Anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel berkata Suaram bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu memandangkan menteri perdagangan dalam negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa NGO berkenaan mungkin boleh dituduh atas beberapa dakwaan.
Suaram sedang menerima balasan akibat dari tindakan mereka yang membuat aduan di Perancis berkaitan Pembelian 2 scorpene.
Suaram pada mulanya dituduh menerima dana dari luar negara. Dihebohkan seolah-olah suatu kesalahan besar bila NGO menerima dana dari luar.
Siasatan ala serbuan dilakukan oleh 5 Agensi. Selain SSM, ianya turut melibatkan Bank Negara, Polis Diraja Malaysia, dan SKMM.
Yang anehnya, sidang akhbar untuk caj Suaram di Mahkamah dbuat oleh Menteri, semasa wakil Suaram masih dalam siasatan pihak SSM. Suaram @ Suara Inisiatif, diwakili oleh Pengarah Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Guan, Pengarah Ekskutif Suaram E Nalini dan Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Diane Savari.
Tindakan menyerbu, menyiasat dan kemungkinan caj mahkamah ke atas Suaram telah meningkatkan simpati yang lebih besar dari 138 NGO tempatan, dan 56 NGO serantau.
Suaram mendapat perhatian atas usaha inisiatif mereka dalam siasatan oleh Mahkamah Perancis berkaitan kemungkinan berlaku korupsi dalam pembelian 2 kapalselam Scorpene yang punya kaitan langsung dengan PM Najib dana kematian Altantuya.
Suaram tetap bertegas, bahawa kes yang sedang berjalan di Perancis tidak akan terganggu walaupun kemungkinan badan tersebut diisytiharkan haram oleh Kerajaan Malaysia.
Dunia sedang perhatikan proses reputnya sistem demokrasi di Malaysia, bila pihak yang bangkit menyatakan kebenaran dengan membongkar salah-laku diambil tindakan mahkamah. Sebelum Suaram, ianya melibatkan Rafizi dan Bank Negara.
Jika tindakan undang-undang terus diambil keatas pemberi maklumat seperti kes Rafizi dan Suaram, suasana demokrasi Malaysia dijangka akan terus suram.
Janji Demokrasi * Sebangsa, Sengara, Sejiwa
Bersama Tegakkan Kebenaran dan Keadilan
No comments:
Post a Comment