Wednesday, 3 October 2012

Bajet 2013 Untuk Siapa ? Apa Manfaatnya ?

Bajet'13 Kerajaan Persekutuan telah dibentang pada 28 September 2012. Ianya merupakan Bajet yg paling tidak tertumpu kemana arah pertumbuhan ekonomi negara yg nak dicapai.

Bajet'13 kelihatan manis sekilas pandang, namun penelitian mendalam akan mendapati ianya tiada unsur yg mampu menerajui Malaysia bersaing dengan negara seangkatan yg sedang membangun. Malah keperluan modal insan juga dipinggir melalui pengurangan berterusan kepada peruntukan Kementerian Pelajaran berbanding keperluan kemewahan Jabatan Perdana Menteri.

Bajet'13 BN juga menunjukkan tiada usaha serius untuk menangani defisit tahunan, yang secara langsung meningkatkan jumlah hutang negara yg tidak pernah susut sejak 1998.
PM @ Menteri Kewangan terus memilih untuk berhutang tanpa kerisauan kerana keadaan sangat mendesak untuk meraih sokongan segera dari kelompok utama negara dalam PRU'13. Sebab itu, yg diumumkan dalam Bajet'13 adalah beberapa pembayaran tunai seperti BR1M2.0, Voucher Pelajar, Rebat Telefon, dan beberapa lagi, yg sebenarnya hanya merangkumi sejumlah yg sangat kecil dari peruntukan Bajet'13 sekitar RM251,000,000,000.00.
 
Sedangkan masalah harian berkaitan perbelanjaan yg sangat dinantikan oleh Rakyat tidak ditangani oleh Bajet'13 BN.
Rakyat mahukan kerajaan yg mengambil kira bebanan Rakyat secara langsung dan jangka panjang seperti :
* Turunkan Harga Kereta (Mansuh cukai eksais)
* Rumah Sesuai Dengan Keperluan Rakyat
* Pemansuhan TOL
* Pengurangan harga minyak Petrol dan Diesel
* Peningkatan Kemudahan Perkhidmatan Awam
* Skim Pendidikan Yg Memberi Peluang Kepada Semua, seperti hapus PTPTN
Menangani isu ini bererti keperluan pertumbuhan jangka sederhana akan dapat dicapai, kerana kegiatan ekonomi kelompok utama ini akan merancakkan kegiatan ekonomi secara menyeluruh.
 
Yang dinantikan oleh Rakyat adalah usaha untuk meningkatkan kadar boleh guna pendapatan Rakyat berbanding sekadar naik pada angka tetapi tekanan harga barang keperluan meningkat.
 
 

No comments:

Post a Comment