali mendapat tempat, melihat kepada rekod PRU lalu hanya sekali pada November. Tetapi jika dinilai pada tahap gerakan Najib, ada kemungkinan. (Najib, bukan BN)

November menjadi pilihan ketika ini, mengambil faktor musim cuti, serta baki penggal ke12 yang kurang dari 6 bulan.

Itupun jika semangat yg dimiliki oleh Najib-Rosmah bergabung dgn ketua-ketua lama mereka. Kemudian dicampur dengan Perkasa dan ngo rekaan Umno, serta dokongan kuat badan-badan yang bersedia untuk ditunggang oleh Umno.

Banyak pihak yang meramalkan ia boleh berlaku November ini. Namun sebahagian besar meraguinya kerana iklim politik masih tidak memihak kepada Umno. Janji Ditepati diragui oleh hampir semua warganegara.

@ Umno tengah celaru, sekejap kata Malaysia Negara Islam, sekejap tolak hudud, sekejap mengaku syaitan, macam biskut.
@ tazkeerah di masjid dihalang & diganggu oleh Perkasa=Umno
@ tahanan ISA masih di kem tahanan kamunting. Mansuh ISA?
@ masyarakat India masih menuntut penyelesaian isu IC merah kepada anak Malaysia yg lahir selepas merdeka
@ masyarakat Sabah & Sarawak masih meragui kesudahan rundingan royalti minyak & RCI

Pertembungan langsung di antara dua bentuk kepimpinan yang ditawarkan kepada Rakyat Malaysia.

Harapan Rakyat untuk melihat Perubahan, dan masa depan Malaysia yang lebih gemilang dibawah pentadbiran yang mengamalkan konsep meRakyatkan ekonomi.

PRU12  2008  Mac  8
PRU11  2004  Mac  21
PRU10  1999  Nov  29
PRU09  1995  April  25
PRU08  1990  Oktober 21
PRU07  1986  Ogos  3
PRU06  1982  April 22
PRU05  1978  Julai  8
PRU04  1974  Ogos 24
PRU03  1969  Mei  10
PRU02  1964  April 25
PRU01  1959  Ogos 19

1 comment: