Saturday, 8 September 2012

Apakah Malaysia Amalkan Triple Standard ?

Perkembangan undang-undang di Malaysia semakin menarik perhatian kebelakangan ini. Bukan kerana perkembangan positif, sebaliknya perkembangan yang menjadi kisah lawak yang menarik.


Soal kes-kes yang melibatkan Anwar, semua dah tahu bahawa, arahan atas menghendaki supaya diusahakan agar Anwar dituduh bersalah sejak dari permulaan pendakwaan lagi, jika perlu pinda pertuduhan, dipersilakan. Jika dihukum, tempohnya hanya bermula dari hari keputusan mahkamah, tahanan sebelumnya tidak akan diambil-kira (kes sep 20, 1998 hingga Apr 14,1999).

Namun perlanggaran hukum, dari segi prinsip dan perlaksanaan telah menjalar kepada hampir semua rakyat yang menolak UMNO/BN terang-terangan.
 
Jangan kita salahkan keadaan jika ada individu yang melakukan jenaka kepada gambar pimpinan negara, kerana perlaksanaan hukum yang berada ditangan pemerintah dilihat lemah dan berbeda standard bila perlanggaran dilakukan keatas pemimpin negara dari kalangan Pakatan Rakyat.


Lihat sahaja persendaan yang dilakukan keatas Ketua Menteri Pulau Pinang, gambar beliau dikoyak dan dibakar di khalayak ramai.

Gambar pengerusi Majlis Peguam, Puan Ambiga, dipersenda, malah diadakan senaman punggung di hadapan kediaman beliau.

Begitu juga dengan gambar Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, ada ketika dikoyak, malah dikencing. Dan beberapa lagi pemimpin negara dan negeri dari kalangan Pakatan Rakyat. Belum kita dengar sebarang tindakan diambil bagi tujuan menguatkuasa dan melarang dari terus berlaku.

 
Sebarang khabar juga belum kita dapat tentang Bas Jelajah Merdeka Rakyat, yang dibaling batu dan disimbah cat merah di Kota Bharu. Begitu juga dengan gangguan dan serangan pelampau semasa tazkirah Anwar di Masjid Seberang Pumpong. Bukan sahaja buat bising menggunakan pembesar suara, mengganggu bekalan elektrik, malah membaling kasut ke dalam masjid.
 
 
 
 
Apakah ini manifestasi dari sikap pemerintah yang selalu menyebut bahawa rakyat Malaysia minda kelas ke 3. Maka undang-undang juga ada perbezaan dan pendekatan ??

No comments:

Post a Comment