DEKLARASI PERMATANG PAUH
Menyedari gesaan Al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan ISLAH sekuat daya kami'
Dan berilhamkan tradisi budaya budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan
menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula ;
Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk MELANCARKAN GERAKAN REFORMASI yang menyeluruh :
GERAKAN REFORMASI yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil.
GERAKAN REFORMASI untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin, membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah ;
GERAKAN REFORMASI untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokarasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

GERAKAN FEFORMASI untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;
GERAKAN REFORMASI untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;
GERAKAN REFORMASI untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;
GERAKAN REFORMASI untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalinkan persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mngikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.
Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.
Permatang Pauh. 12 September 1998.
No comments:
Post a Comment