Sunday, 21 October 2012

AES keselamatan atau Banyakan Saman ?

AES, sistem yang diguna-pakai untuk mengawal selia perjalanan lalu-lintas, terutama melibatkan kenderaan yang melanggar peraturan jalanraya dan menjadi penyebab kepada kecelakaan di jalanraya.

Menteri Pengangkutan beriya-iya sangat untuk membelanjakan ratusan juta ringgit untuk memasang kamera AES di 831 lokasi dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa dan kerugian harta-benda. Beliau begitu mahupun AES sepertimana Menteri Kesihatan sangat mahukan LYNAS di Kuantan.

Tiada siapa yang akan menghalang pendekatan yang boleh menurunkan kadar kemalangan di Malaysia. Namun, yang menjadi kemusykilan kepada Rakyat adalah kenapa kamera AES dipasang pada tempat yang mudah mencari kesalahan jalanraya, berbanding memasang ditempat yang menjadi 'black spot' dilaluan kenderaan.

Seharusnya pemerintah memikirkan kaedah yang lebih baik dalam berdepan dengan kadar kemalangan di Malaysia sebagai agenda utama, berbanding nilai yang diutamakan oleh agensi pemerintah adalah jumlah kutipan kompoun dari kesalahan yang dikenal-pasti.

Lebih memburukkan lagi adalah kaedah penswastaan pemasangan dan kutipan saman, yang membolehkan pengaliran wang dari poket Rakyat menuju ke kantung kroni yang diberikan hak pengutipan saman AES ini.

Syabas Kerajaan-kerajaan negeri yang menyatakan dengan tegas pemasangan kamera AES harus diperbetulkan niatnya dahulu, agara sistem yang diperkenalkan adalah lebih mesra Rakyat.

Menteri Pengangkutan mesti bertanggung-jawab atas kegagalan sistem yang dipaksakan keatas Rakyat ini. Sekiranya pemasangan AES ini gagal mencapai penurunan kadar kemalangan sekitar 40%, maka Menteri dan beberapa penjawat atasan mesti mengambil tanggung-jawab dengan meletakkan jawatan.

No comments:

Post a Comment