Wednesday, 29 August 2012

Masa Depan Kanak-Kanak Mangsa Rogol

Gempar ketika ini, 2 keputusan mahkamah yg memberikan pertimbangan atas faktor masa depan dua individu yg terlibat dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur. Memandangkan kedua-dua individu ini, pemain bowling kebangsaan serta juruteknik elektrik, perlu membina masa depan setelah mengaku ianya kesalahan pertama dan bertaubat untuk tidak mengulanginya.
 
Keputusan mahkamah adalah keputusan mahkamah. Pihak pendakwa dan keluarga kanak-kanak terlibat juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan. Masyarakat akan terus memberi perhatian kepada perkembangan seterusnya.
 
Kebanyakan NGO yang terlibat langsung dengan program kanak-kanak, merasakan terkilan kerana konsep asas adalah pemeliharaan kepentingan kanak-kanak yang belum mampu berdikari. Kanak-kanak adalah generasi yang sepatutnya dibimbing dan diberi tunjuk-ajar untuk membina masa depan mereka.
 
Malah dalam isu keselamatan jalanraya pun, diingatkan bahawa tanggungjawab pemandu untuk memberi perhatian kepada keadaan jalan bila melewati kawasan permainan kanak-kanak atau persekolahan kerena mereka berada di alam keriangan tersendiri.

Justeru, soal kanak-kanak terlibat dengan kes rogol, dianggap dengan kerelaan, juga harus dinilai tahap kewarasan dan kemampuan kanak-kanak terlibat membuat keputusan.
 
Isu ini juga mengembalikan kita kepada halangan dan bantahan pelbagai pihak, bila cadangan untuk menurunkan usia kelayakan berkahwin kepada 15 tahun. Ramai berpendapat bahawa keputusan seseorang perempuan yang berusia 15 tahun masih tidak memenuhi kriteria kewarasan sebenar, dan dibimbangan keputusan berkahwin akan membantutkan ruang membina masa depan.
 
Oleh itu, dalam kes sebegini, rungutan masyarakat pelbagai pihak harus diberi perhatian agar ianya dapat diatasi dengan penuh KEADILAN untuk SEMUA.

No comments:

Post a Comment