Tuesday, 30 October 2012

Wahai Pemuda Kekuatan Mesti Diimbangi Dengan Kemampuan

Tazkeerah Oleh Dr Yusof Al-Qardhawi kepada angkatan muda, untuk mengimbangi kekuatan dengan kemampuan, agar lebih efektif dan efisyen.

 1 : HORMATI KEPAKARAN SESEORANG

Setiap ilmu ada ahlinya & setiap kepandaian ada orangnya. Sesungguhnya Al Qur’an dan As Sunnah mengajar kita supaya merujuk kepada pakar & ahli setiap bidang dalam perkara2 yg tidak kita ketahui.
Firman Allah swt :

“Maka bertanyalah kamu kepada ...ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.” (Anbiya:7)

Dalam sirah telah berlaku peristiwa di mana seorang sahabat yg meninggal dunia akibat dari mandi junub dalam keadaan luka. Apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan Rasulullah saw, baginda bersabda :

"Mereka membunuhnya, Allah membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya sekiranya mereka tidak tahu? Sesungguhnya penawar bagi kelemahan itu ialah bertanya."

 2 : AMBIL ILMU DARI ORANG YG WARA’ DAN SEDERHANA

Apabila tiap2 ilmu itu ada ahlinya, maka pemuda perlu mengambil ilmu syar'ie dari ulama’ yg thiqah, iaitu yg berhimpun pada mereka keluasan ilmu, wara’ & sederhana.

Tidak akan diterima ilmu dari seorang alim selagi ia tidak mengamalkan ilmunya. Inilah yg diistilahkan dengan wara’. Asasnya ialah takut kepada Allah yg merupakan buah ilmu yg benar, sebagaimana firman Allah swt yg bermaksud:

"Sesungguhnya yg takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama’." (QS Faatir : 28)

 3 : PERMUDAHKAN DAN JANGAN MENYUSAHKAN

Apabila berhadapan dan berurusan dengan orang awam, pemuda2 hendaklah memudahkan dan menghindarkan diri daripada keterlaluan dan keras.

Islam menganjurkan seseorang mengambil pendapat yang lebih 'azimah dan selamat dalam masalah2 tertentu.

Namun, jika meninggalkan rukhsah dalam semua perkara, maka jadilah agama ini hanya himpunan pendapat2 yg ‘azimah yg menggambarkan kesempitan & kesukaran.
Padahal Allah swt menghendaki kelapangan dan kemudahan bagi hambanya.
 
"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesempitan bagimu."  (QS Al Baqarah : 185)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa seorang Arab Badwi telah kencing dalam masjid, lantas orang ramai bangun hendak memukulnya, tetapi Nabi saw bersabda:

"Biarkan dia dan tuangkan oleh kamu ke atas kencingnya satu timba air, kerana kamu diutus adalah untuk memudahkan bukan untuk menyukarkan." (HR Bukhari)

Tatkala Muaz memanjangkan bacaan sembahyang bersama umat Islam, Nabi saw bersabda kepadanya :

"Adakah engkau hendak membuat fitnah wahai Muaz? Diulang2nya 3 kali."

Mengambil 'azimah bagi keseluruhan manusia akan memberatkan mereka dan menimbulkan fitnah tapi bagi amal individu, adalah harus baginya untuk mengambil 'azimah bagi tujuan sempurna dan berhati-hati sebaliknya bagi masyarakat awam tidak harus baginya semata-mata untuk mengelakkan mereka dari lari dari agama Allah.

Saranan Nabi saw dalam hadis yang bermaksud :

"Apabila solat salah seorang kamu bersama orang ramai, maka hendaklah ia meringankannya, kerana di antara mereka itu ada orang lemah, orang sakit dan orang tua, dan apabila salah seorang kamu solat untuk dirinya, maka hendaklah ia memanjangkannya mengikut kemahuannya." (Hadis Muttafaqun 'alaihi)

 4 : MENYERU MANUSIA DENGAN BIJAKSANA DAN BAIK

 "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik & berbincanglah dengan mereka dengan cara yg lebih baik." (QS Ah Nahl : 125)

Pendakwah yg bijaksana akan menyampaikan dakwah kepada orang lain dengan cara yg lemah lembut dan kata2 yg paling manis dengan tidak mencuaikan sedikitpun isi kandungannya.

Seorang lelaki telah menggesa Khalifah Al Makmum (Abbasiah) supaya melakukan amar makruf dan nahi mungkar dengan menggunakan tutur kata yang kesat dan kasar.

Khalifah Al Makmum telah menegur lelaki tersebut :

“Wahai saudara, berlemah-lembutlah kerana Allah telah mengutus orang lebih baik dari engkau kepada orang yang lebih buruk dari saya dan Allah menyuruhnya dengan lemah lembut.

Allah telah mengutus Musa dan Harun di mana keduanya lebih baik dari engkau kepada Fir'aun yang lebih buruk daripada saya, dan menasihatkan keduanya dengan firmanNya yang bermaksud”:

"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melewati batas. Maka berbicaralah kamu berdua, kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (QS Thaha : 42-43)

Peranan pemuda dirasakan penting kerana mereka mempunyai beberapa potensi spt :

 <1>      Membangkitkan ‘himmah’ di dalam menimbulkan persoalan.
 <2>      Memindahkan generasi.
 <3>      Menukar generasi.
 <4>      Memperbaharui maknawiah umat.
 <5>      Unsur perubah.

Namun, kita perlu membekalkan pemuda agar potensinya berkembang melalui beberapa 3 perkara:

> Tarbiyah secara fitrah.
> Hikmah dan ilmu.
> Pembentukan keperibadian kepimpinan dan pengikut.


Dengan bekalan-bekalan di atas, maka akan wujudlah pemuda-pemuda yang bergerak. Risalah Islam atau apapun bentuk seruan ke arah perubahan hanya dapat dilaksanakan oleh para pemuda.

Sepanjang perjalanan sejarah manusia dari Nabi Adam as hingga kepada Nabi Muhammad saw & diteruskan hingga ke zaman kini membuktikan bahwa perubahan2 sentiasa dipelopori oleh para pemuda. Pemuda yg berpotensi di masa sekarang ini adalah mereka yang bergelar pelajar atau mahasiswa.

Dakwah Islam, sejak zaman Nabi saw lagi ianya dipelopori oleh para pemuda seperti Ali bin Abi Talib, Mushab bin Umair, Usamah bin Zaid dan sebagainya.

Pelajar atau mahasiswa merupakan nyawa gerakan pemuda dan masyarakat.

Kehadiran pemuda sangat dialu-alukan bagi membawa suatu perubahan dan pembaharuan. Usaha reformasi di segala bidang juga menjadi salah satu seruan pemuda dalam pembentukan masyarakat madani.

Perubahan yang dibawa oleh pemuda ini tidak mungkin dapat dibawa oleh orang tua @ anak2 sehingga potensi yg dimiliki oleh pemuda mampu membawa kepada kejayaan.

PERTAMA
MEMBANGKITKAN HIMMAH DALAM MENIMBULKAN PERSOALAN

Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan nabi-nabi lainnya yang masih pemuda seringkali memberikan persoalan dan kritikan kepada apa shj yg berlaku di sekitarnya.

Para pemuda kerap menimbulkan pertanyaan terhadap perkara-perkara yang :

1. Tidak betul.
2. Tidak benar.
3. Tidak adil.

Keadaan yang tidak sesuai ini biasanya dijadikan sebagai suatu tempat kritikan atau persoalan pemuda.

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu sungguh-sungguh memujanya?” (Anbiya’ : 52)

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dalam keadaan takut kepada Fir’aun dan ketua-ketua kaum mereka menyiksa mereka; kerana sesungguhnya Fir’aun bermaharajalela di muka bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. Dan Nabi Musa berkata (kepada kaumnya): “Wahai kaumku! Kalau kamu sungguh-sungguh beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika kamu benar-benar orang Islam.” (QS Yunus : 83 – 84)

Potensi membangkitkan suatu persoalan ini adalah ciri pertama kenapa pemuda ini dapat melakukan perubahan.

Pemuda tidak akan senang dengan sesuatu yang sudah dicapainya. Pemuda juga tidak dapat tenang melihat ketidakadilan.

Peranan pemuda ini sangat penting, lebih khususnya dalam membentuk budaya dan arus perdana di kampus dan juga dalam masyarakat.

KEDUA
GENERASI PENERUS

Generasi tua atau generasi pemegang kepimpinan samada dalam suatu pemerintahan, dakwah atau masyarakat tentunya akan semakin tua dan meninggal dunia.

Keadaan demikian memerlukan adanya generasi penerus yg menggantikan peranan pemimpin sebelumnya. Keadaan ini adalah suatu yg logik.

Namun, siapakah penggantinya?          Jawabannya adalah pemuda.

Kepimpinan, pemerintahan dan sebagainya perlu diteruskan kepada generasi berikutnya.

Generasi ibu bapa perlu digantikan oleh generasi anaknya, begitulah seterusnya diganti pula oleh generasi cucunya. Di tengah masyarakat dan dalam organisasipun berlaku sedemikian rupa, iaitu perubahan pimpinan kepada generasi seterusnya yang masih bergelar pemuda.

Dan orang-orang yg beriman yg dibawa oleh zuriat keturunannya dalam keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap manusia terikat dgn amal yg dikerjakannya.” (At Thur : 21)

Dan juga mereka (yang diridhai Allah itu ialah orang-orang) yg berdoa dengan berkata:”Wahai Tuhan kami, berilah kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; (generasi pengganti) perkara-perkara yg menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertaqwa.” (QS Al Furqan : 74)

KETIGA
GENERASI PENGGANTI

Memindahkan generasi bererti menggantikan pemimpin sebelumnya dengan meneruskan semua program-program yg telah dirancang sebelumnya.

Manakala menukar generasi pula disebabkan generasi sebelumnya tidak baik atau kurang berjaya sehingga diperlukan penukaran generasi kepada generasi yg baru.

Allah swt menyebutkan bahwa orang yg tidak beriman ini akan digantikan oleh orang yg beriman.

Begitu juga yg berlaku dalam negara atau suatu pemerintahan di mana pemerintah yg tidak berlaku adil, jujur dan amanah maka kepimpinan sebelumnya perlu diganti oleh kepimpinan baru.

Wahai orang2 yg beriman! Barangsiapa di antara kamu yg murtad dari agamamu, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yg Allah sayang kepada mereka dan mereka sayang kepada Allah; bersifat lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang2 kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap celaan orang2 yg suka mencela. Yg demikian itu ialah kurniaan dari Allah kepada siapa sahaja yg dikehendakiNya; sesungguhnya Allah maha luas kurniaNya lagi maha mengetahui.” (Al Maaidah : 54)

KEEMPAT
MEMPERBAHARUI MAKNAWIYAH UMAT

Siapakah yang dapat bergerak untuk memperbaharui maknawiyah umat?

Jawabannya adalah pemuda.

Pemuda dengan potensi yang dimiliki, semangat yang berkobar-kobar, jasad yang kuat, pemikiran yang cerdas dapat memperbaharui maknawiyah umat.

Usaha pembaharuan ini adalah dengan memberikan dakwah, tarbiyah dan jihad. Usaha-usaha pemuda yang sedemikian dapat memperbaharui maknawiyah umat.

Orang tua tidak akan mungkin dapat melaksanakan peranan ini begitu juga para anak-anak tidak dapat berperanan secara berkesan. Hanya pemuda yg dapat menjalankan peranan perubahan ini.

Dan Nabi mereka berkata kepada mereka:”Sesungguhnya Allah telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab:”Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kekuasaan itu daripadanya, dan ia tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:”Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Thalut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan ilmu pengetahuan dan kekuatan fizikal”. Dan (ingatlah), Allah juga yang memberikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (Al Baqarah : 247)

KELIMA
UNSUR PERUBAH

Pemuda dengan potensi yg dimilikinya juga mempunyai unsur perubah kepada :

a. Ketidakadilan.
b. Kejahiliyahan.
c. Kesesatan.
d. Kemusyrikan.

Pemuda dgn unsur perubahnya dapat menjalankan peranan tersebut secara baik & berkesan.

Di zaman Nabi saw, para pemudalah yang merubah :

1. Jahiliyah kepada Islamiyah.
2. Kemusyrikan kepada tauhid.
3. Kebatilan kepada Al-Haq.
4. Sekular kepada Islam.

Unsur perubah yang paling berpotensi adalah pemuda yang sedar, berpengetahuan dan mempunyai fikrah Islam yang mantap. Ciri-ciri seperti ini dapat diperolehi melalui usaha belajar dan menuntut ilmu.

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu pemuda2 yg beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan mereka dengan petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yg menciptakan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak akan menyembah Tuhan yg lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya maka kami mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (QS Al Kahfi : 13 – 14)

BEKALAN-BEKALAN

Agar potensi2 pemuda tersebut muncul secara berkesan & berpengaruh, maka pemuda perlu diberikan bekalan2 yg akan memberi semangat dan kekuatan bagi mengharungi setiap cabaran dan ujian yg akan ditempuhi.

Tanpa bekalan2, maka potensi pemuda yg berharga akan menghilang manakala bekalan yg baik adalah bekalan yang mengikuti kaedah dan minhaj dari Allah & RasulNya.

PERTAMA : TARBIYAH SECARA FITRAH

Tarbiyah secara fitrah adalah tarbiyah yg merujuk kepada fitrah manusia. Tarbiyah secara fitrah juga istilah lain dari ‘Tarbiyah Islamiyah’.

Fitrah manusia sangat sesuai dengan fitrah Islam. Pemberian fitrah Islam kepada pemuda akan diterima secara ikhlas dan dapat diamalkan oleh pemuda dengan baik.

Penerimaan tarbiyah secara fitrah ini terjejas apabila di dalam hatinya ada noda atau kotoran maksiat yg menutup fitrahnya.

Tarbiyah secara fitrah yg diberikan kepada pemuda adalah usaha untuk membangun potensi pemuda dan juga memelihara potensi tersebut.

Sebahagian dari aktiviti tarbiyah secara fitrah adalah :

a. Membaca Al-Qur’an.
b. Beribadah.
c. Beramal soleh.
d. Memelihara alam.

Contoh tarbiyah secara fitrah adalah memberikan sesuatu yang diperlukan oleh pemuda. Dengan cara ini pemuda dipenuhi keperluannya dan juga mereka dapat mengembangkan diri mereka.

Di antara ciri-ciri keperluan semasa para pemuda adalah :

1. Keperluan belajar.
2. Keperluan persaudaraan.
3. Keperluan ingin tahu.
4. Keperluan dinamik dan aktif.

Cara yg fitrah melalui Islam mampu secara berkesan membangun potensi pemuda.

Isa binti Maryam (berdoa kepada Allah) berkata:”Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada di hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) dariMu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki.” (QS Al Maaidah : 114)

KEDUA : HIKMAH DAN ILMU

Selain tarbiyah secara fitrah yg diberikan kepada pemuda, ilmu dan kebijaksanaan juga diberi sehingga kesedaran dan motivasi untuk bergerak di kalangan pemuda muncul.

Orang dewasa dan tua yg mempunyai banyak pengalaman dan ilmu serta telah merasakan asam manisnya kehidupan perlu memberikan kepada pemuda suatu kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan.

Hikmah biasanya didapati oleh orang tua dan dewasa. Orang tua dengan pengalaman dan hidupnya yang sudah lama dapat memberikan hikmah kepada pemuda yg belum banyak pengalaman.

Ilmu pun biasanya didapati oleh orang dewasa dan tua, maka juga diperlukan memberikan ilmu dan pelajaran kepada pemuda kerana bekalan yg sedemikian dapat meningkatkan potensi pemuda.

“Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yg cukup kekuatannya dan sempurna. Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (QS Al Qasas : 14)

KETIGA : KEPERIBADIAN KEPIMPINAN DAN PENGIKUT

Kepada pemuda juga diperlukan bekalan keperibadian yg mempunyai sifat pemimpin dan pengikut.

Pemuda diharapkan mempunyai sifat sebagai pemuda yg sedia memimpin dan sedia dipimpin.

Pemimpin yg ikhlas dan pengikut yg taat adalah sifat yang juga perlu ditanamkan kepada jiwa pemuda sehingga dengan cara ini pergantian, penukaran dan pemindahan generasi dari orang tua kepada pemuda dapat dilaksanakan dengan baik.

Keperibadian yang mempunyai sifat pemimpin dan pengikut akan melancarkan perjalanan dakwah amal jama’ie.

Yusuf berkata: “Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (QS Yusuf : 55)

Salah seorang di antara wanita yg berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yg ayah ambil bekerja ialah orang yg kuat, lagi amanah”. (QS Al Qasas : 26)

PEMUDA YANG BERGERAK

Potensi yang dimiliki oleh pemuda kemudiannya dikembangkan dengan diberikan beberapa bekalan seperti tarbiyah kemudian melalui bekalan ini akan menghasilkan pemuda yang bergerak, dinamik dan aktif.

Pemuda yg aktif akan menghasilkan banyak perkara, sedangkan pemuda yg tidak aktif maka ianya akan menghancurkan dirinya sendiri.

Oleh sebab itu pemuda yg bergerak adalah pemuda yg mendapatkan tarbiyah bagi pengembangan dirinya.

Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran : 169)

Kita mampu untuk menjadi pemuda2 yg melakar sejarah yg signifikan untuk umat. Titik tolak dan perubahannya boleh kita jana dan gerakkannya.

Pemuda2 perlu dilatih, dirancangkan dan diprogramkan untuk menjadi luar biasa.
Cara pandangan mereka terhadap dunia adalah suatu pandangan yg luar biasa di mana mereka berfikir dengan minda yg luar biasa dan segala-galanya adalah luar biasa.

Luar biasa dengan acuan Allah swt di mana kini, ianya telah menjadi asing dan terpisah dalam kehidupan manusia biasa.

Mereka2 ini perlu diletakkan dalam acuan intensif dan khusus di mana mereka perlukan universiti khas dan kolej yg khusus yg akan menghasilkan para graduan yg akan mempunyai kemampuan untuk “mengubah” dunia.

Ya Allah
Lahirkanlah di kalangan kami para pemuda yg akan menjadi generasi pengganti dan pewaris kepada perjuangan dakwah dan tarbiyah sehingga ianya mampu mengubah lanskap minda dan pemikiran umat untuk membangun kembali kegemilangan Islam di akhir zaman.

(dengan kerjasama Saudara Ismail)

 

No comments:

Post a Comment